Dulu semasa kerja di Bangsar, Kuala Lumpur, kari kepala ikan merupakan salah satu makanan kegemaran den setiap hari Jumaat. Kedai dia terletak dibawah pokok area Lucky Garden, kedai simple aje tapi bila makan, rasa macam kat kedai lima bintang. Entah macamana baru-baru ni den ada urusan di ILP Bukit Katil, bawa satu family sekali, bila nak balik, wife ajak makan tengahari, suruh bawa ke kedai yang famous kat area sini maka ke sini lah den tuju.
Terletak di tepi jalan sahaja, kalau dari Ayer Keroh, menghala ke pusat bandar Melaka, akan jumpa persimpangan empat, ada Hotel Kings dihadapan sebelah kiri dan Hospital Pantai disebelah kanan, belok ke kiri lah. Ada papantanda juga, lihat arah Bukit Katil, Duyong atau pun Jabatan Pengangkutan Jalan. Sampai di trafik light selepas bangunan JPJ, belok ke kanan dan tak sampai 100 meter, kedai ini terletak disebelah kiri.
Gambar pinggan membuktikan betapa sodap atau tidak makanan kat sini...he he he...licinnnnnn... |
Nak bayar pastikan jangan lupa no meja, macam mana nak ingat no meja??? tengok atas kepala..... |
Alhamdulilah, wife komen menu dia sedap terutama kuah kari, kepala ikan kami tak ambik, kuah dia aje dah menyedapkan, harga bagi saya masih sederhana, kalau tuan-tuan kata mahal, saya minta maaf, kami lebih suka ambik sendiri dari makan berhidang, baru harga tu cover betul-betul apa yang kita makan bukan apa yang dihidang.
Den dah cuba, sodap dan teraso, kalau yang lain kato lain....Den tak kisah...ha ha ha...
...
No comments:
Post a Comment