Wednesday, November 8, 2023

Bariatrik - Progress Selepas Pembedahan

 Permulaan turun berat badan saya bermula sebelum pembedahan lagi kerana memulakan meminum susu khas VLCD seminggu sebelum ops, sepatutnya kena minum dua minggu sebelum tapi sebab tarikh pembedahan dipercepatkan sebanyak dua kali maka ianya hanya dpt diminum utk tempoh seminggu sahaja.

Penurunan berat pula tak sekata dari bulan ke bulan, mungkin sebab faktor usia ataupun pola pemakanan saya selepas ops. Dr suruh bersenam dalam 30 minit sehari namun saya gagal mematuhi arahan tersebut sebab masalah slip disc yg saya sedang alami dan juga sikap saya yg idle, Senang kata……malas…ha ha ha.. 

Bulan Ogos 2023 saya mengalami kemalangan motorsikal, patah 4 tulang rusuk sebelah kiri jadi kemalasan itu jadi double idle lah…ha ha ha

Alhamdulilah ianya dah pun sembuh serta luka2 pula dah jadi parut tanda kenangan accident tersebut. Nasib baik muka masih macho lagi…he he he


Gambar sebelah kiri semasa ke Medan, Indonesia tahun 2018.




Belah kiri tak ingat tahun bila,




Belah kiri 4 Hari selepas ops.




Baju  oren ni pun dah longgar sangat, saya dah tak pakai pun lg  


 

Baju raya tahun 2020, sekarang longgar gila, saya dah hantar kecikkan.  Pun masih longgar. Banyak modal dah kuar beli baju dan seluar ni, sengkek den…ha ha ha




No comments:

Post a Comment