Sapa tak tahu atau tak kenal Restoran segera A&W bermakna dia belum lahir lagi lah...ki ki ki. Banyak nostalgia saya dengan makanan ataupun restoran A&W ni, dulu selalu pergi ke A&W dekat PJ, dekat bangunan AMCorpMall dan juga dekat Taman Tasik Seremban. Dulu siap berkasut roda lagi ambik dan hantar pesanan oleh pelayan A&W bila pengunjung datang makan kat Seremban ni.
Ramahnya diaorang ni lain macam, dari mula masuk, habis semua pekerja ucap selamat datang, senyum tok sah kira, tak pernah lekang dari bibir yang mulus diaorang ni, sampailah nak balik, semua pakat bersuara ucap sila datang lagi.. ki ki ki..
Dulu masa zaman persekolahan kat Kem Sg Besi tahun 1986, saya satu bilik dengan Tengku Majid, anak agong ketika itu, puas kami makan A&W ni time buka puasa pasal Istana Negara akan hantar makanan yang banyak ketika bulan Ramadhan pada Tengku Majid ni, jadi yang sebilik dengannya tumpang tempias jugalah. Dalam seminggu, A&W mesti ada dalam menu, air root beer botol besar dan coney dog dekat 20 bungkus padahal kami berlima aje dalam bilik tu maka....sampai sahurlah makan coney dog ni.
Masa tu mewah, kami turut merasai kekebalan diraja ketika itu cuma untuk setahun ajelah, lepas tu apa lagi, masaklah kami dikerjakan semula oleh jurulatih selepas tahun diRaja kami tamat tempoh..ki ki ki.. Inilah nostalgia saya dengan A&W...masih teringat-ingat sehingga kini.
Coney dog.....masih dengan kuah yang sama, tak berbeza rasanya. |
A&W Float, memang pujaan hatiku satu ketika dulu... |
...
No comments:
Post a Comment