Friday, April 3, 2015

Murtabak Cheese Kg Sg Putat

Pagi ni terpaksa keluar awal, hantar Fatin ke sekolah dulu pastu ke JPN untuk ambil kad pengenalan Aiman yang dah siap. Lepas tu ke MITC pulak, Ikhwan ada pertandingan Choral Speaking dan kebetulan wife bertugas jaga murid-murid sekolah beliau yang bertanding dalam formasi kompang di tempat yang sama cuma Choral speaking dibuat didalam dewan dan formasi kompang diluar dewan MITC, mesti berpeluhnya...

Dari JPN Malim, saya lalu Batu berendam, cross Sg Putat baru ke Ayer Keroh, semasa memandu ternampak banner di bawah betul-betul depan flat Taman Kg Putat Utama. Murtabak cheese ni popular di Majidee, Johor, katanya sampai orang sanggup beratur panjang membelinya. Saya tak pernah rasa, pernah kirim kat kawan-kawan yang ke JB balik hari tapi sampai ke sudah..tetap tak merasa. Tekad dalam hati, balik MITC kang saya lalu sini dan singgah beli.

Dijadikan cerita, tengahari tak lalu situ sebab kena urusankan Aiman yang masuk sekolah petang tapi kalau dah rezeki, tak larinya. Fatin call minta tolong hantar ke Ayer Keroh, beliau nak siapkan kerja berpasukan beliau sebab hari Sabtu ni dah nak kena submit maka selepas hantar Fatin,saya pun singgah kedai ni.



Ini banner kedai yang menjual murtabak cheese ni, jeling-jeling sikit waktu operasinya...



Saya order yang saiz sederhana berharga RM10. Ianya boleh dimakan oleh dua orang, tapi saya sorang pun dah settle ni..he he he..



Makan...memang sedap, kopek isi dalam dia time panas-panas ni... tu dia dah nampak cheese.....



Kasi close uplagi...perghhhhhh.. memang mercik, saya rasa memang sedap tapi saya perlu second opinion maka saya bungkus satu murtabak daging cheese untuk dibawa pulang, nak suruh wife try...



Kata orang, murtabak ni elok dimakan ketika dibeli secara tapau atau bungkus bawa balik pastu simpan sampai esok dalam fridge, panaskan semula time breakfast dan makan...memang mariiiiiiii....



Nampak tak cebisan cheesenya?.....sedap wehhhhhh... 


Saya tak pernah rasa murtabak cheese JB tapi kalau disini rasanya sama maka tak perlulah saya ke JB untuk mencarinya sebab disini kita dah jumpa saingannya. Bagi saya, 5 bintang, sedap, lazat dan menyelerakan tapi ianya buatkan kita cepat kenyang dan cepat muak. Sekeping yang bersaiz sederhana dah buat saya kenyang, inikan kalau yang bersaiz besar.

Terletak di Kg Sungai Putat dan kedai ini hanya ditepi jalan sahaja, memudahkan pengunjung untuk melihatnya dari kenderaan. Ada kawasan letak kereta didepan kedai ini, sekeliling ada kawasan hutan sikit maka tak rasa panaslah sangat bila melepak santai kat kedai ni. Makanlah seperlahan yang boleh kerana anda akan merasa keju ini mengalir masuk ke kerongkong perlahan-lahan...lahan...lahan....mmmmm..

...

No comments:

Post a Comment