Wednesday, November 8, 2023

Bariatrik - Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan KL - Part 2

 Part sebelum discharge, tq keluarga dan kwn2 yg dtg ziarah, semuga saya cepat sembuh dan mampu bersillaturahim dgn mereke semua. Semuga saya betul2 istiqomah dlm perjalanan bariatrik ini. Terima kasih juga yg menyokong dan mengugut saya supaya mengambil jalan ini..ha ha ha, anda tahu siapa anda..


Selepas discharge, slow2 saya mengorak langkah,alhamdulilah ianya meluncur laju mengikut aturannya…. 


Beterabur juga gambar2 dlm posting ni, hawau tul..ha ha ha



Gambar tahun 2018, berat sekitar 170kg rasanya




Antara family yg dtg melawat, tq Angah dan anak2 saya.




Sehari sebelum discharge, masa ni test kebocoran pada usus dan jahitan dlm perut, alhamdulilah semuanya ok




Gambar bulan Okt 2023 yg lalu,g wedding anak kawan seperguruan wife di Melaka.




Tq Op Wan Suhaimi yg dtg melawat,beliau adalah cucu kepada pahlawan negara - Lt Adnan.




Kesan operation,hanya tebukan dan bukan open surgery spt yg saya ingatkan. Dr Termizi janji hanya 5 tebukan sahaja tapi bila habis operation beliau maklumkan ada 7 tebukan pasal ada alat pembedahan yg bengkok, jadi beliau terpaksa tebuk dari arah lain supaya senang nak buat kerja, walaupun saya dah reduce 10 kg sebelum pembedahan namun lemak masih tebal lagi dan menyulitkan utk beliau. Operation sepatutnya berlangsung selama 3 jam namun terpaksa lajak 5 jam namun keajaiban sepanjang operation, heart beat dan tekanan darah sentiasa stabil dan beliau boleh melakukan pembedahan tanpa sebarang tekanan. Terima kasih pada keluarga, sahabat handai, saudara mara, insan2 yg mengenali saya yg mendoakan semuga pembedahan ini dipermudahkan, terima kasih semua. .
 


...

No comments:

Post a Comment