Hari ni birthday Fatin, anak dara den yang sorang tu, dia nak makan satay, dia dah beritahu sejak dua hari lepas, aku buat pekak aje, maklumlah..menteri kewangan under wife, den menteri pengangkutan, mana nak pergi, den boleh bawa, mana nak bayar, refer menteri kewangan...ha ha ha.. Dijadikan cerita selepas sekolah tadi, kami menuju ketempat ni...
Mula-mula ikut Jalan Bunga Raya. Nampak kedai Hafiz Global sebelah kiri, belok kiri. |
Ni jalan sehala, hati-hati, jalannya agak sempit. |
Kat jalan sempit ni pun banyak kedai emas, kira orang Melaka ni ramai yang kekaya errr... |
Bukan kat Penang aje kedai Lineclear, kat Melaka pun ada, kedai ni tepi sungai Melaka tapi nak datang ke sini, jalannya agak sempit dan parking pula sangat terhad. Kena parking jauh sikit. |
Antara menu yang best disini adalah satay, ada satay ayam, daging, kerang dan juga satay hati. Perut dan kambing takde, kalau ada, sure bestnya, |
Antara lain..rojak, ada rojak special, specialnya ada udang. |
Menu dia banyak, dari mee kari, nasi goreng, kuew tiaw goreng, rojak dan macam-macam lagi, kalau nak special setiap menu ni, minta tambah udang. Kedai ni dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, herankan buka pagi? selalunya satay sedap dimakan diwaktu malam tapi kedai ni memberikan kelainan dengan menjual disiang hari macam satay di Kajang tapi di Melaka, susah nak jumpa kecuali di kedai ni yang terletak di Kg Jawa.
Orang selalu ramai, keluasan dia terhad, jadi kalau nak makan juga time meja dah penuh, kena tunggulah sikit, insyallah anda akan dapat kerusinya cuma masa menunggu, tak pasti. Bila dah order pun sama, kena tunggu sikit untuk order sampai, hari ni tah apa nasib saya, saya rasa menu dia kurang menyengat, satay ok, rojak ok cuma cendol dia macam kureng, air sirap pun saya rasa tawar, mungkin dah petang kot, gula dah habis...he he he...
Satay memang best, lembut dan sedap, disini kena order siap-siap berapa cucuk nak makan, kalau nak tambah kemudian. mesti lambat sampai dan konsep bayaran pula, makanan semua dah sampai, bayar dulu sebelum makan bermakna lepas makan boleh belah aje.....pasal dah bayar dulu...ki ki ki
Kami tak order menu special seperti rojak udang atau nasi goreng udang pasal kami order direct, udang special.
Puas ratah...he he he.. |
Soal rasa, sekali lagi subjektif pada tekak masing-masing, bagi saya, menu sataynya dan rojak memang power, yang lain... biasa-biasa aje. Namun kata akhir adalah pada selera masing-masing. Soal harga, ianya berpatutan. Lokasi tepi sungai, boleh nampak pelancong naik river cruise ulang alik cuma tadi panas sangat, kurang kipas kat kedai tu, harap-harap boleh tambah lagi. Saya dah cuba, anda bila lagi?
...
memang best saytay kat sini.. dari kecik ayah dah bawak g mkn kat temoat ni.. Memang selalu ramai orag.
ReplyDeleteDisebabkan entri ni la Yani hari-hari mengomel kat suami nak ajak pergi makan satay kerang kat Kampung Jawa ni....hahaha.....apa-apa pun, terima kasih ye sebab rebiu tempat makan yang dah lama tak pergi ni. Arwah mak dulu rajin bawa kami adik beradik makan di sini, dari dulu sampai sekarang kalau pergi situ, memang kena beratur tunggu kerusi dan meja kosong sebab ramai sangat orang.....rindu kenangan dengan arwah mak!
ReplyDelete