Tuesday, January 3, 2017

Nasi Arab Damsyik, Senawang

As salam dan selamat tahun baru 2017, semuga ianya bakal memberikan kita setahun lagi masa untuk dekat dengan Allah dan juga dekat dengan keluarga kita sendiri. Sejak pemergian Baby Wafi, kami sukar untuk duduk semeja sekeluarga bila makan diluar dan kali ini, alhamdulilah ianya termakbul namun tetap merasai kehilangan insan kecil dimeja kami...sebak seketika masing2.

Kali ini saya mencuba di Restoran Nasi Arab Damsyik, ramai kata ianya sedap dan ada juga yang kata biasa2 aje, bagi saya..belum cuba belum tahu...



Pintu depan dan senang boleh dilihat dari tepi jalan utama, banyak kerusi dan meja serta diatur agak jarak jadi senang pelanggan bertubuh besar semacam saya untuk berjalan diantara meja2 pelanggan lain. Ada juga ruang makan bersila, ada 2 hall besar, sesuai untuk keluarga besar, memang kedai ini berkonsepkan untuk family selain irama lagu arab berkumandang sepanjang masa, terasa macam di Turki pulak..ha ha ha..



Ini portion untuk 5 orang makan, nasi arab mandy campur kambing dan ayam. Ayam ada 2 ekor dan kambing dalam sekilo lebih rasanya, puas kami makan berlima. Ada xtra lagi untuk bawa balik.



Fatin tukang serve, jangan risau...memang cukup. Dulang 5 orang makan ni ada pakej dia, nak ayam sahaja boleh atau nak kambing aje boleh atau campur ayam dan kambing, terpulang pada selera masing2. Harga....RM128



Syafiq join kemudian, kena order satu single kambing untuk dia, pun dia tak habis. Pandangan saya, kalau keluarga datang 6 org, boleh order untuk set 5 orang ni, kalau keluarga tu kurus2, silap2 boleh order dan makan 7 ke 8 orang. Swafoto kami sekeluarga....rindu pada si kecil....


Lokasi kedai ni terletak di Jalan Paroi - Senawang. Kalau masuk dari tol PLUS Senawang, sila menghala ke Ke Kuala Pilah, akan jumpa satu stesen minyak PETRON sebelah kiri, lepaskan medan selera selepas PETRON tu, baru belok ke kiri. Jalan ni juga boleh tembus ke Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi juga Pusat Dakwah Islam Paroi. Kedai ini terletak disebelah kanan jalan kira2 3 km dari simpang tadi. Kalau dah jumpa Pusat Dakwah Islam Paroi...dah terlepas lah tu.

Saya sekeluarga dah cuba, bagi saya, kedai ini menjual nasi arab yang tersedap di Negeri Sembilan setakat ini, saya dah mencuba dan anda bila lagi???


...

Sunday, December 18, 2016

Mee Jawa Mak Siti

Dah lama tak post di blog ni, insyaAllah ambang 2017 bakal memberikan semangat untuk kembali aktif, harap2nya sebegitu. 

Setelah berpindah ke Seremban pada bulan Mac 2016 yang lalu, agak lama juga saya mengutip kembali semangat yang hilang dan sebagai permulaan, menu pertama kali ini adalah  Mee Jawa Mak Siti. Mee jawa mak siti ni agak popular jugalah, bermula dari sebuah kedai di Temiang, kini bertambah 3 lagi kedai yang setiap satunya dikendalikan oleh anak2 mak siti. Ada dibuka di Medan Selera Jalan Penghulu Cantik, Lavender Height dan yang terbaru di S2 Citypark berdekatan masjid putih Seremban 2.

Baru2 ini saya berkesempatan makan di S2 Citypark, kedai yang ringkas dan hiasan biasa2 sahaja. Menu pula standard dari satu kedai ke satu kedai dan menu kegemaran saya adalah mee jawa ayam ataupun nasi lemak ayam goreng. Ada juga menu2 lain seperti mee jawa tulang, mee jawa daging serta bihun sup. Ikut pada selera masing2lah tapi bagi saya, mee jawa juga yang best dan power dikedai ini.


bahagian depan kedai.



Menu dan harga.



Mee jawa ayam dan selalunya saya akan tambah cili jeruk atau sambal mee jawa, tengok mood, kadang2...dua2 saya bubuh.



Bersarapan dengan pengasas Sportivo, pemilik Pusat Sukan Badminton Sportivo Sports Hub di Oakland Industrial Park, Seremban 2.

InsyaAllah akan kembali merantau mencari kedai2 yang best di Seremban pulak, dah jauh dari Melaka ni maka terpaksalah memilih yang dekat2 sahaja namun kalau berkesempatan singgah dimana-mana, pasti akan saya post juga. 


...

Saturday, August 27, 2016

Terima Kasih Allah...













...

Rindu Bertandang Lagi...

Kadang-kadang.... tak terucap dengan kata-kata, kala diberi kegembiraan, Allah ingin menguji hambanya... saat hambanya redha dengan ujianNYA... ia mengakhiri dugaan dan ujian tersebut.. Kami kehilangan seorang cahayamata berusia 1 tahun 4 bulan semasa kembali ke penciptaNYA. Lahir dengan keistimewaan sebagai anak syurga, anak Syndrome Down dengan mempunyai komplikasi terhadap jantung beliau. Pernah menjalani pembedahan di IJN namun kuasa Allah, tiada siapa mampu menafikannya...



Berbaju melayu dan menyambut kehadiran Aidil Fitri yang pertama dan terakhir buat beliau...tahun 2015.



kami akan merindui setiap saat kenangan bersamanya...



Menangis hampir 3 hari ketika menyambut kelahirannya bila Doktor memaklumkan keistimewaannya. 28 hari di SCN GH Melaka sebelum pulang ke rumah. Sentiasa berulangalik ke hospital hampir setiap bulan malah hospital dan IJN umpama rumah kedua kami. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tak mampu ditampung setiap masa. Hebat ujian yang maha ESA namun kami redha dan pasrah dan akhirnya......tersentap semangat kami bila ujian ini ditiadakan....



Rindu yang takan terpadam hingga akhir hayat kami...



Al Fatihah Buat Wafi...
....

Monday, April 18, 2016

Awang Roti Canai, Bukit Beruang

Punyalah lama duduk di Melaka, baru tahu ada kedai roti canai power ni...he he he



Proses mencanai telah bermula



Simple aje dapur kedai ni.



Roti canai dia, memang best, lembut dan sedap.



Tarikan utama dia......slurrppp

Roti canai cicah dengan kari ikan jenahak, mana tak meleleh air liur dibuatnya. Harga...plus minus, kesedapan...memang sedap dan layanan, pantas dan laju...ha ha ha..  Nak cari kedai ni, sila guna waze, memang tepat dan cepat.


...

Mayang 8 Cafe & Restoran, Melaka

Sebelum berpindah ke Seremban baru-baru ini, saya berkesempatan ke sebuah restoran milik seorang Doktor yang juga merupakan senior saya semasa menuntut di Maktab Tentera Diraja dulu. Senior yang baik, tak kacau junior yang kebetulan adik beliau juga satu batch dengan saya. Beliau bertugas di Hospital Putra Melaka dan menceburi bidang makanan kerana minat untuk mencuba sesuatu yang baru.



Asalnya taknak masuk sebab parking memang susah kat area ni. Belakang The Shore Melaka.



Ada dua zone restoran ni, yg bahagian depan...open zone dan bahagian dalam, berhawa dingin.



Suasana dia agak cozy dan best sebab menggunakan konsep recycle alam sekitar, meja makan pakai kayu palet dan ada daun nipah sebagai bumbung hiasan dibahagian kaunter makanan.



Kadang2 orang takut nak masuk kedai2 yg nampak mahal dan very vvip. Saya sertakan menu dia supaya boleh menilai harganya. Berpatutan atau tidak.




 











 






 



 

Ni bahagian depan kedai, jangan salah masuk pulak...ha ha ha



Bersama Op Dr Malik Faisal, bekas pegawai tentera dan pemilik Mayang .

Saya dah rasa masakan disini cuma tak semua menu yang saya rasa, ikut selera saya, untuk review rasa, rasanya tuan2 kena datang dan mencuba sendiri, nanti kata saya berat sebelah. Good luck Dr, semuga bisnes bloom..he he he...


...

Tuesday, March 15, 2016

Al Fatihah Buat Wafi

Lahir 10 Oktober 2014 dan pergi meninggalkan kami 10 Feb 2016. Siapa yang tidak sedih dengan kehilangan insan tersayang, anak kecil yang belum puas mengenal dunia dan kami belum puas membelainya.. Masih terasa sehingga kini saat mendodoikan beliau, bemain, bergurau malah menjaganya...semuga beliau tenang disana. Al fatihah...










































...