Monday, March 23, 2015

Benum Hill SPA Resort - Camping alaf baru...

Baru-baru ni saya dan family menyertai satu percutian yang dianjurkan oleh seorang sahabat RMC, percutian ni bagi mencuba sendiri satu resort baru yang menampilkan percutian adventure ala-ala kem bina semangat, ala-ala kem PLKN yang anak-anak Malaysia sering jalani sekarang selain menikmati satu lagi konsep percutian yang lain dari yang lain, yang mula diperkenalkan. Saya hadir bersama 8 family RMC Batch 83-87. Kisahnya bermula begini...



Ini resit tol gombak. Bukan nak claim balik tapi nak tunjukkan, arahan berkumpul kul 10 pagi, kul 9.48 saya dah sampai...ahakss



Arahan berkumpul di tol gombak tapi kami lajak ke ke BHP, senang nak parking dan senang nak jumpa kawan2 yang pakai motor besar macam pokdin...ho ho ho. Dari kiri, Op Khairuzzamani A Coy, Op Rustardza F Coy, saya dan Op Kol Noorul Azril F Coy.



Kami dah sampai, travel time 1 jam 59 minit, gambar travel tak boleh tunjuk, bahaya bergambar ketika memandu. Ini Datuk Tay, pemilik Benum Hill SPA Resort dan juga Kem PLKN Benum Hill, Raub, Pahang.



Kami dan rombongan dibawa melawat ke kawasan penginapan Benum Hill Spa Resort ni....ada kolam renang...mesti best ni. Anak-anak dah melompat kesukaan.



Antara wife dan GF kami yang mengikuti rombongan ini.



Yang ini, Pavilion Lounge, menempatkan 10 orang, dibahagian kiri 5 orang dan bahagian kanan 5 orang, lounge ditengah-tengah, ada TV, sofa dan peti ais. Dah tentu berhawa dingin.



Yang ni pula Tent Premium....macam khemah kat Timur Tengah ni.... Jangan terperanjat sebab dalam khemah ni, deco dia benar-benar berbeza...berhawa dingin, bukan kipas angin.



Lunch time, seorang sahabat membawa sekali ibu beliau yang menggunakan kerusi roda, setakat ini, beliau tidak mengalami sebarang masalah untuk membawa ibu beliau ke mana-mana, baik dari tempat penginapan mahupun ke tempat makan. Yang sebelah kiri ni Op Mazri Ayub E coy, dia bodyguard tapi nampak macam dia makan dulu dari orang lain...he he he...



Set makan tengahari saya, nasi putih, kerabu paku pakis, ikan patin masak lemak tempoyak dan ayam potek. Tomyam pun ada. Menu boleh request kalau menginap disini tapi kena ada perbincangan dua hala, kalau sehala... bedal aje apa yang dihidangkan...



Dah kenyang makan, apa lagi...lepak time...



Bestnya dapat baring lepas makan...ki ki ki... Wafi pun hairan, ayah dia tak pernah tidur tengahari2 ni.



Jam 5 petang dalam jadual tertulis makan durian dan sekarang dah pukul 5, apa lagi, mendurian ler kita...



Wife seronok dapat makan durian, ni pesta durian tau, eat all you can, pesta ni boleh direquest bila nak menginap disini tapi kena tambah kos lah dan kena ada musim juga, kalau tak....makan hati ajelah... ki ki ki



Jeles tak tengok gambar ni???



Ni lagi satu...betul-betul holiau....ha ha ha....



Aktiviti memancing pun ada, bawalah joran sendiri. Ini sifu memancing...Op Sazeli G Coy...



Ini anak murid beliau, Aiman anak saya....he he he..

Dinner time... beratur macam kat mess putera aje....



Maher Zain look alike pun ada kali ni...



Dinner kami, ada bbq dan satay, bukan nak puji tapi hakikat nyata, makanan yang dihidangkan dari tengahari bawa ke malam, memang sedap-sedap belaka. 



Op Noorul Azril menyampaikan ucapan beliau, selepas ucapan....apa lagi, berkarok lah kami...



Suasana pagi...berkabus...memang menenangkan jiwa..



Kem PLJN Benum Hill yang terletak bersebelahan... Kalau ibubapa nak datang melawat dan bermalam,sebelah kem aje dah boleh menginap. Tak perlu pergi jauh-jauh.



Sambil morning walk keliling tasik.....



Flying fox pun ada, yang paling best, terbang melintasi tasik...memang thrill...



Seorang sahabat sedang bersiap untuk mencuba flying fox ni, Op Lazif  G Coy dari Perak.



Ini hasilnya....beliau bagi 5 bintang katanya...



Tempat ni juga sesuai untuk orang bercinta, menghayati keindahan alam bersama sidia, selain menyertai aktiviti yang disediakan, semuga cinta mereka semakin kuat bersemi harapnya...Amin.



Semalam durian, hari ni juga ada durian...memang pesta ni, nak pula makan ramai-ramai, terasa sedap hingga menjilat jari...




Wife pun khusuk mengopek gak.... Seronok katanya.




He he he...buat tatapan orang kampung, kami dah sampai, anda bila lagi.???..ahakss




Lepak santai depan Pavilion Lounge...lepas ni dah gambar pelbagai untuk menunjukkan bahawa kami seronok disini... Datanglah bersama family besar anda, Benum Hill SPA Resort mampu menggembirakan anda semua...




Jacuzzi pun ada, muat sekali 4 orang dewasa, kalau tolak saya, boleh dapat tambahan lagi dua...ha ha ha..




Family album......memang ummmph.



Macam senior ragging junior dulu-dulu.... Dulu lah, sekarang tak, eksyen aje tu....



Hero Dewi Remaja 1987...ha ha ha....puiiiiii...




Meeting larut malam...memang best dan klasik...



Wafi pun seronok main air.



Ibu Op Rustardza pun seronok melepak disini, best katanya.



Set lunch terakhir saya disini...terasa sedih lak nak meninggalkan resort ni...



Gambaran ringkas berkaitan Benum Hill SPA Resort



Ini dari kamera kami, betapa menariknya keadaan resort ini diwaktu siang dan juga diwaktu malam.



Premium Tents, memang klasik dan memukau mata memandang,deco alaf baru dengan sentuhan gabungan Timur Tengah dan pendalaman Benum. Belum lihat lagi bilik air dan tandasnya....anda pasti kagum. 




Buat pengurusan dan staff Benum Hill SPA Resort, terima kasih atas layanan lima bintang, dari penginapan, makanan dan infrastruktur, ternyata ianya sesuatu yang harus dikunjungi selalu. Kami akan pasti kembali lagi....



...

3 comments:

  1. Saya juga pernah ke Benum Hill Resort.

    Ya. Memang benar. Ia nya terbaikkk.........

    ReplyDelete
  2. seronoknya tgk family encik bercuti, rindu suasana kem plkn bhr, depan pintu masuk cafe tu la tempat kami berkumpul utk rollcall hehe. view dia lawa kan :3

    ReplyDelete
  3. memang lawa dan menarik, best bercuti disini, terasa kedamaiannya dipagi hari...he he he

    ReplyDelete