Wednesday, November 8, 2023

Bariatrik - Dr Kol Termizi HATTM KL

 Beliau merupakan Dr yg melakukan pembedahan bariatrik terhadap saya, dihospital ini hanya beliau yg membuat pembedahan ini, dimaklumkan ada senior beliau buat dahulu  tapi kini tidak lagi. Dr yg sangat2 peramah dan tidak pernah tidak ok dgn saya, manjang ok aje..ha ha ha

Saya dilayan dgn baik sepanjang berada dihosp ini, layanan first class jugalah walaupun says org awam dan bukan peg tentera. Cuna mungkin sebab kenalan2 saya ramai yg dlm angkatan tentera membuatkan saya selesa berada disini kot, agak2nya.


Gambar sewaktu temujanji  dengan beliau pada 6 Apr 2023




Sejam sebelum pembedahan 29 Jun 2022




Segak tak? Beliau bukan saya…He he he..





Bariatrik - Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan KL - Part 2

 Part sebelum discharge, tq keluarga dan kwn2 yg dtg ziarah, semuga saya cepat sembuh dan mampu bersillaturahim dgn mereke semua. Semuga saya betul2 istiqomah dlm perjalanan bariatrik ini. Terima kasih juga yg menyokong dan mengugut saya supaya mengambil jalan ini..ha ha ha, anda tahu siapa anda..


Selepas discharge, slow2 saya mengorak langkah,alhamdulilah ianya meluncur laju mengikut aturannya…. 


Beterabur juga gambar2 dlm posting ni, hawau tul..ha ha ha



Gambar tahun 2018, berat sekitar 170kg rasanya




Antara family yg dtg melawat, tq Angah dan anak2 saya.




Sehari sebelum discharge, masa ni test kebocoran pada usus dan jahitan dlm perut, alhamdulilah semuanya ok




Gambar bulan Okt 2023 yg lalu,g wedding anak kawan seperguruan wife di Melaka.




Tq Op Wan Suhaimi yg dtg melawat,beliau adalah cucu kepada pahlawan negara - Lt Adnan.




Kesan operation,hanya tebukan dan bukan open surgery spt yg saya ingatkan. Dr Termizi janji hanya 5 tebukan sahaja tapi bila habis operation beliau maklumkan ada 7 tebukan pasal ada alat pembedahan yg bengkok, jadi beliau terpaksa tebuk dari arah lain supaya senang nak buat kerja, walaupun saya dah reduce 10 kg sebelum pembedahan namun lemak masih tebal lagi dan menyulitkan utk beliau. Operation sepatutnya berlangsung selama 3 jam namun terpaksa lajak 5 jam namun keajaiban sepanjang operation, heart beat dan tekanan darah sentiasa stabil dan beliau boleh melakukan pembedahan tanpa sebarang tekanan. Terima kasih pada keluarga, sahabat handai, saudara mara, insan2 yg mengenali saya yg mendoakan semuga pembedahan ini dipermudahkan, terima kasih semua. .
 


...

Bariatrik - Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan KL - Part 1

 Masuk hospital pada 27 Jun 2022, pembedahan pada 29 Jun dan discharged pada 7 Julai, lama sikit kena tahan pasal Dr Kol Termizi nak Pastikan saya betul2 ok sebelum di hantar  pulang, maklumlah saya ni super obese maka beliau kena pastikan betul2 , khuatir tak mahu timbul apa2 masalah berbangkit selepas discharged nanti .


Saya sertakan sekali gambar2 ketika dihospital, mohon jangan sharekan mana2 socmed pun, saya tak izinkan,tengok kat sini ajelah yea.


Dr suruh makan ubat,masa ni takleh jalan full lagi,tu yg bersidai aje tepi katil.



Fisio suruh tiup buat exercise,dia cakap kalau ok,boleh balik awal, hampeh…lama gak kat spital..

.
,

Hari ketiga selepas op, dapat katil dgn recliner sofa, Dr bagi layanan first class…he he he




Ni patut gambar mula2 sebab tgh tunggu nama naik g OT. Resah lain macam tapi buat2 cool…ha ha ha




Dr janji tebuk 5 lubang aja tapi jadi 7 lubang sebab ada masalah masa operation tu,nanti saya jelaskan dlm entry lain 





Masa ni lepas operation, baring aje tapi badan rasa tak selesa sebab terbaring saja 





Anak dara tolong mandikan, mandi lap2 arje 






Hari kedua selepas pembedahan, takleh nak berjalan sangat sebab rasa pedih pada bekas jahitan tu. Nasib baik tingkap view hutan, dptlah healing2 sikit…he he he



Patutnya gambar ni atas sekali, tgh ditolak ke wad pembedahan, masa ni tgh risau gila…

Bariatrik 29 Jun 2022 - Nov 2023

 Dah lama tak buat posting dek sibuk menghadap tik tok, IG Dan FB sampai terlupa dengan blog in. Kena lak laptop rosak lama, memang sepi lah  blog ni. Sebagai Permulaan ni, den bubuh beberapa keping gambar bukti ianya telah berlaku dan masih dlm proses yg sepatutnya.


Gambar tahun 2020

Dengan wife tersayang 

Gambar terkini, bulan Okt 2023



Ini dulu entry kali ini, saya akan post lagi dlm waktu terdekat. 


Saturday, May 14, 2022

Bariatrik - Part 8

 Sleep Study

Balik dari HAT KL tadi memang rushing giler, kereta Viva anak dara saya yang wife guna pagi tadi rosak tengah jalan waktu beliau nak pergi ke sekolah, nasib baik ada adik ipar datang membantu untuk menghantar beliau ke sekolah, kereta biarkan tepi jalan, nanti saya yang akan uruskan. Dalam perjalanan balik ke Seremban, saya call towing dan bengkel sekali, minta standby, nasib baik kunci spare Viva ada kat rumah, tak payah saya pusing2 ambik kat sekolah wife. Sampai ke tempat kejadian, towing belum sampai, hampeh tul, janji 11.15, 11.30 baru sampai. Rasa nak cekik2 aje.... Settle satu bab, towing bawa Viva ke bengkel, saya ke sekolah wife untuk menjemput dia balik, tah apa lagi syarahan dia kali ni, mesti dia suruh jual Viva ni padahal dulu dia yang beriya-iya nak beli kereta ni...ha ha ha


En Daniel dari The Airstation call untuk confirmkan masa penghantaran alatan untuk sleep study saya malam kang, saya minta beliau hantar jam 5.15 petang, nasib baik dia ikut time Amerika, pkl 5.15 dia dah sampai depan rumah. Dia explainkan saya secara detail penggunaan alatan ni, siap tanya saya macam mana saya boleh contact syarikat dia untuk membekalkan alatan ni, apa lagi...saya gorenglah...ha ha ha..


Pertama kali guna alat ni, memang saya tak boleh tidur, sejam sekali saya terjaga, rimas betul bila pakai nasal prong ni, macam manalah perasaan anakanda Wafi dulu pakai, dia pakai sejak hari kedua lahir sehinggalah berusia 27 hari, itupun selepas balik dari IJN. Pipi dia ada banyak kesan gam selotape, bekas gam nasal prong, taknak bagi tiub ni terekeluar dari lubang hidung. Memang saya rimas giler, pukul 3 pagi saya buka alat ni, nampak gaya kena try esok pulak, harap2 dipermudahkan. 


Memang saya tak selesa, kita biasa tidur berguling2 cam komando, pakai alat ni, kena tidur sesopan2nya...memang tak arrrrr




Ni alatannya,, jangan tanya apa nama benda tu, den pun tak kenal...tahu pakai aje...ha ha ha..



...

Bariatrik - Part 7

 Ultrasound

13 Mei 2022, Bangun awal hari ni, 5 pagi dah bangun pastu kejut wife untuk beliau bersahur, dah beberapa hari buat puasa enam tapi tak makan sahur, masuk petang aje, dah melepek kat sofa depan tv. Pukul 5.30 saya dah bergerak ke KL, ikut hiway PLUS, sebelum2 ni ikut LEKAS aje tapi kali ni nak cuba ikut Sg Besi lak, mana tahu lagi lekas dari LEKAS. Trafik kali ni macam memudahkan aje, takde lagi kena jem yg tahap gaban, gerak kul 5.30 pagi, isi minyak kat RNR Seremban sekali solat subuh pastu pukul 7.15 dah sampai, itu pun drive ala2 sajat, ikut had laju, kalau drive ikut Fast & Furios, mahu awal dah sampai HAT tu.

Kawasan hospital memang lengang, dapat parking sebelah lif, kalau datang pukul 8, parking mahu sampai AEON Wangsa Maju ni...ha ha ha.. Pukul 7.45 dah sampai kat Jab Xray, terpaksa menunggu lama sikit pasal pindaan tarikh yg Dr Tarmizi buat hari tu ada masalah sikit. Staff bertugas tak jumpa tarikh pindaan tu, nasib baik saya tunjukkan list call yg staff xray ada telefon hp saya 2 hari lepas, baru diaorang boleh trace si pemanggilnya. 

8.45 pagi nama dipanggil, terus ke bilik ultrasound, Dr perempuan yang handle, segannya perut ku dipegang2 oleh kaum hawa ni...ha ha ha... Dapat detect ada batu pada hempedu, alamak..... harap2 jangan sampai ianya memberikan kesan pada ops Bariatrik saya nanti...  Dr maklumkan kena tunggu respond dari Dr Termizi pasal batu ni, Laporan dihantar secara emel maka saya dibenarkan balik dulu. Lupa lak, malam tadinya kena puasa start jam 12 malam, jadi saya dah boleh makan lepas ni, target nasi vanggey Setapak Rampai...jeng jeng jeng...



Belah kanan lengang.....




Belah kiri pun lengang...rezeki orang datang awal ni...ha ha ha




Kaunter Jab xray pun belum ada orang, punyalah awal saya datang nak mengelakkan jem kat Lembah Kelang...




Bilik godeh2 perut den...segannya...ha ha ha...




...

Wednesday, May 11, 2022

Bariatrik - Part 6

 Balik saja rumah, terus maklumkan kepada wife, beliau dengan gigihnya membuat carian kat Shopee, nak cari yang termurah, sesuai dengan budget yang kami ada, Nasib baik beliau dah terbiasa beli macam2 barang kat Shopee, carian susu ni macam celah gigi beliau aje, senang2 aje beliau jumpa, baru 3 kali click aje, susu ni ada 4 flavour bagi produk Nestle ni, ada flavour Strawberi, kopi, vanila dan cokelat. Harga pun lain2 juga setiap flavour, saya pilih vanila dan kopi dulu, sebab murah sikit dari flavour yang lain dan nak cuba try test dulu samaada dua flavour ni boleh ngam dengan anak tekak atau tak...ha ha ha..


Kadang-kadang termenung gak, berani ke aku nak jalani pembedahan ini? Apalah kesan2 sampingan yang akan aku lalui nanti, sihat ke? sakit ke? Boleh masuk salah simpang bila difikirkannya... Terdetik juga dalam hati, banyak baju2 yg kecik aku boleh pakai semula lepas ni...mmmmm harap2 muatlah. Dekat satu lori gak baju yang tak muat tu...


Call balik person in charge untuk sleep study selepas Dr Termizi pinda tarikh xray, nasib baik boleh pinda tarikh, kos sleep study pun dah dekat RM250 jugalah, semua all in katanya, saya buat dirumah saja, Dr Termizi yang cadangkan, kalau buat kat HAT jauh katanya sebab saya tinggal di Seremban. Kesian nak travel lagi pun bacaan dirumah jauh lebih tepat berbanding kat hospital sebab kita tidur macam biasa, tidur dikatil yang kita biasa berbanding di wad, tempoh 6 jam paling2 minima diperlukan untuk pemantauan sleep study ni. Harap2 ianya dipermudahkan buat saya.





Jadual checklist terbaru yang telah dipinda. Tinggal dua lagi fasa sebelum boleh dapat tarikh pembedahan nanti. 



Jadual pemakanan yang dikeluarkan Cik Farah, klinik pemakanan HAT KL. Cantik orangnya, ramah dan mesra, sangat2 membantu. Siap beliau cakap, lepas ni En Zaidi akan selalu jumpa saya...i loike...ha ha ha..



...