10 Mei 2022, temujanji kedua di HAT KL ni, nak settlekan 2 perkara dalam checklist yang Dr bagi haritu iaitu berjumpa dengan pakar pemakanan dan bagi sample darah. Sementara menunggu nama dipanggil, saya penuhkan checlist dan WA kepada Dr Termizi, sekejapan beliau respond, beliau nak percepatkan tarikh xray/ultrasound sebab jauh sangat tarikhnya dari fasa yang lain-laiin. Saya ok aje, beliau suruh pilih samaada nak buat 13 Mei atau 19 Mei, saya pilih 13 Mei sebab nak cepat, tunggu lama2 pun takde benda sangat nak buat nak rumah tu.
|
Bukti dah sampai nak bagi sample darah |
|
Nama dah dipanggil sekali tapi saya kat dalam tandas, dia siap call HP bagi memastikan saya tak lari agaknya...ha ha ha |
|
Tempat bagi sample darah, punyalah luas sampai macam satu wad biasa besarnya. Kalau kat klinik Sikamat, bilik kecik takde tingkap...ha ha ha... |
Pakar pemakanan dah terangkan susu jenis apa yang saya perlu minum sebelum dan selepas pembedahan, kosnya RM135 sekotak yang mempunyai 12 pek, perlu minum 4 pek sehari... tak boleh tuang atau skip... kau rasa??? Time nak balik terjumpa pula dengan dua orang Op senior, Op BG Dr Rosman CO HAT KL dan Op Dato Muzamil. Panas juga telinga kena syarahan free...cut your sugar...ha ha ha. Next visit, saya akan mengelakkan dari terserempak dengan Op BG Dr Rosman, kena guna taktik masa boy ni, terutama taktik belakang Block B....ha ha ha..
|
Jadual lama sebelum Dr Termizi pinda tarikh xray dan saya percepatkan tarikh sleep study saya. |
...
No comments:
Post a Comment