Terletak berhampiran pintu masuk ke Politeknik Kota Melaka, Malim. Kedai corner lot. |
Senarai harga, orang akan selalu tertanya-tanya harganya dan ini dipasang dibanner terus. Mudah ingat... |
Yang paling saya tertarik, dibannernya tertera promosi setiap malam isnin sampai khamis, macam kat ...errr.....he he he....siap ada ladies night. Kita orang single, awek takde lagi...ha ha ha.. |
Bersama geng Nazaria Melaka, Saudara Shah dan Saudara Azizul Tan. Shah masing bujang dan Azizul bakal mendirikan rumahtangga tak lama lagi....ha ha ha... |
Di Melaka banyak kedai yang berkonsepkan steamboat dan grill ini dibuka, pilihlah dari harga yang murah sehinggalah ke harga yang mahal namun yang membezakan antara satu kedai dengan kedai yang lain adalah pilihan menu yang segar dan kuah sos atau cicahnya yang menangkap jiwa. Kalau kedai canggih, harga canggih tapi menu macam hamlau, pun tak guna juga tapi bagi saya kedai ini menarik.
Walaupun tidak terletak ditepi jalan utama dan agak terselindung, bagi saya ianya nyaman dan selesa, tak banyak habuk berbanding ditepi jalan utama selain tenang dan rilek bila menyuap makanan satu demi satu, kena pula diringi oleh lagu sentimental, PA system memang canggih dan sedap telinga mendengarnya, tidak terlalu sepi dan tidak terlalu bising. Romantik gitu gitu...ha ha ha....
Untuk ke mari tak susah, boleh search google atau cari papantanda "Politeknik Kota Melaka", dipintu masuk ke Politeknik ini, disitulah restoran ini berada. Mudahkan?...Kedai ini baru setahun jagung beroperasi namun layanan pramusaji, susunatur deconya dan pilihan menunya seolah-olah mereka sudah beroperasi lama. Saya dah mencuba, anda bila lagi???...
...
No comments:
Post a Comment