Saturday, February 28, 2015

Mee Bandung Udang Galah, Krubong

Dah lama tak menulis, rasa lesu pulak, bila ada seorang sahabat call bertanyakan khabar, tiba-tiba macam ada semangat untuk berkarya semula. Puas juga duk mencari apa entry yang hendak ditulis, sambil belek2 gambar kat Gallery hp, ternampak satu artikel dari fb berkaitan mee bandung udang galah, apa lagi, maklumkan kat wife, lepas ambik anak balik sekolah agama petang kang, kita try pekena mee bandung special, wife kata ok maka inilah hasilnya... 

Sampai ke hadapan kedai, nampak ada pelanggan tengah makan dengan khusyuknya, signboard pun jenis banner, nampaknya macam port baru, mungkin baru ambilalih dari pengurusan lama. Kerusi meja simple, bukan bertaraf cafe atau restoran jadi harganya mungkin jenis mampu milik atau mesra rakyat..he he he..



Kerusi meja jenis senang pindah..



Menu - harga yang ditawarkan bagi saya masih sederhana, kami sekeluarga try mee bandung udang galah gred B, mee bandung tulang dan anak-anak order kue tiaw goreng special sahaja.




Mee Bandung Udang Galah



Kami datang berlima, selalunya bila order menu yang berbeza, sudah semestinya hidangan akan dihantar berbeza masa tapi saya terperanjat juga bila semua menu kami sampai serentak. Setelah menikmati juadah, dan melihat secara imbas keadaan dapurnya, saya boleh rumuskan kuah mee bandung ini telah disiapkan secara bulk, sama macam dikedai asam pedas, siapkan kuah, bila ada order, baru masukkan ikan mengikut order. Dipanaskan baru dihantar kepada pelanggan. Bagi saya sepatutnya mee bandung disini juga mengikut konsep sedemikian. 

Biarlah bila hidangan dihantar, pinggan tu kelihatan berasap sedikit dan pelanggan perlu meniup sedikit bagi menyejukkannya, hidangan saya dah lah suam, rasanya tak perlu tiup, dua kali kaut dalam dua saat pun dah boleh habis. Portion mee dalam pinggan saya seolah-olah terlalu sedikit, pandangan saya , kalau harganya tinggi sedikit, biarlah isinya pun tinggi sedikit dalam pinggan. Pelanggan tak kisah membayar mahal tapi biarlah setimpal dengan bayarannya. 

Keunikkan mee bandung disini sudah semestinya ada udang galah bergred dan bertulang. Soal rasa, sama macam mee bandung yang dijual diseluruh Melaka, rasanya manis2 sedikit dan tak boleh pedas, ia akan membunuh keaslian rasa mee bandung itu sendiri. Bila diletakkan udang galah bapak besar, ianya meninggalkan pesaingnya hampir sedepa. Ada dua pilihan gred udang galah disini, ada gred A dan ada gred B, wife saya order gred B, beliau menjamahnya seorang. Komen beliau, beliau puashati dengan rasa dan besarnya udang galah ni, kenyang buat beliau seorang. Dan saya pula order mee bandung bertulang..



Mee Bandung Bertulang, kalau isi daging pada tulang tersebut empuk sedikit, mahu rasanya saya order pinggan kedua...he he he..



Ini saiz udang galah gred B, besar botol susu baby saya juga, kalau gred A, besar tarmus kot..he he he... Kami order ikut kemampuan...


Lokasi kedai ini terletak di Jalan KP 1, Taman Krubong Perdana. Kalau dari Sg Udang, selepas Stadium Hang Jebat, depan sedikit ada persimpangan Parit Melana, belok ke kiri dan menghala ke Krubong, pandu dalam 4 km, taman ini terletak disebelah kiri dan kedai ini betul2 terletak ditengah-tengah deretan blok perniagaan taman ini. Bagi saya, ianya sedap dan unik, puas makan dan harga berpatutan. Saya dah cuba, anda bila lagi???


...

No comments:

Post a Comment