Friday, November 17, 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun ke 70 Federation Military College (FMC) @ Kolej PTT, P.Dickson

 Dah lama tak masuk kem, kali ini berpeluang menghadiri mesyuarat penubuhan FMC yg ke 70 didalam Kolej Pegawai Tidak Tauliah yakni tapak lama FMC. Maktab Tentera Persekutuan atau nama inggerisnya adalah Federal Military College - FMC ditubuhkan pada tahun 1952 dengan matlamat utamanya melatih anak muda dikalangan anak-anak anggota tentera ketika itu dan kemudiannya dibuka untuk penyertaan dari pelbagai kaum. Kesemua pegawai dan jurulatihnya terdiri dari tentera British dengan bahasa pengantaranya adalah dalam Bahasa English. Disini terma panggilan BOY dan kemudiannya BUDAK BOY gabungan panggilan dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris menjadi trademark ketika itu.


Sesampainya kami, kami disambut oleh Pengarah Kolej PTT  iaitu Kol Juremy dan pegawai2 kejurulatihan beliau. Kolej ini dibawah pentadbiran Akedemi Tentera Darat ATD.

 

FMC berada ditapak lamanya dari tahun 1952 sehinggalah ke tahun 1961 sebelum ianya dipindahkan ke tapak baru di dalam Kem Perdana Sg Besi. Disitu gabungan terma budak boy masih lagi digunakan sehinggalah ianya ditukar kepada Maktab Tentera DiRaja atau Royal Military College pada tahun 1966. Piagamnya pun turut berubah, untuk mendidik anak muda Malaysia untuk menjadi pegawai dalam ketiga tiga cabang perkhidmatan angkatan tentera dan pemimpin didalam bidang perdagangan dan ikhtisas negara. Terma panggilan turut berubah dari Budak Boy kepada PUTERA. Ketika penubuhan FMC, iaya turut membawa elemen budak boy dan juga pru octu ataupun kadet peg tentera. Bila perubahan nama, ianya menjadikan MTD kepada 2 cawangan iaitu Cawangan Putera dan Cawangan Kadet.


Selepas dijamu, kami dibawa ke bilik Pengarah utk bermesyuarat. Op Nawawi Md Desa sedang memberikan penerangan beliau untuk mjlis sambutan tersebut. Walaupun dah pencen lama dalam angkatan tentera namun kertas kerja beliau sangat detail dan teliti. Rasanya op muda macam saya pun tak seteliti beliau.


Dari kanan, Op Zainal Mokhtar FMC yg juga merupakan bekas Adun Senaling, Op BG Dato Kamarulzaman mewakili OPN9 dan OP Hamzah Pilus FMC.


Op Halim Shah FMC merupakan emcee pada majlis rasmi sambutan nanti. 


Selesai bermesyuarat, kami berpeluang bergambar dibeberapa lokasi antaranya di Mess pegawai  bersama kesemua pegawa kejurulatihan dan juga di Papantanda KPTT itu sendiri dan saya juga tak melepaskan peluang bergambar dengan Pengarah kolej PTT itu sendiri yg juga merupakan hero "Bakara Market", tumpang glamerlah sikit..ha ha ha.



Selesai mesyuarat sambutan yang turut di hadiri oleh Tuan CI Lt Kol Wan, Tuan AO Mej 
Mokhzaini dan peg ICT.



Begitu hormatnya mereka pada rombongan kami, dilayan dengan baik dan mesra, memberikan sepenuhnya kerjasama sepanjang mesyuarat dan insyaAllah pada hari kejadian sambutan nanti. Semuga dipermudahkan urusan kita semua.



Gambar kenang kenangan bersama Pengarah dan pegawai kejurulatihan Kolej Pegawai Tidak Tauliah. Terima kasih ATD, terima kasih PTD atas layanan istimewa ini.



...

No comments:

Post a Comment