Monday, March 9, 2015

Tembikai Godang, Batang Benar

Sabtu lepas selepas AGM Kelab Ria Family, den balik ke Melaka ikut Highway Lekas pastu exit kat Pajam, nak singgah kedai sahabat den, dio niago kek gerai kocik topi jalan yo...he he he...buruk slang nogori den ni... Sebelum tu, dia ada buat promosi jual tembikai besar-besaran dalam fb beliau maka tergerak hati nak singgah. Betullah kata beliau, bukan buat jualan tembikai besar-besaran, tembikai tu yang besar, org nogori kato tembikai godang... 

Den beli duo bijik, satu bagi kek adik ipar kat Somban duo, satu laie den bawak balik Melako. Yang bagi kat adik ipar tu berat dia dekat 6 kg juga, yang den punya dekat 9 kg lebih. Memang tak habis makan satu keluarga. Potong duo, sebelah den makan sekeluarga, sebelah lagi hantar kat rumah omak den. Dapatlah duo keluarga makan konyang. Isi dio manis, sekilo dio bagi harga kwn2 kat den....errr rahsio, kalau jual biasa baru rm2.20 sekilo. Takde GST, jangan risau..ki ki ki.



Bersama En Jafri pemilik gerai buah-buahan ini. Sahabat satu sekolah dengan wife den dulu.

Lokasi kedai ni betul-betul tepi jalan antara pekan Nilai hendak ke Mantin, senang cerita kalau dari Nilai lama, sampai aje stesen keretapi Batang Benar, perlahankan kenderaan, tengok sebelah kanan, boleh nampaklah gerai ni, kalau dah sampai Mantin, tak jumpa-jumpa kedai ni, salah jalan lah tu...ki ki ki..


...

1 comment: