Wednesday, February 22, 2012

AGM Ria Family 2012

AGM Kelab Pemilik MPV Nazaria Malaysia bagi tahun 2012 telah diadakan pada 19hb Februari 2012 bertempat di Kelab SHELL, Port Dickson, Negeris Sembilan. Ramai juga ahli yang hadir, macam-macam cerita serius dan lawak yang dikongsi termasuklah ketika majlis BBQ malam sebelumnya. Untuk majlis BBQ aku tak pi pasal tak berkesempatan, jadual penuh, cuma dapat menghadiri AGM sahaja. Macamana nak cerita ni yea?...errrrr tengok dulu lah....


Posing ala PILOT Mig29 ..he he he...  kat parking lot pun jadi, yang penting ada DSLR dan Sniper, posing free style.

Dilihat pasangan ideal...ehhhh silap, yang kiri tu bakal pak mertua sikanan tapi sikanan lupa yang sikiri tak heran nak ambik sikanan jadi menantu, jadi hantu boleh lah...wakakakaka.

Sessi pendaftaran... disambut oleh NYDP dan Bendahari kelab...

Tuan Hj Napala Turki, otai geng RF N9 dan juga orang kuat SHELL yang membantu mendapatkan lokasi meeting dan katering. Tabik buat beliau, otai yang sentiasa membantu sepanjang masa tanpa penat dan tanpa bosan. Tabik hormat buat beliau.

Tuan webmaster yang sentiasa tidak boleh berenggang dengan laptop dan hpnya. Otai juga tapi geng RF Melaka, masa mula-mula join dulu dia geng utara, sekarang dah pindah ke Melaka. Pensyarah Institut Perguruan Melayu Melaka bekas tempat orang rumah aku belajar masa muda-muda dulu. Kami panggil dia Tuan Pop....nama sebenar jangan tanya....ahakss

Selepas daftar kehadiran, pekena sarapan dulu, memang kelab ni meriah dengan makan aje, pantang berkumpul atau berjumpa aje mesti ada makan-makan, tu sebab aku susah nak kurus.....dan jumpa selalu pun kalau tak kat kedai makan, mesti kat warung makannya....

Dari kiri; En Harisria, En Azizul Tan, En Jenggo, En Azhan, En Bard, yang duduk Mrs Mummy Rozie dan berdiri dengan rokok tu En Blink, ni semua nama nickname dalam forum, nama sebenar jangan ditanya, susah nak sebut, terbelit lidah....wakakakaka...

Aku pun nak masuk juga, nanti orang rumah tak percaya yang aku pergi meeting...kui kui kui...

Meeting nak start ni, aku disuruh pegang mic...errrrr rosaklah meeting ni kalau aku dah pegang mic...ha ha ha...

Macam biasa kat mana-mana meeting, waima meeting PIBG sekolah sekalipun, belah depan memang dikosongkan untuk tetamu jemputan...

NYDP dan Bendahari  sessi lepas sedang membentangkan minit mesyuarat...

Sesi pengundian sedang dijalankan dan En FG dilantik sebagai pegawai SPR... maaf takde elaun dan gaji yea...

En Kompot, baru sampai ke dewan, beliau lambat pasal jem kat pekan PD, katanya...he he he...

Pengiraan undi sedang dijalankan....errrrr nasib baik aku tak terpilih, rilex skit, takyah buat kerja...wakakaka...


Sabar menunggu pengiraan undi, macam biasalah sembang-sembang kosong selain duk perhati kerusi mana yang ringan untuk dibaling-balingkan nanti...

Bilalah nak dapat elaun pengacara ni, tak banyak pun, RM 300 aje...ha ha ha...

No comments:

Post a Comment