Friday, November 10, 2023

Ride Santai OPN9 2023

 First time join ride sejak accident motor pada 9 Ogos yang lalu, 2 bulan wife tak bagi pegang handle motor, bayangkan tapak tangan dah jadi halus mulus sebab hari2 sapu losyen…ha ha ha. Ride kali ni santai2 aje, takde nak rushing bagai, semua jadi penunggang ayu pastu jenis terjah aje, no jadual2 semua. Bayangkan penginapan pun tak booking2, kira yakin tak penuh, diaorg tak tahu akunya risau,jgn patah blk Seremban sudahlah, mesti wife gelak guling kalau aku patah blk.

Ni wajah2 geng ride santai kali ni, terdiri dari OP2 RMC. 

 Mula2 berkumpul di Masjid Hasanah, Bangi utk sarapan pagi pastu kul 10.30 gerak ke hentian sebelah Senawang, saya tunggu disana. Lepas isap rokok sebatang, baru kami gerak menghala ke Tampin utk lunch. Exit hiway Plus Tol Pedas, belok kanan jalan Kilin dan keluar Chengkau. Singgah lawat anak Op Azizi di Yayasan as Sofa Rembau. Op Azizi ni dulu bekas rider ekspedisi Malaysia London dulu, mereka berempat semuanya, dan hari ini beliau lead sepanjang ride dan anak beliau Op Hakim menjadi sweeper.


Vengong gambar ni,takleh den nak betulkan…ha ha ha

Lepas lawat anak Op Azizi, kami singgah Lomak Salai Tampin, restoran yg  popular dgn pilihan menu yg banyak dan sedap2 belaka. Kedai yg besar dan bersih, cozy dan menarik,tu sebab jadi tumpuan org ramai kot, harga makanan pun taklah kayangan sangat,  harga patuh poket..ha ha ha


Last gambar senget…ha ha ha. Op Kamarul Azhan, beliau senior saya dan juga merupakan idola  cum mentor saya. He he he




Ada live band - 3 piece time lunch, memang mengasyikan wooo. Padan ramai aje orang yg dtg.


Ride dgn jumlah yg kecil ridernya selain semuanya boleh berbicara dlm satu bahasa memang menyeronokan, baik senior mahupun junior, ianya tak menghalang kegembiraan dan keseronokan lepas bebas…ha ha ha .Selesai lunch kami bergerak ke Pengkalan Balak, Melaka. Ride santai ni sengaja memilih journey yg pendek dan tidak meletihkan pinggang sebab ada 3 kategori motor ni, kelajuan dan pengendalian dia berbeza beza mengikut laluan lurus ataupun 1000 konar. 


Ni keesokannya selepas bermalam, vengong tab ni..ha ha ha. Upload tak ikut arahan. Jimbit tul.  Op KA sedang asyik bercerita tentang radio amatur beliau. Mat sastera juga beliau walaupun pencen peg tentera udara, tu belum lagi cerita peperangan udara yg beliau pernah sertai, memang hebat beliau ni.


 

Malam2 lepak kat verendah sambil sembang cerita manis kat RMC dulu pastu masuk lak bab seven brothers dengan hantu jepun, bantai gelak bukannya takut…ha ha ha




Patut gambar ni kat atas, ni baru landing kat Pengkalan Balak, ambik gambau dulu pastu baru cari chalet, tu yg gerun kalau chalet penuh, taubat tidur masjidlah mlm tu.




Lepas check in terus lepak sembang2 kat verandah, mcm2 review keluar dan paling best bila mengupas buku tulisan Mahmud Mahyuddin, buku yg jadi rebutan masa kat RMC dulu..ha ha ha



Ride santai dan short vacation ni sesuatu yg lain dari yg lain, insyaAllah ada perancangan utk diadakan lagi cuma tarikh dan lokasi belum diputuskan tapi kalau nak buat ini secara tahunan,insyaAllah saya pasti sokong. Buat kat sini lagi pun saya no hal sebab dekat…ha ha ha


Kami tak ramai tapi kami santai. 





No comments:

Post a Comment