Monday, March 23, 2015

Ilham Resort Port Dickson - mesra family day.


Cuti sekolah baru-baru ni, kami buat family day, semua adik beradik berkumpul di Ilham Resort ni. Makan, mandi manda dan bergumbira. Review hotel saya akan bagi last, marilah kita saksikan koleksi ragam my big family....ahakss



Wife dan anak-anak happy nak pi....termasuk Wafi. Gerak dari Melaka pukul 11 pagi dan sampai PD pukul 12.45..



Pit stop - pekena air kelapa muda dulu sebelum check in.




Cha cha pun ada sekali..geram kat pipi gebu dia.




Dah sampai Ilham Resort, belum boleh check in sebab kami terawal 1 jam...he he he. Lagipun tengah tunggu adik beradik yang lain berkumpul. Warna tema kami - hitam.




Acik dari KL dah sampai, selalu dia lewat, kali ni dia awal sikit aje...ha ha ha...




Fun time bakal bermula...




Cak!!!




Dah check in, apa lagi, swimming time. 




Yang tak swimming, lepak kat bilik aje, kami bawa banyak makanan, yang bagusnya apartment kat sini mesra family, ramai mana pun yang hadir, ianya mencukupi, ruang tamunya luas baik yg dua bilik mahupun yang tiga bilik.




Angah tengah serve makanan,dia juga memerangkap chef de mission...in charge jaga dapur...




Tetamu undangan kami...




Dah pukul 7 maka semua kena naik lah. Lepas ni ada doa selamat sikit dan potong kek.




Amin....




Aiman bawa zikir dan Ikhwan baca doa, dah besar anak-anak ayah.




Birthday girl n boy bagi bulan Jan hingga Mac diraikan sekali jalan, jimat kek..




Kameraman tak berlesen ni...




Tq acik tolong serve, punyalah siap bagai, swimming pool pun tak  jejak....puiiiii...




Mangsa perang ki ki ki...




Anak buah bujang2 ni, semua tidur kat hall, memang selesa dan besar hall dia.




My breakfast sebelum check out. Makanan 3 bintang for me, penginapan, 5 bintang. 




Lepas check out, adik ajak ke Extreme Park yang ada kat area nak ke Pasir Panjang, layan anak buah, apa lagi...kita enjoy...




Ada memanah, ada paintball dan ada go kart juga, siapkan duit lah..




Perlumbaan antara anak buah bakal berlangsung...




Fatin bawa Nabila, harap jangan Nabila tercampak  sudah...itupun kalau laju...




Taklimat marshall trek....dan.....Bakal bermula...




Alhamdulilah... dah selesai. Hanya ada satu kemalangan kecil aje melibatkan Aiman, beliau gagal menamatkan perlumbaan. Siapa menang???




Inilah juaranya....mak sedara dan bukan anak buah...ha ha ha...



Berbalik pada soal penginapan semasa family day kami... Bilik dan hall memang luas, kami pun berbudget bila travel ramai2 ni, biasa yang dibuat, kami akan masak siap2 dirumah dan prepare lauk untuk lunch dan sedikit untuk makan malam. Itu kalau ke Port Dickson, kalau ke hotel lain terutama Cameron Highland, Gambang atau Perak, tak masaknya, makan dikedai atau hotel. Dah 4 kali saya kesini dengan keluarga saya, termasuklah dengan adik beradik sendiri mahupun dengan ipar duai. Tempat best, kolam renang yang besar dan mesra pengunjung. Ada setengah tempat tu, kalau nak mandi kena pakai bikinilah, baju mesti putihlah, tak boleh pakai tudung tapi anak tudung aje...rasanya itu bukan mesra pengunjung, disini semuanya boleh.

Makanan boleh bawa dan makan didalam bilik, jadi tak perlu spending banyak kat cafe hotel, penginapan pun boleh isi ramai ahli keluarga tapi takdelah sampai bersesak-sesak. Kita planlah sendiri. Bangunan mungkin dah agak uzur sedikit pasal dah lama tapi ianya tak mencacatkan percutian kami sekeluarga. Pantai dekat, padang luas dan banyak, boleh buat dua atau tiga group family day sekali jalan, memang menarik.

Kami dah menginap dan mencubanya, anda bagaimana pula???...


...

No comments:

Post a Comment