Sunday, November 2, 2014

Asam Pedas Taman Bukit Katil Damai 2

Asam pedas yang saya nak ceritakan pula kali ini terletak di Taman Bukit Katil Damai 2, kedai ni menggunakan konsep stall dan stall ni pula disewakan kepada individu-individu yang menjual menu mengikut kepakaran masing-masing. Stall asam pedas ni sebenarnya milik kawan lama saya semasa bekerja di Sole Radio Pager dulu sekitar tahun 1993, kami dah lama tak berjumpa dan malam tu saya mencuba asam pedas masakan isteri beliau dan kami juga bercerita kisah lama, hampir 20 tahun tak jumpa maka....keluarlah pelbagai cerita lama...ha ha ha...



Ini kedainya, sekarang tak susah nak cari lokasi kedai, googlekan aje....he he he..


Ini pula stall nya, stall ni disusun macam bentuk L, ada 5 lagi stall dan ianya menjual menu yang berbeza-beza setiap satu, kalau semua jual menu yang sama, payah ler...


Set asam pedas saya, sambal belacan dia ada lain sikit, macam sambal belacan resipi jawa pun ia juga...


Asam pedas ikan pari saya dan ianya dalam claypot. Kalau perhatikan ianya tidak menggunakan daun kelsom tapi daun limau, itu sebab aromanya berbeza sedikit.


Stall ini turut menjual tahu bakar, rasanya memang best, boleh datang lagilah, kuahnya pula tidak terlalu pekat macam kuah satay tapi macam kuah rojak mamak pun tak juga. Cubalah sendiri dan nilai, pasti berbaloi.


Stall ini juga merupakan milik kawan lama saya, yang ditengah-tengah dikenali dengan nama Yahya atau Pak Ya, sebelah kanan pula Saniah bersama suami beliau, turut join santai kami malam tu. Romantik dan sporting pasangan couple ni, Saniah dulu tak macam ni, berubah 180 darjah jadinya...ha ha ha...



Makanan asam pedas disini dihidangkan didalam mangkuk claypot, bagi saya ianya sama macam kebanyakan kedai-kedai asam pedas di Melaka ni sebab keasliannya benar-benar terjaga dengan penggunaan claypot ni, resipinya pula bagi saya sedap, macam-macam resipi sebenarnya kalau nak masak asam pedas ni, ikut selera dan penerimaan kita, bagi saya ianya boleh dikunjungi lagi. Sedap dan best, bagi yang tinggal berdekatan boleh try disini. Beroperasi setiap hari mulai jam 6 petang hingga 12 malam. Parking banyak, pasal taman baru, ada skrin tv yang besar, pasti puas tengok game bola pada setiap hujung minggu dan paling best, disini banyak pilihan menu untuk dipilih. Cubalah...


...

No comments:

Post a Comment