Sunday, December 14, 2014

Kari Kepala Ikan Bukit Katil

Dulu semasa kerja di Bangsar, Kuala Lumpur, kari kepala ikan merupakan salah satu makanan kegemaran den setiap hari Jumaat. Kedai dia terletak dibawah pokok area Lucky Garden, kedai simple aje tapi bila makan, rasa macam kat kedai lima bintang. Entah macamana baru-baru ni den ada urusan di ILP Bukit Katil, bawa satu family sekali, bila nak balik, wife ajak makan tengahari, suruh bawa ke kedai yang famous kat area sini maka ke sini lah den tuju.

Terletak di tepi jalan sahaja, kalau dari Ayer Keroh, menghala ke pusat bandar Melaka, akan jumpa persimpangan empat, ada Hotel Kings dihadapan sebelah kiri dan Hospital Pantai disebelah kanan, belok ke kiri lah. Ada papantanda juga, lihat arah Bukit Katil, Duyong atau pun Jabatan Pengangkutan Jalan. Sampai di trafik light selepas bangunan JPJ, belok ke kanan dan tak sampai 100 meter, kedai ini terletak disebelah kiri. 

Papantanda kedai ni, ianya juga sering disebut sebagai kedai Hajah Rahmah  sahaja. Menu pelbagai, kari kepala ikan ada, asam pedas ada, rendang ada, kuih muih ada, air tebu pun ada serta pelbagai lagi menu. 


Mula-mula wife nak suruh makan cara hidang, den tak bagi, den suruh ambik sendiri, ambik pinggan, isi lauk yang nak dimakan kat pinggan masing-masing, kalau berhidang ni, selera anak-anak lain, nanti membazir membayar pada menu yang walau hanya tercuit sedikit.


Gambar pinggan membuktikan betapa sodap atau tidak makanan kat sini...he he he...licinnnnnn...


Kedai besar, boleh memuatkan hampir 80 orang pada satu-satu masa, yang uniknya ada dijual air tebu, dimesin didepan mata, tentulah sedap bila ditaruh air batu dan diminum diwaktu tengahari....fehhhhhh.. lauk panas-panas lak....double fehhhhh.. Lupa lak, menu dengan senarai harga disediakan, jengok-jengoklah menu tu sebelum mengambil makanan, takut rasa mahal atau tak puashati dikemudian hari... he he he..


Nak bayar pastikan jangan lupa no meja, macam mana nak ingat no meja??? tengok atas kepala.....

Alhamdulilah, wife komen menu dia sedap terutama kuah kari, kepala ikan kami tak ambik, kuah dia aje dah menyedapkan, harga bagi saya masih sederhana, kalau tuan-tuan kata mahal, saya minta maaf, kami lebih suka ambik sendiri dari makan berhidang, baru harga tu cover betul-betul apa yang kita makan bukan apa yang dihidang.

Den dah cuba, sodap dan teraso, kalau yang lain kato lain....Den tak kisah...ha ha ha...


...

Thursday, November 20, 2014

Steamboat and Grill, Malim - Restoran Aman Sejagat KRU.

Dah lama tak makan steamboat dan malam ni tekak merayu-rayu untuk bersteamboat...ha ha ha. Lontarkan pelawaan pada rakan-rakan group Nazaria di whatapps, dua insan menyambutnya dan inilah hasilnya.



Terletak berhampiran pintu masuk ke Politeknik Kota Melaka, Malim. Kedai corner lot.



Senarai harga, orang akan selalu tertanya-tanya harganya dan ini dipasang dibanner terus. Mudah ingat...



Yang paling saya tertarik, dibannernya tertera promosi setiap malam isnin sampai khamis, macam kat ...errr.....he he he....siap ada ladies night. Kita orang single, awek takde lagi...ha ha ha..


Pilihan menunya juga banyak dan memuaskan hati, siap ada name tag, ini bagus untuk pelanggan tidak tersalah pilih. Ada setengah kedai tu kita kena tanya pelayan baru kita tahu menunya. Kadang-kadang lain yang ditanya lain yang dijawabnya...ha ha ha..



Susunan aturnya agak kemas dan simple, senang untuk pelanggan bergerak terutama pelanggan berbadan besar seperti saya, ada sesetengah kedai tu lebih mengutamakan seating yang banyak dari mengutamakan keselesaan pelanggannya. Yang ini saya like....ahakss 



Bersama geng Nazaria Melaka, Saudara Shah dan Saudara Azizul Tan. Shah masing bujang dan Azizul bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi....ha ha ha...

Di Melaka banyak kedai yang berkonsepkan steamboat dan grill ini dibuka, pilihlah dari harga yang murah sehinggalah ke harga yang mahal namun yang membezakan antara satu kedai dengan kedai yang lain adalah pilihan menu yang segar dan kuah sos atau cicahnya yang menangkap jiwa. Kalau kedai canggih, harga canggih tapi menu macam hamlau, pun tak guna juga tapi bagi saya kedai ini menarik.

Walaupun tidak terletak ditepi jalan utama dan agak terselindung, bagi saya ianya nyaman dan selesa, tak banyak habuk berbanding ditepi jalan utama selain tenang dan rilek bila menyuap makanan satu demi satu, kena pula diringi oleh lagu sentimental, PA system memang canggih dan sedap telinga mendengarnya, tidak terlalu sepi dan tidak terlalu bising. Romantik gitu gitu...ha ha ha....

Untuk ke mari tak susah, boleh search google atau cari papantanda "Politeknik Kota Melaka", dipintu masuk ke Politeknik ini, disitulah restoran ini berada. Mudahkan?...Kedai ini baru setahun jagung beroperasi namun layanan pramusaji, susunatur deconya dan pilihan menunya seolah-olah mereka sudah beroperasi lama. Saya dah mencuba, anda bila lagi???...


...

Sunday, November 2, 2014

Asam Pedas Taman Bukit Katil Damai 2

Asam pedas yang saya nak ceritakan pula kali ini terletak di Taman Bukit Katil Damai 2, kedai ni menggunakan konsep stall dan stall ni pula disewakan kepada individu-individu yang menjual menu mengikut kepakaran masing-masing. Stall asam pedas ni sebenarnya milik kawan lama saya semasa bekerja di Sole Radio Pager dulu sekitar tahun 1993, kami dah lama tak berjumpa dan malam tu saya mencuba asam pedas masakan isteri beliau dan kami juga bercerita kisah lama, hampir 20 tahun tak jumpa maka....keluarlah pelbagai cerita lama...ha ha ha...



Ini kedainya, sekarang tak susah nak cari lokasi kedai, googlekan aje....he he he..


Ini pula stall nya, stall ni disusun macam bentuk L, ada 5 lagi stall dan ianya menjual menu yang berbeza-beza setiap satu, kalau semua jual menu yang sama, payah ler...


Set asam pedas saya, sambal belacan dia ada lain sikit, macam sambal belacan resipi jawa pun ia juga...


Asam pedas ikan pari saya dan ianya dalam claypot. Kalau perhatikan ianya tidak menggunakan daun kelsom tapi daun limau, itu sebab aromanya berbeza sedikit.


Stall ini turut menjual tahu bakar, rasanya memang best, boleh datang lagilah, kuahnya pula tidak terlalu pekat macam kuah satay tapi macam kuah rojak mamak pun tak juga. Cubalah sendiri dan nilai, pasti berbaloi.


Stall ini juga merupakan milik kawan lama saya, yang ditengah-tengah dikenali dengan nama Yahya atau Pak Ya, sebelah kanan pula Saniah bersama suami beliau, turut join santai kami malam tu. Romantik dan sporting pasangan couple ni, Saniah dulu tak macam ni, berubah 180 darjah jadinya...ha ha ha...



Makanan asam pedas disini dihidangkan didalam mangkuk claypot, bagi saya ianya sama macam kebanyakan kedai-kedai asam pedas di Melaka ni sebab keasliannya benar-benar terjaga dengan penggunaan claypot ni, resipinya pula bagi saya sedap, macam-macam resipi sebenarnya kalau nak masak asam pedas ni, ikut selera dan penerimaan kita, bagi saya ianya boleh dikunjungi lagi. Sedap dan best, bagi yang tinggal berdekatan boleh try disini. Beroperasi setiap hari mulai jam 6 petang hingga 12 malam. Parking banyak, pasal taman baru, ada skrin tv yang besar, pasti puas tengok game bola pada setiap hujung minggu dan paling best, disini banyak pilihan menu untuk dipilih. Cubalah...


...

Monday, October 27, 2014

Goreng Pisang Cheese

Ini fenomena baru yang saya lihat di Melaka sekarang, baru beberapa minggu benda ni berlegar-legar di alam maya, maka saya pun teringin mencubanya. Lokasi pertama adalah di Bukit Rambai, kedudukannya betul-betul diluar pagar sekolah antara Sekolah Menengah Taman Bukit Rambai dan Sekolah Rendah Taman Bukit Rambai. Kebetulan anak saya bersekolah di Sekolah Rendah Taman Bukit Rambai maka senanglah, hari-hari saya lalu depan gerai tu. 


Ramai pelajar sekolah akan singgah membelinya, gerai ni bukan sahaja menjual goreng pisang cheese, kuih-kuih lain dan juga air turut dijual sama.



Kat banner dia aje bila tengok, pasti meleleh air liur dibuatnya...



Ini goreng pisang cheese biasa, bukan goreng pisang cheese cokelat, harga RM4 satu bekas dengan 9 ke 10 keping pisang goreng yang kemudian disagat cheese diatasnya.  Ni pisang jenis pisang nipah, tempat lain pisang dia mungkin jenis lain.



Ikhwan kalau makan mesti satu bekasnya...tak boleh kongsi...



Aiman pun sama...



Wife dapat jamah 3 keping aje, tak boleh lebih...he he he...



Den jangan tanya, satu bekas memang tak cukup...ha ha ha...

Setahu saya ada dua lokasi menjual goreng pisang cheese ni, satu di Bukit Rambai dan satu lagi di Peringgit yakni jikalau kita menghala ke masjid negeri dari arah Cheng, kedai dia sebelah kiri selepas Melaka Central. Yang ni saya pernah try sekali, dia gunakan campuran pisang nipah dan juga pisang tanduk. Bukan nak kondem, saya lebih gemar beli yang di Bukit Rambai berbanding disini. Cubalah sendiri dan nilai, saya tak mempromosikan mana-mana kedai sebab saya tak dapat komision, yang penting anda mencubanya sendiri. 

Selamat mencuba....ahakss



....

Saturday, October 4, 2014

Homemade Kambing Panggang

Semalam ada seorang sahabat permotoran ajak pekena sarapan pagi, katanya makan kambing panggang. Aikk....bila masa pula kat Melaka ni ada kedai jual kambing panggang pagi2. Tepat jam 9.15 pagi beliau dah sampai depan rumah, naik aje kereta tanya sekali lagi, sarapan kambing panggang? Yup beliau jawab ringkas, ikut aje.

Rupa-rupanya beliau bawa ke rumah seorang pengusaha makanan sejuk beku ataupun biasa kita gelar frozen, kali ini homemade frozen ini agak unik sedikit, lain dari lain jenis frozennya, Beliau mengusahakan frozen kambing panggang atau nama bisnessnya, Homemade Lamb BBQ. Perniagaan milik En Indra atau lebih mesra disapa sebagai Abang Indra beroperasi dari rumah sahaja tanpa membuka sebarang premis perniagaan dan berpeluang melihat cara-cara penyediaan beliau, yang simple sahaja bukan secara detail...kena debik kang aku...ha ha ha... 



Proses awal adalah kambing  yang telah siap diperap dengan perapan rahsia... jangan ditanya berapa lama atau resepinya, rahsia kerajaan...... akan dipanggang dahulu dengan suhu yang telah ditetapkan.


Proses seterusnya selepas ianya dipanggang, akan dianginkan atau disejukkan sehingga suhu bilik sebelum dibungkuskan/ packing dalam bekas frozennya. Setiap bekas beratnya 250 gram dan mengandungi antara dua ke tiga keping daging panggang. Kalau dilihat dari gambar, kambing yang dipanggang ini tidak dibakar 100% tetapi dibiarkan masak dalam 70 ke 80% peratus supaya ianya tidak terlalu keras bila kita memanaskannya semula. Sebenarnya saya diberi peluang mencubanya panas2 macam ni.....he he he.. sedap bai...


Ianya juga menyediakan secara RAW dengan isi berat setiap bekas adalah 1 kg. Harga biasa dalam RM40, kalau ada promosi....mungkin dapat harga lain kot. Bagi yang nak buat majlis BBQ sendiri, bolehlah tempah sebegini. Keistimewaan homemade lamb chop ni, tak payah sos black pepper pun takper, makan macam tu aje dah cukup-cukup sedap. 


Ini bekas 250 gram, hargannya RM15, paling best bekasnya friendly microwave, setkan suhu pada high, setkan 3 minit, on......berdenting aje buzzer microwave, buka bekas, letak dalam pinggan....bismillah. Senang dan mudah, tak perlu cari arang atau kipas satay...memang mudah, kat rumah kalau takde microwave, carilah mana-mana 7Eleven, tumpang guna microwave diaorang.......lepas 3 minit.....satu 7E tumpang makan...ha ha ha...


Errrrr.......den baru nak mula ni...ki ki ki......


Homemade Lamb BBQ ni kena dengan selera den, perapan dia memang best dan ianya cukup blend dengan daging, bagaimana cara beliau buat, jangan ditanya, rahsia beliau tapi sekiranya nak order, bolehlah hubungi beliau ditalian 012-6319945. Beroperasi di no17, Jalan Siantan 2, Taman Paya Rumput Perdana (gated community - Security Nepal jaga pintu...he he he) Call to kompom...main sergah2 ni...silap2 merana. 

Selamat mencuba.


...

Friday, September 19, 2014

Chinese Muslim Food - Restoran Casa Lagenda

Pernah menghadiri majlis buka puasa di City Park Oriental di Seremban 2 pada tahun lepas, masakannya memang menawan selera kami sekeluarga, pernah berangan dalam hati agar restoran ini beroperasi di Melaka, dekat sikit dan bolehlah kami pekena masakannya selalu terutama butter prawn dan ketam berlada. Tanpa disangka-sangka, restoran ini adalah milik Op RMC baik di Seremban 2 mahupun yang baru beroperasi di Melaka. Restoran ni pun dah beberapa kali saya kunjungi termasuk menjadi port rasmi Op Melaka Chapter mengadakan mesyuarat rasmi dan tidak rasmi. Makanan memang marbeles, layanan mesra dan cepat cuma masa beroperasi mereka mempunyai keunikkan sedikit. Kena perihatin sedikit supaya anda tidak kehampaan bila kemari. 

Bagi rakan Op yang ingin hadir menjamu selera, pastikan datang week day, insyallah anda akan dilayan oleh adik pemilik restoran ini, Op Hassan F Coy. Kalau hujung minggu, beliau perlu berada di Kuala Lumpur pula. Namun kalau segan, call saya, insyallah saya tidak akan pulang kelaparan...ha ha ha...




Casa Lagenda


Perhatikan masa beroperasinya.


Hidangan ketika mesyuarat Op Melaka Chapter, kuey tiaw goreng pujaan hatiku...ki ki ki...


Op Hassan, adik pemilik rangkaian restoran ini.


Antara pemikir dan pengubal dasar Op Melaka Chapter 2014, 2015 tak tahulah siapa pulak...

Kadang-kadang mencari makanan chinese muslim agak susah tapi dengan adanya Casa Lagenda ini, kepayahan anda bakal terubat. Menu kesukaan saya adalah Kuey Tiaw goreng dan butter prawn nya, anda bagaimana pula??? Cubalah, anda pasti akan kembali lagi.


...

Tuesday, September 9, 2014

Kebab Kambing Bertam Jaya

Kalau nak minum petang dan kita tak mahu melepak kat kedai, saya rekomen beli tapau aje.  Kedai ni atau senang kira, stall pasar malam, hanya berbekal dengan satu payung dan satu meja sahaja. Kerusi meja untuk makan-makan memang takde. Dikendalikan oleh ayah dan anak muda nya yang masih bujang trang tang tang. Ayah jual mee rebus dan anak jual kebab. Kebab pula ada beberapa kebab seperti kebab daging, kebab ayam dan juga kebab kambing. Saya dah cuba kesemua kebabnya dan paling terangkat....kebab kambing , next time memang nak repeat berulang-ulang kali lagi.

Kebab dia menggunakan beberapa jenis stail, ada guna roti panjang seperti roti john, roti pita ala-ala roti palestine, roti arab dan juga kepingan tortila macam kepingan capati yang dibalut. Ianya dimasak, dicampur dengan hirisan timun dan digaul dengan sos cili khas. Mayonis hanya diletakkan pada topping roti, atau dibubuh paling akhir. Ada sesetengah tu campur sekali, teknik disini, ianya disapukan kemudian samaada pada roti atau dihias dibahagian atas. Baru blend tu membezakan rasa antara daging, sos dan mayonis. kunyah dimulut, cair dialur tekak dan kenyang diperut...ha ha ha...

Mee rebus pulak resipi keluarga mereka turun temurun, bagi saya yang hanya mencuba semangkuk dulu, memang puas hati, kuah dia pekat dan banyak. Saya segan nak tapau lebih tapi takper...next visit, saya tapau lebih. Disini tempatnya agak terhad maka lebih baik sekiranya kita tapau aje. Insyallah anda akan rasa puasnya. Stall ni terletak ditapak pasar malam Taman Bertam Jaya, hadapan persimpangan Tesco Cheng. Beroperasi disini setiap hari Selasa mulai jam 5 petang hingga jam 9 malam, ikut time pasar malam beroperasi. Waktu lain, kena tanya ownernya sendiri. 


Mee rebus warisan...


Kebab daging dalam pita...meleleh air liur den...


Baju kuning, paklah ayah dan baju hijau, Shah anak paklah. Dua-dua sedang menyiapkan tempahan saya...ahakss


Kebab kambing melawati.....best di Melaka....saya misti piliyyyy.....

. Saya dah cuba...anda bila lagi.???..


...

Tuesday, June 24, 2014

Mee Bandung Muar, Klebang

Hari ni anak saya ada aktiviti sukan wakil sekolah, satu di Sek Men Klebang, lawan bola tampar peringkat Daerah dan seorang lagi masuk Action Song Festival di Sek Keb Methodist, Tengkera. Dua-dua game serentak sebelah pentang. Maka aktiviti petang dah tentu kena ambik mereka bila dah habis nanti. Mula-mula game Aiman tamat dulu di Klebang dan kemudian Ikhwan di Tengkera, jam tunjuk pukul 5 petang tapi perut dah bunyi pukul 8 malam...ha ha ha... 

Maka saya pun menuju ke sebuah kedai ni yang khabarnya baru di buka dua minggu sudah dan menu utamanya.."original mee bandung muo"... Ada lagi menu lain tapi saya bagi keutamaan mee bandung muo lah dulu. Anak-anak saya order nasi ayam, wife order nasi ayam goreng dan saya, sudah tentu mee bandung muo  nya.


Anak-anak order nasi ayam kalau dilihat, portion nasi dia agak banyak, kenyang makan kalau yang berbadan besar cuma portion ayam boleh ditambah sikit kot, nasi banyak , ayam sikit...memang ketara perbezaannya, rasa...memang best.

Ini pulak, nasi ayam goreng. Wife saya cukup puji, nasi banyak dan rasanya memang sedap. Bagi saya kalau macam ni lah hidangan setiap hari, memang cepat montel saya...he he he..

Mee bandung muo, maaf...dah separuh jalan baru teringat nak ambik gambau lagi pun nak datang lagi...he he he..  Mangkuk ni besar sikit dari mangkuk sup biasa, isi dalam dia ada udang, daging, telur dan paling mercik...rasanya se"ori" mee bandung yang pernah saya makan di Tanjung Agas atau Perhentian Bas Muar.  Lepas ni takyahlah saya sibuk ke Muar cari mee bandung ni. Ianyadisediakan dari jam 12 tengahari hingga 12 malam. Memang menikam kalbu rasanya.

Kedai ni terletak di Taman Sayang Selasih, Klebang atau lebih senang kat Pejabat Bilik Gerakan BN DUN Klebang. Insyallah tak boleh missnya. Dekat dengan dataran 1 Malaysia Klebang juga, kedai ni baru dibuka 2 minggu, signboard pun belum naik lagi, setting biasa cuma rasanya  perlu ditambahbaik sedikit seperti bidai yang perlu dipasang dikaki limanya pasal panas petang bawa ke dalam kedai. Perlu buku menu atau simple menu untuk pelanggan rujuk menu dan harganya. Yang lain...ok bagi saya.

Dimaklumkan kedai ni juga ada menu beriyani kambing dan ayam, dijual diwaktu tengahari sahaja, malam pula ada tambahan menu seperti chicken chop, soto serta satay. Adatlah , kedai baru dibuka, dah tentu banyak yang perlu diatasi tapi soal rasa masakannya, memang mercik, power dan asyik. Saya jarang bagi bintang-bintang ni tapi kali ni, soal rasa... 4 bintang dan soal service serta setting, saya bagi 3 bintang. Saya dah cuba, anda bila lagi....???


...

Nasi Lemak Lereh, Melaka

Hari ni berkesempatan bersarapan pagi dikedai baru atau port baru, selalu sibuk... Lokasinya di Lereh, berdekatan Sek Keb Lereh. Menu nasi lemak biasa aje, sekadar nak rasa dan promote sebab ramai kata yang kedai ni jual nasi lemak best, sabtu dan ahad penuh pelanggan maka saya pun nak cuba try test tengoklah....silap...rasa...he he he...


Signboard besar depan kedai, bersih dan selesa. Ada dua kedai sebelah menyebelah, jangan salah pintu sudahlah.


Ini nasi lemak yang saya order, sambal sotong, tak pedas sangat tapi ada rasa manis sikit, tu sebab saya tengok ramai pelanggan bengsa tionghua juga singgah ke mari, bersarapan atau beli bungkus.

Sambal sotong dari angle dekat..he he he...  Soal harga bagi saya subjektif, set yg saya makan ni berharga rm6. Ayam goreng dia berempah dan ranggup, harganya rm3, besar...macam biasa aje.

Kat sini pun ada kuih kole kacang, lopis dan apam, kira manis-manis juga dan kuih-kuih sebegini jarang dijual diwaktu pagi dan rezeki saya dapat jamah menu ini.

Sebenarnya banyak kedai atau warung atau pondok tepi jalan yang jual nasi lemak ni, rasanya berbeza-beza begitu juga dengan selera masing-masing, kalau saya kata sedap, orang lain rasa tak sedap...saya tak boleh nak cakap apa, try datang dan rasa kemudian buatlah keputusan sendiri. Kalau tak boleh juga buat keputusan....Ado Den Kisah....ha ha ha...


...

Friday, June 20, 2014

Cendol Bakar Batang Tiga

Selalu dengar tentang Cendol Bakar Kuala Selangor, nak pergi...memang tak arrr, jauh wei tapi baru-baru ni lalu kat Klebang, terjumpa lak Cendol Bakar ni, apa lagi, men try test tengok lah jadinya....



Cendol kosong yang saya order. Rasa memang power, santan dia...lemak berkrim disukai ramai.....


Kaunter depan, hiasan ala-ala bangunan tak siap...


Poster ori cendol bakar Kuala Selangor bermakna cendol bakar di Klebang Melaka ini adalah cawangannya. Hebat perniagaan cendol bakar ni...

Mee kari yang ditry sebagai menu sampingan, sedap juga time lapar-lapar ni, time kenyang jangan makan, membazir aje...


Cendol durian lak....semangkuk mana main...ha ha ha...


Power wei...rugi tak try, kalau tak sedap?...Ado Den Kisah!!!



...