Tuesday, February 21, 2012

Chef Jemputan Dari Johor

Nak jemput Chef Wan datang ke rumah aku memang satu impian yang tak mungkin akan menjadi kenyataan, entah macamana ada satu lagi chef yang telah sudi datang menjengok kerumah aku tempohari. Chef ni kalau dikalangan rakan-rakan Ria Family dikenali sebagai Chef Ben Nacha tapi dengar-dengar kalau di Politeknik Pasir Gudang, dia dipanggil En Kamal. Kebetulan dari lafaz gurauan semasa sama-sama menghadiri AGM Ria Family pada Ahad 19hb Februari yang lalu bertempat di Kelab Shell, Port Dickson, beliau sanggup menunaikan hajat aku, syukur alhamdulilah. Lepas ni siapa pulak aku nak bergurau...ha ha ha.. Dipendekkan cerita tujuan beliau adalah untuk mengadakan sessi demostrasi cara-cara memasak kuah black peper untuk majlis-majlis berunsurkan ala-ala western berstailkan BBQ, kalau kenduri nasi ambeng memang 100 % tak boleh lah.....ahakss.  Sebenarnya aku minta setakat dua tiga senduk aje, nah kau!!! satu periuk aku dapat.... he he he...



Ini adalah ramuan utama beliau, kepada rakan-rakan RF yang hadir BBQ hari tu yang mana CP masing-masing nak tahu apa ramuan utama dia, tengoklah gambau ni. Kat Tesco Melaka banyak jual sos ni. ada satu lagi jenamanya, aku tak ingat, nanti ingat, den kasi taip kat sini lagi.

Memang kalau dah bertaraf Chef Pensyarah, mesti ada sessi taklimat dan penerangan cara-cara gerak kerja berkumpulan. Memang profesional betul chef ni, cara potong bawang pun diterangkannya. Wife kena sound pasal tak ambik nota...wakakaka... itu aku tambah....cabutttttttt....

Kalau mekanik kereta ada tool box dia untuk repair kereta  dan bagi Chef ni pun ada tool box dia juga untuk memasak. Lengkap dari pisau sebesar jari kelingking sehinggalah ke parang sembelih lembu. Harga jangan tanya, tak mampu kita, lagi pun kalau wife kita beli, pakai 2 aje pisau, yang lain tu tah mana hilang....

Selain dari datang buat demo memasak, beliau juga turun padang 100% memotong dan menyediakan bahan masakan, kalau kat Poli rasanya anak murid kena buat semua ni tapi kat rumah aku ni, aku dah taraf bapak murid jadi dia rasa biarlah dia ajelah yang buat, silap-silap demo masakan tak buat, demo reformasi kita buat....

Lagi ilmu diturunkan....eksklusif ilmu ni woooo....

Salad buah-buahan dah siap, ni menu no 1. Memang power, anak dara aku suka, aku tak makan masa siap, dah pagi baru aku makan, memang tangkap leleh. Wife siap bawa bekal ke sekolah esoknya.

Yang ni sessi masak nasi apatah namanya, aku ni resipi memang selalu lupa tapi kalau makan, ingat sampai bila-bila...wakakaka.

Yang ni sessi berposing aje....he he he...

Salah satu bahannya untuk masakan ni, rasanya macam nasi ayam tapi bukan, nak kata nasi arab pun...bukan, memang sedap dan lembut.

Ni lah protein yang diperlukan dimakan dengan kuah black pepper tu nanti. Aku tak pakai arang serta kipas tangan yang kecik-kecik kat PD tu, aku dah moden, pakai letrik TNB...

Chef komplen, kalau pakai periuk besar ni, baik masak kat rumah dia aje pastu dia pos pakai kourier servis aje...he he he... wife aku cakap nanti dia tukar dengan periuk lain dan aku pula mengaru kepala, bila masa dia beli periuk baru ni...???

Buat pertama kalinya dapur rumah aku berbau kuah black pepper yang boleh dikategorikan "Mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan"... harum dan sedap, baru bau, belum makan lagi tu....

Yang ni teknik memotong daging, sebaik-baiknya kena beli daging batang pinang kalau nak buat BBQ, wife terbeli daging batang kelapa, kenalah chef kita ni kasi adjust sikit-sikit...

Yang ni sessi penerangan serba ringkas penggunaan setiap pisau yang ada dalam tool box beliau, dekat satu jam jugalah  sessi ni berlangsung......

Inilah hidangan yang telah siap disediakan oleh Chef Ben Nacha kita, nasi aku tak ingat nama dia, bukan nasi ayam yea, kuah black pepper, salad buah-buahan dan ayam bbq chinese stail... Rasanya bagaimana pula???

Terbaik!! terbaik!! terbaik!!!...............
Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan malah jutaan terima kasih atas kesudian beliau yang sanggup datang ke rumah aku untuk sesi demostrasi masakan ni, tak sangka beliau sanggup bersusah payah sebegini, hanya ALLAH jua yang dapat membalas diatas jasa baik beliau serta sumbangan ilmu dan tenaga, bukan setakat beliau sahaja termasuklah isteri beliau. Tabik hormat dari saya atas persahabatan ini, atas sillaturahim ini. Tq Tuan Chef Ben Nacha dan isteri. Insyallah saya akan ke Johor pula selepas ini, untuk merasa masakan tuan lagi...ahakss



Cabuttttttttttttttttttttttttttttttt....


....

No comments:

Post a Comment