Saturday, May 14, 2022

Bariatrik - Part 8

 Sleep Study

Balik dari HAT KL tadi memang rushing giler, kereta Viva anak dara saya yang wife guna pagi tadi rosak tengah jalan waktu beliau nak pergi ke sekolah, nasib baik ada adik ipar datang membantu untuk menghantar beliau ke sekolah, kereta biarkan tepi jalan, nanti saya yang akan uruskan. Dalam perjalanan balik ke Seremban, saya call towing dan bengkel sekali, minta standby, nasib baik kunci spare Viva ada kat rumah, tak payah saya pusing2 ambik kat sekolah wife. Sampai ke tempat kejadian, towing belum sampai, hampeh tul, janji 11.15, 11.30 baru sampai. Rasa nak cekik2 aje.... Settle satu bab, towing bawa Viva ke bengkel, saya ke sekolah wife untuk menjemput dia balik, tah apa lagi syarahan dia kali ni, mesti dia suruh jual Viva ni padahal dulu dia yang beriya-iya nak beli kereta ni...ha ha ha


En Daniel dari The Airstation call untuk confirmkan masa penghantaran alatan untuk sleep study saya malam kang, saya minta beliau hantar jam 5.15 petang, nasib baik dia ikut time Amerika, pkl 5.15 dia dah sampai depan rumah. Dia explainkan saya secara detail penggunaan alatan ni, siap tanya saya macam mana saya boleh contact syarikat dia untuk membekalkan alatan ni, apa lagi...saya gorenglah...ha ha ha..


Pertama kali guna alat ni, memang saya tak boleh tidur, sejam sekali saya terjaga, rimas betul bila pakai nasal prong ni, macam manalah perasaan anakanda Wafi dulu pakai, dia pakai sejak hari kedua lahir sehinggalah berusia 27 hari, itupun selepas balik dari IJN. Pipi dia ada banyak kesan gam selotape, bekas gam nasal prong, taknak bagi tiub ni terekeluar dari lubang hidung. Memang saya rimas giler, pukul 3 pagi saya buka alat ni, nampak gaya kena try esok pulak, harap2 dipermudahkan. 


Memang saya tak selesa, kita biasa tidur berguling2 cam komando, pakai alat ni, kena tidur sesopan2nya...memang tak arrrrr




Ni alatannya,, jangan tanya apa nama benda tu, den pun tak kenal...tahu pakai aje...ha ha ha..



...

Bariatrik - Part 7

 Ultrasound

13 Mei 2022, Bangun awal hari ni, 5 pagi dah bangun pastu kejut wife untuk beliau bersahur, dah beberapa hari buat puasa enam tapi tak makan sahur, masuk petang aje, dah melepek kat sofa depan tv. Pukul 5.30 saya dah bergerak ke KL, ikut hiway PLUS, sebelum2 ni ikut LEKAS aje tapi kali ni nak cuba ikut Sg Besi lak, mana tahu lagi lekas dari LEKAS. Trafik kali ni macam memudahkan aje, takde lagi kena jem yg tahap gaban, gerak kul 5.30 pagi, isi minyak kat RNR Seremban sekali solat subuh pastu pukul 7.15 dah sampai, itu pun drive ala2 sajat, ikut had laju, kalau drive ikut Fast & Furios, mahu awal dah sampai HAT tu.

Kawasan hospital memang lengang, dapat parking sebelah lif, kalau datang pukul 8, parking mahu sampai AEON Wangsa Maju ni...ha ha ha.. Pukul 7.45 dah sampai kat Jab Xray, terpaksa menunggu lama sikit pasal pindaan tarikh yg Dr Tarmizi buat hari tu ada masalah sikit. Staff bertugas tak jumpa tarikh pindaan tu, nasib baik saya tunjukkan list call yg staff xray ada telefon hp saya 2 hari lepas, baru diaorang boleh trace si pemanggilnya. 

8.45 pagi nama dipanggil, terus ke bilik ultrasound, Dr perempuan yang handle, segannya perut ku dipegang2 oleh kaum hawa ni...ha ha ha... Dapat detect ada batu pada hempedu, alamak..... harap2 jangan sampai ianya memberikan kesan pada ops Bariatrik saya nanti...  Dr maklumkan kena tunggu respond dari Dr Termizi pasal batu ni, Laporan dihantar secara emel maka saya dibenarkan balik dulu. Lupa lak, malam tadinya kena puasa start jam 12 malam, jadi saya dah boleh makan lepas ni, target nasi vanggey Setapak Rampai...jeng jeng jeng...



Belah kanan lengang.....




Belah kiri pun lengang...rezeki orang datang awal ni...ha ha ha




Kaunter Jab xray pun belum ada orang, punyalah awal saya datang nak mengelakkan jem kat Lembah Kelang...




Bilik godeh2 perut den...segannya...ha ha ha...




...

Wednesday, May 11, 2022

Bariatrik - Part 6

 Balik saja rumah, terus maklumkan kepada wife, beliau dengan gigihnya membuat carian kat Shopee, nak cari yang termurah, sesuai dengan budget yang kami ada, Nasib baik beliau dah terbiasa beli macam2 barang kat Shopee, carian susu ni macam celah gigi beliau aje, senang2 aje beliau jumpa, baru 3 kali click aje, susu ni ada 4 flavour bagi produk Nestle ni, ada flavour Strawberi, kopi, vanila dan cokelat. Harga pun lain2 juga setiap flavour, saya pilih vanila dan kopi dulu, sebab murah sikit dari flavour yang lain dan nak cuba try test dulu samaada dua flavour ni boleh ngam dengan anak tekak atau tak...ha ha ha..


Kadang-kadang termenung gak, berani ke aku nak jalani pembedahan ini? Apalah kesan2 sampingan yang akan aku lalui nanti, sihat ke? sakit ke? Boleh masuk salah simpang bila difikirkannya... Terdetik juga dalam hati, banyak baju2 yg kecik aku boleh pakai semula lepas ni...mmmmm harap2 muatlah. Dekat satu lori gak baju yang tak muat tu...


Call balik person in charge untuk sleep study selepas Dr Termizi pinda tarikh xray, nasib baik boleh pinda tarikh, kos sleep study pun dah dekat RM250 jugalah, semua all in katanya, saya buat dirumah saja, Dr Termizi yang cadangkan, kalau buat kat HAT jauh katanya sebab saya tinggal di Seremban. Kesian nak travel lagi pun bacaan dirumah jauh lebih tepat berbanding kat hospital sebab kita tidur macam biasa, tidur dikatil yang kita biasa berbanding di wad, tempoh 6 jam paling2 minima diperlukan untuk pemantauan sleep study ni. Harap2 ianya dipermudahkan buat saya.





Jadual checklist terbaru yang telah dipinda. Tinggal dua lagi fasa sebelum boleh dapat tarikh pembedahan nanti. 



Jadual pemakanan yang dikeluarkan Cik Farah, klinik pemakanan HAT KL. Cantik orangnya, ramah dan mesra, sangat2 membantu. Siap beliau cakap, lepas ni En Zaidi akan selalu jumpa saya...i loike...ha ha ha..



...

Bariatrik - Part 5

 10 Mei 2022, temujanji kedua di HAT KL ni, nak settlekan 2 perkara dalam checklist yang Dr bagi haritu iaitu berjumpa dengan pakar pemakanan dan bagi sample darah. Sementara menunggu nama dipanggil, saya penuhkan checlist dan WA kepada Dr Termizi, sekejapan beliau respond, beliau nak percepatkan tarikh xray/ultrasound sebab jauh sangat tarikhnya dari fasa yang lain-laiin. Saya ok aje, beliau suruh pilih samaada nak buat 13 Mei atau 19 Mei, saya pilih 13 Mei sebab nak cepat, tunggu lama2 pun takde benda sangat nak buat nak rumah tu.



Bukti dah sampai nak bagi sample darah




Nama dah dipanggil sekali tapi saya kat dalam tandas, dia siap call HP bagi memastikan saya tak lari agaknya...ha ha ha





Tempat bagi sample darah, punyalah luas sampai macam satu wad biasa besarnya.  Kalau kat klinik Sikamat, bilik kecik takde tingkap...ha ha ha...



Pakar pemakanan dah terangkan susu jenis apa yang saya perlu minum sebelum dan selepas pembedahan, kosnya RM135 sekotak yang mempunyai 12 pek, perlu minum 4 pek sehari... tak boleh tuang atau skip... kau rasa??? Time nak balik terjumpa pula dengan dua orang Op senior, Op BG Dr Rosman CO HAT KL dan Op Dato Muzamil. Panas juga telinga kena syarahan free...cut your sugar...ha ha ha. Next visit, saya akan mengelakkan dari terserempak dengan Op BG Dr Rosman, kena guna taktik masa boy ni, terutama taktik belakang Block B....ha ha ha..



Jadual lama sebelum Dr Termizi pinda tarikh xray dan saya percepatkan tarikh sleep study saya.



...

Bariatrik - Part 4

 Selepas beliau terangkan kos pembedahan tersebut, saya terdiam seketika. RM12k bukanlah jumlah yang kecil bagi saya, sejak bermulanya PKP 2020, pendapatan saya jatuh merudum, satu apa bantuan kerajaan pun tak melintas dalam akaun saya. Tagline Beras kita beli seolah-olah menyindir aje bagi saya... takperlah, saya kayuh perlahan-lahan, ada rezeki saya tu, Allah belum nak beri lagi. Saya dari MOPD dirujuk ke SOPD untuk bertemu dengan Lt Kol Dr Termizi, wajah beliau terpampang dalam setiap poster kat HAT ni, glamour juga doktor ni...ha ha ha..


Waktu bertemu Dr Termizi dah masuk waktu solat zohor, kira waktu rehat, HAT pun dah lengang, semua staff tengah berehat tapi beliau tetap santuni saya. Dari penjelasan beliau, saya mula terbuka minda dan azam untuk berubah. Banyak pantang larang yang saya perlu ikuti, 2 minggu sebelum pembedahan, kena minum susu saja, tak boleh makan makanan pepejal dan begitu juga untuk tempoh dua minggu selepas pembedahan. Bukan susu cap teko yea, susu OPTIFAST produk Nestle. Beliau bagi saya checlist untuk dipenuhi dan selesai checklist tersebut, saya kena WA beliau semula.


Checklist yang saya perlu penuhi. Banyak juga fasa yang saya perlu lalui sebelum pembedahan. 


Saya tak berapa mahir pasal terma2 perubatan dan pembedahan ini, saya tengok gambar bolehlah...ha ha ha



Saya rasa perut saya akan jadi macam ni selepas pembedahan nanti. 

Hampir jam 3 petang juga saya selesai berurusan disini, naik pulak dari Seremban memandu sorang2 pastu parking kat HAT ni, punyalah azab nak cari, semua penuh, mungkin masa tu nak raya jadi masing2 sibuk nak jumpa doktor dan ambik supply ubat awal2. Naik aje kereta saya termenung sekejap...boleh ke aku ni? macam tak percaya aje....



...

Bariatrik - Part 3

 20 April 2022, Op Dr Rizal Abd Kadir menghubungi saya dan maklumkan untuk menghubungi Op Kol Dr Rafizi Che Rus segera bagi mengesahkan tarikh temujanji di Hospital Angkatan Tentera di Kuala Lumpur. Op Kol Dr Rafizi merupakan sahabat satu batch juga cuma beliau dalam C Coy dan saya dalam E Coy. Kami tidaklah rapat sangat namun beliau sentiasa menyokong aktiviti batch disebalik tabir. Setelah menghubugi beliau, beliau meminta saya melapangkan masa pada 26hb Apr nanti dan waktu temujanji nanti adalah pada jam 10 pagi.



Hari yang dinantikan telah tiba, pukul 10 tepat saya dah berada di HAT KL, saya WA beliau dan juga call beberapa kali namun tidak berjawab, saya pasti beliau sedang sangat-sangat sibuk. Dalam hati saya dah berbisik, sehingga jam 12 andai beliau tidak respond, saya nak keluar baris dan mungkin tidak akan kembali lagi. 11.30 pagi beliau melambai kearah saya dari kaunter klinik perubatan, hajat saya untuk keluar baris terpadam nampaknya...ha ha ha...


Beliau minta maaf banyak2 sebab HP beliau tertinggal dibilik rawatan, memang nampak kesibukan beliau sampaikan kami takde masa nak berselfie, memang saya suka berselfie sebab nak jadikan bahan bukti pertemuan. Tiba-tiba beliau minta saya buat ECG dulu, lepas buat ECG dan dah lihat laporan ECG tersebut, terus beliau suruh buat ECHO pula dan kali ini beliau sendiri yang handle/operate mesin. Selesai ECHO, beliau ajak ke bilik beliau semula, beliau terangkan satu persatu apa prosedur yang beliau ingin lakukan, paling menarik bila beliau terangkan kos keseluruhannya....RM12k. Saya rasa bilik beliau tiba-tiba dah semakin sempit...ha ha ha..



...

Bariatrik - Part 2

 Dengan izin Allah, wife dan adik beliau berjaya berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan ibadah umrah pada pertengahan Febuari yang lalu. Banyak ujian yang beliau terpaksa tempuhi, berpecah dengan kumpulan adik beradik beliau kerana tarikh tempahan penerbangan terlalu dekat, beliau dikuarantin kerana kontak rapat pada sahabat perguruan beiau yang dijangkiti covid 19 dan perkara ini benar-benar menguji semangat dan keinginan beliau, beliau seolah-olah pasrah dan redha andai tidak diizinkan oleh NYA untuk menjadi tetamu ALLAH tahun ini namun rezeki dan takdir manusia bukanlah ketentuan manusia. Beliau berjaya berangkat ke Madina pada 17hb Febuari 2022, syukur alhamdulilah.


Perkara utama yang beliau buat ketika mula-mula menjejakan kaki disana, beliau terus mendoakan agar dipermudahkan urusan suami beliau untuk berubah, berubah dari segi hati dan juga dari segi izikal. Alhamdulilah...doa beliau diangkat oleh yang maha ESA , yang maha MENGETAHUI.  


Wife yang sentiasa disisi tatkala susah dan senang. Tatkala ringan dan berat...he he he...


Sehari sebelum beliau pulang ke tanahair, saya dihubungi oleh seorang sahabat satu batch RMC yakni Op Dr Rizal Abd Kadir memaklumkan bahawa ada sekelompok sahabat2 RMC terutamanya sahabat batch telah bersetuju untuk membantu saya untuk berubah, siapa mereka??? beliau merahsiakannya.



...

Bariatrik - Part 1

 Awal Januari 2022 saya diserang sakit yang memilukan dibahagian pinggang belakang, Kerana tak tahan sakit, saya meminta anak menghantar ke Klinik Penawar di Ampangan. Doktor mengesahkan saya terkena penyakit batu karang selepas beliau menguji sample air kencing saya cuma dimana batu karang itu berada, ianya tidak dapat disahkan. Dibekalkan ubat tahan sakit dan saya bergantung sepenuhnya pada ubat tersebut. Hari ketiga saya menghubungi seorang Doktor di Hospital Beacon di PJ, Op Doktor Raja Shahrul, junior saya ketika menuntut di RMC dulu, beliau setkan tarikh temujanji pada 7hb Januari 2022, hari Jumaat, saya ingat lagi.


Op Doktor Raja Shahrul, junior saya yang paling baik hati terhadap senior2nya.

Sebenarnya hari tu beliau off  tapi memandangkan beliau sayang senior seperti saya, beliau sanggup menyantuni kehadiran saya. Dari awal lagi temujanji saya tu dah menimbulkan banyak masalah, time buat ultrasound, memerlukan 2 orang nurse untuk membantu, sampai sakit dada saya digodehnya..ha ha ha... Nak baca BP pun sama, sampai 3 kali nurse terpaksa cari kain yang sesuai untuk balut lengan saya, semua tak muat.. 

Tibalah masanya untuk face to face dengan beliau, wife ikut sekali dan sepanjang saya mendapatkan rawatan kali ini, wife tak pernah gagal mengiringi saya, Kerisauan beliau bukan setakat batu karang yang saya hadapi tetapi berat badan saya yang terlalu obersiti sampaikan peralatan kesihatan/perubatan pun susah untuk dicari. Beliau menegur saya secara berhemah dan serius untuk saya reduce weight saya, dan beliau juga turut meminta izin andainya saya bersetuju dengan idea beliau, beliau nak start the ball rolling. Saya mohon masa untuk berfikir....



...