Friday, November 17, 2023

Mesyuarat Jawatankuasa Sambutan Ulangtahun ke 70 Federation Military College (FMC) @ Kolej PTT, P.Dickson

 Dah lama tak masuk kem, kali ini berpeluang menghadiri mesyuarat penubuhan FMC yg ke 70 didalam Kolej Pegawai Tidak Tauliah yakni tapak lama FMC. Maktab Tentera Persekutuan atau nama inggerisnya adalah Federal Military College - FMC ditubuhkan pada tahun 1952 dengan matlamat utamanya melatih anak muda dikalangan anak-anak anggota tentera ketika itu dan kemudiannya dibuka untuk penyertaan dari pelbagai kaum. Kesemua pegawai dan jurulatihnya terdiri dari tentera British dengan bahasa pengantaranya adalah dalam Bahasa English. Disini terma panggilan BOY dan kemudiannya BUDAK BOY gabungan panggilan dalam bahasa malaysia dan bahasa inggeris menjadi trademark ketika itu.


Sesampainya kami, kami disambut oleh Pengarah Kolej PTT  iaitu Kol Juremy dan pegawai2 kejurulatihan beliau. Kolej ini dibawah pentadbiran Akedemi Tentera Darat ATD.

 

FMC berada ditapak lamanya dari tahun 1952 sehinggalah ke tahun 1961 sebelum ianya dipindahkan ke tapak baru di dalam Kem Perdana Sg Besi. Disitu gabungan terma budak boy masih lagi digunakan sehinggalah ianya ditukar kepada Maktab Tentera DiRaja atau Royal Military College pada tahun 1966. Piagamnya pun turut berubah, untuk mendidik anak muda Malaysia untuk menjadi pegawai dalam ketiga tiga cabang perkhidmatan angkatan tentera dan pemimpin didalam bidang perdagangan dan ikhtisas negara. Terma panggilan turut berubah dari Budak Boy kepada PUTERA. Ketika penubuhan FMC, iaya turut membawa elemen budak boy dan juga pru octu ataupun kadet peg tentera. Bila perubahan nama, ianya menjadikan MTD kepada 2 cawangan iaitu Cawangan Putera dan Cawangan Kadet.


Selepas dijamu, kami dibawa ke bilik Pengarah utk bermesyuarat. Op Nawawi Md Desa sedang memberikan penerangan beliau untuk mjlis sambutan tersebut. Walaupun dah pencen lama dalam angkatan tentera namun kertas kerja beliau sangat detail dan teliti. Rasanya op muda macam saya pun tak seteliti beliau.


Dari kanan, Op Zainal Mokhtar FMC yg juga merupakan bekas Adun Senaling, Op BG Dato Kamarulzaman mewakili OPN9 dan OP Hamzah Pilus FMC.


Op Halim Shah FMC merupakan emcee pada majlis rasmi sambutan nanti. 


Selesai bermesyuarat, kami berpeluang bergambar dibeberapa lokasi antaranya di Mess pegawai  bersama kesemua pegawa kejurulatihan dan juga di Papantanda KPTT itu sendiri dan saya juga tak melepaskan peluang bergambar dengan Pengarah kolej PTT itu sendiri yg juga merupakan hero "Bakara Market", tumpang glamerlah sikit..ha ha ha.



Selesai mesyuarat sambutan yang turut di hadiri oleh Tuan CI Lt Kol Wan, Tuan AO Mej 
Mokhzaini dan peg ICT.



Begitu hormatnya mereka pada rombongan kami, dilayan dengan baik dan mesra, memberikan sepenuhnya kerjasama sepanjang mesyuarat dan insyaAllah pada hari kejadian sambutan nanti. Semuga dipermudahkan urusan kita semua.



Gambar kenang kenangan bersama Pengarah dan pegawai kejurulatihan Kolej Pegawai Tidak Tauliah. Terima kasih ATD, terima kasih PTD atas layanan istimewa ini.



...

Saturday, November 11, 2023

Camping Dulu Dulu - 1986

 Mendapat pendidikan awal di Sek Keb Jalan Padang Tembak 1, Kula Lumpur sebelum terpilih melanjutkan pengajian di Cawangan Putera, Maktab Tentera DiRaja pada tanggal 3 Jan 1983. 5 tahun menuntut ilmu disana, dilatih hidup cara tentera, belajar dikelas cara tentera, makan cara tentera termasuklah ilmu medan perang cara tentera. 


Tu sebab bila ada kawan2 malah sedara mara waima ipar duai pun ajak pergi camping ni, minat tu tak timbul, bukan sebab takut pacat atau lintah jauh sekali harimau belang, ini anak jati wooo, dilatih cara Rambo 1, 2, 3 dan 4, takde halnya tidur dalam hutan waima gurun padang pasir 3 4 tahun sekali pun...ha ha ha..


Camping sekarang tak macam dulu2, dulu kami masak pakai mess tin atau tentera panggil mangkuk hayun, pakai solid fuel biasa bukan gas macam sekarang, itulah mangkuk nasi, itulah mangkuk lauk dan bila dlm keadaan memerlukan, itulah gayung cebuk kat jamban...ha ha ha .Multi purpose mangkuk ni woooo, jangan tinggal, alamatnya kebulurlah jadinya.


Buat khemah pakai ponco loreng macam dalam gambar dibawah ni, mesti dua helai, satu kita buat sampan, gelarannya dan satu lagi buat atap. Ni kalau tidur in pair, tentera memang latih mcm ni, kira macam buddy sistem, saling jaga berjaga satu khemah. Pegawai lak lain caranya, guna hammock buat tilam, kadang kat tempat tinggi kadang guna kayu 4 kaki aje pastu bubuh atap. Kalau kat base, memang ada katil besi lipat yg sambung2 tu, tak ingat lak nama dia. Kalau dapat partner yg tidur lasak, jawabnya bangun pagi esok dia terdampar kat luarlah...ha ha ha


Banyak kenangan dulu2 ni, malas nak bercerita panjang, dah muak sebenarnya hidup terlalu adventure tapi sekarang panggil nak healing2, bagi den, baik tidur kat rumah, lagi selesa. Tu ajelah...ha ha ha


Batch RMC 8387 sewaktu latihan "Nasi Mentah" di Estet Prang Besar nama asal Putrajaya sekarang, latihan ini dibuat pada tahun 1986. Disertai oleh 98 orang Putera tingkatan empat Maktab Tentera DiRaja.




...

Friday, November 10, 2023

Ride Santai OPN9 2023

 First time join ride sejak accident motor pada 9 Ogos yang lalu, 2 bulan wife tak bagi pegang handle motor, bayangkan tapak tangan dah jadi halus mulus sebab hari2 sapu losyen…ha ha ha. Ride kali ni santai2 aje, takde nak rushing bagai, semua jadi penunggang ayu pastu jenis terjah aje, no jadual2 semua. Bayangkan penginapan pun tak booking2, kira yakin tak penuh, diaorg tak tahu akunya risau,jgn patah blk Seremban sudahlah, mesti wife gelak guling kalau aku patah blk.

Ni wajah2 geng ride santai kali ni, terdiri dari OP2 RMC. 

 Mula2 berkumpul di Masjid Hasanah, Bangi utk sarapan pagi pastu kul 10.30 gerak ke hentian sebelah Senawang, saya tunggu disana. Lepas isap rokok sebatang, baru kami gerak menghala ke Tampin utk lunch. Exit hiway Plus Tol Pedas, belok kanan jalan Kilin dan keluar Chengkau. Singgah lawat anak Op Azizi di Yayasan as Sofa Rembau. Op Azizi ni dulu bekas rider ekspedisi Malaysia London dulu, mereka berempat semuanya, dan hari ini beliau lead sepanjang ride dan anak beliau Op Hakim menjadi sweeper.


Vengong gambar ni,takleh den nak betulkan…ha ha ha

Lepas lawat anak Op Azizi, kami singgah Lomak Salai Tampin, restoran yg  popular dgn pilihan menu yg banyak dan sedap2 belaka. Kedai yg besar dan bersih, cozy dan menarik,tu sebab jadi tumpuan org ramai kot, harga makanan pun taklah kayangan sangat,  harga patuh poket..ha ha ha


Last gambar senget…ha ha ha. Op Kamarul Azhan, beliau senior saya dan juga merupakan idola  cum mentor saya. He he he




Ada live band - 3 piece time lunch, memang mengasyikan wooo. Padan ramai aje orang yg dtg.


Ride dgn jumlah yg kecil ridernya selain semuanya boleh berbicara dlm satu bahasa memang menyeronokan, baik senior mahupun junior, ianya tak menghalang kegembiraan dan keseronokan lepas bebas…ha ha ha .Selesai lunch kami bergerak ke Pengkalan Balak, Melaka. Ride santai ni sengaja memilih journey yg pendek dan tidak meletihkan pinggang sebab ada 3 kategori motor ni, kelajuan dan pengendalian dia berbeza beza mengikut laluan lurus ataupun 1000 konar. 


Ni keesokannya selepas bermalam, vengong tab ni..ha ha ha. Upload tak ikut arahan. Jimbit tul.  Op KA sedang asyik bercerita tentang radio amatur beliau. Mat sastera juga beliau walaupun pencen peg tentera udara, tu belum lagi cerita peperangan udara yg beliau pernah sertai, memang hebat beliau ni.


 

Malam2 lepak kat verendah sambil sembang cerita manis kat RMC dulu pastu masuk lak bab seven brothers dengan hantu jepun, bantai gelak bukannya takut…ha ha ha




Patut gambar ni kat atas, ni baru landing kat Pengkalan Balak, ambik gambau dulu pastu baru cari chalet, tu yg gerun kalau chalet penuh, taubat tidur masjidlah mlm tu.




Lepas check in terus lepak sembang2 kat verandah, mcm2 review keluar dan paling best bila mengupas buku tulisan Mahmud Mahyuddin, buku yg jadi rebutan masa kat RMC dulu..ha ha ha



Ride santai dan short vacation ni sesuatu yg lain dari yg lain, insyaAllah ada perancangan utk diadakan lagi cuma tarikh dan lokasi belum diputuskan tapi kalau nak buat ini secara tahunan,insyaAllah saya pasti sokong. Buat kat sini lagi pun saya no hal sebab dekat…ha ha ha


Kami tak ramai tapi kami santai. 





Thursday, November 9, 2023

JRM Biso Bonar N.Sembilan - 4 Nov 2023

 Terpanggil menulis entry kali ini bukan apa, dua tahun penganjuran program sebegini saya terlibat dan tahun ini saya memilih duduk tepi aje. Bukan merajuk jauh sekali membenci tapi atas faktor kesihatan, saya lebih suka memilih kemudaratan kecil dari kemudaratan besar tambahan pula wife perlu bertugas disitu kerana beliau juga merupakan salah seorang pengedar level silver maka automatik saya perlu membantu beliau mahu atau tidak, kang kena tidur luar, siapa nak tanggung??…ha ha ha


Kupon pun tak habis guna lagi, sibuk bekerjalah konon nya.




Gambar cantik dan beramai ramai boleh layari lawanweb atau fb JRMNS, ini saya guna kamera sendiri, tak reti upload sebab tab ni cam siot aje. Ha ha ha


Perniagaan JRM atau Jamu Ratu Malaya yg diasaskan oleh Bonda Rozita Ibrahim ni berkonsep holistik sebenarnya, saya lihat ianya seakan akan jihad ekonomi buat org melayu khasnya dan bertujuan menghasilkan bukan saja peluang perniagaan tapi lebih kearah serampang dua mata. Bayangkan setiap negeri hanya ada satu atau dua stokis saja dan ini seolah olah mengawal perniagaan ini disaingi sesama usahawan dlm satu negeri tersebut dan bakal menghasilkan kategori jutawan pada para stokis beliau. Bayangkan produk JRM ini tidak dijual dimana mana kedai jamu kecuali dipremis stokis negeri serta pengedar2 rasmi mereka sahaja. Kuat tak branding JRM ini? Tentunya kuat sebab tidak bergantungan pada premis lain kecuali dlm rangkaian pengedar2 mereka sendiri.


Ada cetak rompak pada produk mereka? Sudah semestinya sebab produk baik dan berkualiti sudah tentu dicemburui maka oleh yg sedemikian para pelanggan perlulah bijak mencari pengedar asli JRM ni disetiap negeri,jangan tertipu dan kalau betul2 nak yg ori,boleh contact wife saya sendiri, beliau pengedar sah JRM diNegeri Sembilan…ha ha ha.


Booth produk yg sentiasa menjadi tumpuan sepanjang program Biso Bonar ini berlangsung. Aksi  tayang mafla Palestine tanda sokongan buat rakyat Paletine 




Wife saya bersama stokis JRMNS iaitu Pn Nazatul Azlin Bte Abdullah yg berbaju  putih dan wife saya semestinya berkulit putih cam cina…ha ha ha




Wife tersayang saya, Pn Nazatulsyima Bte Abdullah yg merupakan salah seorang pengedar sah JRM

 

Jenuh nak menaip entry kali ini,banyak yg ingin saya ulaskan dengan program dan produk Jamu Ratu Malaya ni tapi rasanya cukuplah disini, saya postkan gambar sajalah dan baca caption dia yea, tq semua.


Tengok background saya, luaskan dewan Casa Lagenda di Paroi ni.




Tengah beratur menunggu ketibaan Bonda Rozita Ibrahim




Wife cakap tahun ni nak bergambar betul 2 sebelah Bonda dan hajat beliau tercapai juga. Antara yg terawal sewaktu sesi fotograpi dgn bonda 




Sempat snapshot Pn Olin ketika beliau baru tiba ke Dewan Casa Lagenda 




Sebab kaunter bayaran belum setting lagi, atas lantai pun jalan gak demi utk memastikan kelancaran program. Memang petugas2 dan staff pej stokis bertungkus lumus sepanjang minggu dan sewaktu program Biso Bonar ni berlangsung. Tak dapat bonus hujung tahun ni, tak tahu nak katalah…




Sesi bergambar, kameraman campur kamerawoman dekat 5 org, memang happening event ni.




Salah seorang customer wife, Pn Samsinor pengguna tegar produk Mushtanir, produk JRM ni memang serasi dengan beliau, seronok beliau dpt peluang khas bergambar dengan Bonda Rozita.




Mendengar penerangan dari petugas kaunter cashier Cik Nur Fatin Adiba bagi  memastikan tiada masalah bayaran mahupun jualan produk nanti 




Sebelum memulakan tugas kenalah sarapan dulu sambil bincang 2 apa yg patut agar tak kelam kabut 




Pn Olin stokist JRMNS bersama En Shukri Suhaimee Event Strategies utk kebanyakan event JRM/Bonda


 

Wife bersama Pn Niza dari JRM HQ.

Walaupun event ini berlangsung sehari saja tapi persediaan dia dekat sebulan dan kepenatan dia….jangan cakaplah, memang penat, wife balik rumah aje mengadu kaki dia rasa macam tak pijak tanah , tu tandanya nak minta urut kakilah tu…standard..ha ha ha


Rugi pada insan 2 yg tak dapat hadir kali ni, doa2kan agar ada lagi program sebegini ditahun2 mendatang, setiap tahun pengisian serta jadual program berbeza beza, memang kerugian besar dari segi ilmu dan petua bagi yg gagal merebut peluang utk hadir program2 anjuran Jamu Ratu Malaya atau JRM ini. Ingat!!! Pastikan ORI baru beli.

Wednesday, November 8, 2023

Bariatrik - Perkongsian Di TikTok (socmed)

 Jom layan tik tok saya, ada gambar dan video utk tontonan semua, saya nak menaip ni byk malas…ha ha ha


Zaidiking1133 @ tengku king 8387


Bariatrik - Jadual Penurunan Berat (KG)

 Jom tengok jadual penurunan berat saya.



Sekarang penurunan semakin perlahan namun saya tak risau sangat sebab saya ada byk lebihan kulit terutama dibahagian dada, perut, lengan, peha dan juga bahagian pinggang. Harap tak perlu buat plastic surgery , risau amat ni…ha ha ha

Bariatrik - Progress Selepas Pembedahan

 Permulaan turun berat badan saya bermula sebelum pembedahan lagi kerana memulakan meminum susu khas VLCD seminggu sebelum ops, sepatutnya kena minum dua minggu sebelum tapi sebab tarikh pembedahan dipercepatkan sebanyak dua kali maka ianya hanya dpt diminum utk tempoh seminggu sahaja.

Penurunan berat pula tak sekata dari bulan ke bulan, mungkin sebab faktor usia ataupun pola pemakanan saya selepas ops. Dr suruh bersenam dalam 30 minit sehari namun saya gagal mematuhi arahan tersebut sebab masalah slip disc yg saya sedang alami dan juga sikap saya yg idle, Senang kata……malas…ha ha ha.. 

Bulan Ogos 2023 saya mengalami kemalangan motorsikal, patah 4 tulang rusuk sebelah kiri jadi kemalasan itu jadi double idle lah…ha ha ha

Alhamdulilah ianya dah pun sembuh serta luka2 pula dah jadi parut tanda kenangan accident tersebut. Nasib baik muka masih macho lagi…he he he


Gambar sebelah kiri semasa ke Medan, Indonesia tahun 2018.




Belah kiri tak ingat tahun bila,




Belah kiri 4 Hari selepas ops.




Baju  oren ni pun dah longgar sangat, saya dah tak pakai pun lg  


 

Baju raya tahun 2020, sekarang longgar gila, saya dah hantar kecikkan.  Pun masih longgar. Banyak modal dah kuar beli baju dan seluar ni, sengkek den…ha ha ha