Sibuk mempromosikan makanan dan minuman di tempat lain, ditempat sendiri pun apa kurangnya maka tiga entry seterusnya memperkatakan tentang makanan dan minuman di kawasan tempat tinggal saya, lebih tepat dikawasan tempat saya tinggal iaitu di Cheng, Sekarang ni musim panas, hujan pun dua minggu sekali dan time2 macam ni bila ditengah hari, dah tentu air sejuk jadi pilihan kita dan antara air sejuk yang jadi pilihan samaada coconut shake ataupun air kelapa muda.
Air kelapa sarbat......ahakss |
Air kelapa ni dibungkus sebegini, lain dari lain yakni bukan dalam bekas biasa, yang tu dijual dengan harga RM1 secawan/bekas, dua kali sedut...habis. Yang ni dijual RM2 sebungkus, nak cakap ikat tepi susah pasal ikat dia kat tengah2..he he he.. Puas minum, air banyak, isi kelapa pun banyak dan besar-besar pulak tu. Yang warna dia lain sikit ni lah dipanggil air kelapa sarbat, air gulanya dari gula melaka dan dicampur sedikit dengan halia, bila minum aje pasti memberikan kelegaan sedikit, kalau kat kedai mamak ada air teh sarbat kali ni, air kelapa pun ada sarbat, mari kita sebat puas-puas...ha ha ha..
Dijual di gerai kecil aje. |
Tepi jalan sahaja, boleh cam??? |
Air kelapa ni dijual ditepi jalan sahaja, terletak betul-betul sebelum jejantas pejalan kaki dihadapan Sekolah Kebangsaan Malim, kalau dari bandar Melaka menuju ke Alor Gajah, selepas persimpangan besar Pulau Gadong, 300 meter toleh sebelah kiri, insyallah boleh nampak gerai ni. Gerai ni juga menjual beberapa jenis makanan lagi, saya tak pernah try hanya setakat beli air kelapa aje. Dibuka sekitar jam 1 tengahari dan tutup dalam pukul 5 atau 6 petang, tengok juga pada stok makanan yang dijual, kalau habis cepat, awallah tutupnya. Ahad tidak beroperasi, itu memang standard waktu perniagaan gerai/warung tepi jalan di Melaka ni, ialah..quality time dengan keluarga pun nak jaga juga.
...
No comments:
Post a Comment