Sunday, February 5, 2012

Cendol Jam Besar, Melaka

1hb Febuari yang lalu, aku ambik cuti bukan pasal sambut Hari Wilayah tapi pasal anak aku tak sihat. Kebetulan time aku cuti lak dia sakit.  Cuti ni aku dah rancang awal maka aku pergunakanlah kesempatan ini semaksimun yang boleh dan hari ni aku rasa cuti aku yang paling best, takde rasa terkejar-kejar atau diganggu oleh panggilan telefon  HANGIT dari kilang...wakaka. Selepas bawa anak aku ke klinik, aku pergi servis motor SYM aku kat town. Servis pun cepat dan jam baru tunjuk kul 11.30 pagi. Aku garu dagu, menung sat mana nak pergi......aku dah tau, aku mai sini...he he he...

Cendol jam besar ni merupakan salah satu tarikan pelancong ke Bumi Melaka Bandaraya Bersejarah. Terletak berhadapan Muzium Belia Malaysia dan juga permulaan bangunan Merah merupakan lokasi yang sangat-sangat startegik dilihat. Untuk kemari, sama seperti anda mahu ke Bandar Hilir, ianya benar-benar mudah dilihat dari tepi jalan tapi masalah utamanya adalah tempat letak kenderaan yang bukan terhad tapi tiada langsung. Kalau nak letak kenderaan kena letak jauh sedikit dari gerai cendol ni. Insyallah di Bandar Hilir ni kawasan letak kenderaan yang disediakan oleh kerajaan Negeri Melaka memang banyak tapi lokasinya pelbagai. Kena jalan sikit tapi itulah matlamat bandar pelancongan, anda berjalan dan anda akan merasai keunikan bandar penuh sejarah ini. Cubalah kemari, anda pasti mengerti.....

Pilihan saya, cendol pulut sahaja. Kenakkannya memang benar-benar mengamit pelanggan untuk datang kembali, hilang segala dahaga dengan kemanisan pulut dan lemak santan cendol ini. Kalau di Seremban Negeri Sembilan terkenal dengan cendol Leman Dawi disini di Melaka Cendol Jam Besar memegang simbol keunggulan bukan setakat di Bandar Hilir sahaja tapi keenakkannya menjadi catatan blog dan travel log dari pelancong seluruh dunia sehinggakan kata seorang rakan yang baru saya kenal dan beliau berkhidmat dengan PERZIM (Perbadanan Muzium Negeri Melaka), Melaka tidak perlukan promosi 13 juta tapi dengan cendol pun sudah cukup menarik pelancong dari dalam dan luar negeri. Power atau tidak, datanglah ke sini pada hari Sabtu dan hari Ahad, lihatlah sendiri kepoweran cendol ini...ahakss


Saya dah kemari, anda bila lagi???...




...

No comments:

Post a Comment