Friday, March 20, 2015

Rojak Special Kg Jawa.

Sinonim makanan  rojak ni semestilah dengan kedai mamak tapi di Kg Jawa, Melaka ianya menu milik kedai melayu. Kedai Lineclear Kg Jawa bukan sekadar top dengan satay yang pelbagai dan dijual disiang hari tapi ianya juga mempunyai menu khasnya seperti Rojak Special. Apa yang istimewanya rojak special ini?, ianya mengandungi tambahan menu seperti ayam goreng dan juga udang yang besar.

Kuahnya seimbang, memang boleh lawan kuah rojak kedai mamak atau selevel dengannya, pedas tidak, manis pun tidak , secukup rasa bagi peminat rojak seperti saya. Isi banyak, menggunung tingginya, udangnya fresh dan digoreng dengan disaluti tepung embal-embal kekeringan, bila terkena tumpahan kuah rojak, ianya mengamit lidah untuk menghisap sambil menggigit-gigit isi udang...ki ki ki... jangan terliur yea....



Rojak special Kg Jawa.



...

No comments:

Post a Comment