Thursday, November 9, 2023

JRM Biso Bonar N.Sembilan - 4 Nov 2023

 Terpanggil menulis entry kali ini bukan apa, dua tahun penganjuran program sebegini saya terlibat dan tahun ini saya memilih duduk tepi aje. Bukan merajuk jauh sekali membenci tapi atas faktor kesihatan, saya lebih suka memilih kemudaratan kecil dari kemudaratan besar tambahan pula wife perlu bertugas disitu kerana beliau juga merupakan salah seorang pengedar level silver maka automatik saya perlu membantu beliau mahu atau tidak, kang kena tidur luar, siapa nak tanggung??…ha ha ha


Kupon pun tak habis guna lagi, sibuk bekerjalah konon nya.




Gambar cantik dan beramai ramai boleh layari lawanweb atau fb JRMNS, ini saya guna kamera sendiri, tak reti upload sebab tab ni cam siot aje. Ha ha ha


Perniagaan JRM atau Jamu Ratu Malaya yg diasaskan oleh Bonda Rozita Ibrahim ni berkonsep holistik sebenarnya, saya lihat ianya seakan akan jihad ekonomi buat org melayu khasnya dan bertujuan menghasilkan bukan saja peluang perniagaan tapi lebih kearah serampang dua mata. Bayangkan setiap negeri hanya ada satu atau dua stokis saja dan ini seolah olah mengawal perniagaan ini disaingi sesama usahawan dlm satu negeri tersebut dan bakal menghasilkan kategori jutawan pada para stokis beliau. Bayangkan produk JRM ini tidak dijual dimana mana kedai jamu kecuali dipremis stokis negeri serta pengedar2 rasmi mereka sahaja. Kuat tak branding JRM ini? Tentunya kuat sebab tidak bergantungan pada premis lain kecuali dlm rangkaian pengedar2 mereka sendiri.


Ada cetak rompak pada produk mereka? Sudah semestinya sebab produk baik dan berkualiti sudah tentu dicemburui maka oleh yg sedemikian para pelanggan perlulah bijak mencari pengedar asli JRM ni disetiap negeri,jangan tertipu dan kalau betul2 nak yg ori,boleh contact wife saya sendiri, beliau pengedar sah JRM diNegeri Sembilan…ha ha ha.


Booth produk yg sentiasa menjadi tumpuan sepanjang program Biso Bonar ini berlangsung. Aksi  tayang mafla Palestine tanda sokongan buat rakyat Paletine 




Wife saya bersama stokis JRMNS iaitu Pn Nazatul Azlin Bte Abdullah yg berbaju  putih dan wife saya semestinya berkulit putih cam cina…ha ha ha




Wife tersayang saya, Pn Nazatulsyima Bte Abdullah yg merupakan salah seorang pengedar sah JRM

 

Jenuh nak menaip entry kali ini,banyak yg ingin saya ulaskan dengan program dan produk Jamu Ratu Malaya ni tapi rasanya cukuplah disini, saya postkan gambar sajalah dan baca caption dia yea, tq semua.


Tengok background saya, luaskan dewan Casa Lagenda di Paroi ni.




Tengah beratur menunggu ketibaan Bonda Rozita Ibrahim




Wife cakap tahun ni nak bergambar betul 2 sebelah Bonda dan hajat beliau tercapai juga. Antara yg terawal sewaktu sesi fotograpi dgn bonda 




Sempat snapshot Pn Olin ketika beliau baru tiba ke Dewan Casa Lagenda 




Sebab kaunter bayaran belum setting lagi, atas lantai pun jalan gak demi utk memastikan kelancaran program. Memang petugas2 dan staff pej stokis bertungkus lumus sepanjang minggu dan sewaktu program Biso Bonar ni berlangsung. Tak dapat bonus hujung tahun ni, tak tahu nak katalah…




Sesi bergambar, kameraman campur kamerawoman dekat 5 org, memang happening event ni.




Salah seorang customer wife, Pn Samsinor pengguna tegar produk Mushtanir, produk JRM ni memang serasi dengan beliau, seronok beliau dpt peluang khas bergambar dengan Bonda Rozita.




Mendengar penerangan dari petugas kaunter cashier Cik Nur Fatin Adiba bagi  memastikan tiada masalah bayaran mahupun jualan produk nanti 




Sebelum memulakan tugas kenalah sarapan dulu sambil bincang 2 apa yg patut agar tak kelam kabut 




Pn Olin stokist JRMNS bersama En Shukri Suhaimee Event Strategies utk kebanyakan event JRM/Bonda


 

Wife bersama Pn Niza dari JRM HQ.

Walaupun event ini berlangsung sehari saja tapi persediaan dia dekat sebulan dan kepenatan dia….jangan cakaplah, memang penat, wife balik rumah aje mengadu kaki dia rasa macam tak pijak tanah , tu tandanya nak minta urut kakilah tu…standard..ha ha ha


Rugi pada insan 2 yg tak dapat hadir kali ni, doa2kan agar ada lagi program sebegini ditahun2 mendatang, setiap tahun pengisian serta jadual program berbeza beza, memang kerugian besar dari segi ilmu dan petua bagi yg gagal merebut peluang utk hadir program2 anjuran Jamu Ratu Malaya atau JRM ini. Ingat!!! Pastikan ORI baru beli.

No comments:

Post a Comment