Monday, October 31, 2011

Konvoi Piknik Kalumpang 2011

Satu aktiviti piknik terbuka dengan usahasama kelab riafamily telah diadakan pada 26hb Oktober 2011 yang lalu bertempat di Pasir Putih Resort, Kalumpang. Matlamat utama adalah menarik ramai pemilik mpv nazaria/kia carnival kesatu-satu acara kekeluargaan untuk tujuan merapatkan lagi sillaturahim sesama pemilik kenderaan mpv ini. Melalui pendaftaran awal kehadiran peserta didalam forum riafamily, forum carigold dan juga di facebook telah mencecah ke angka 34 orang pemilik mpv ini namun kita hanya merancang tapi ALLAh jua yang menentukan sehingga ke hari jadinya acara ini, kedatangan penuh yang diperolehi adalah sebanyak 29 orang pilot bersama keluarga masing-masing yang kemudiannya dihitung jumlah keluarga ketika urusan pembayaran fee masuk, telah mencecah seramai 114 orang. Satu rekod yang yang amat dibangga-banggakan sama sekali. Sekali lagi bukan rekod yang menjadi ukuran tapi sillaturahim sesama kita yang jadi tumpuan.

Perancangan awal, disediakan pilihan 3 tempat berkumpul kepada semua peserta mengikut kesesuaian laluan masing-masing seperti di Stesen Petronas Sg Besi, bagi peserta dari Selatan, Rnr Sg Buloh bagi peserta dari Lembah Klang dan yang terakhir di exit Tol Tg Malim bagi peserta dari Utara ataupun kawasan sekitarnya. Sehari sebelum itu satu keputusan telah diambil bagi memansuhkan tempat berkumpul di Stesen Petronas Sg Besi memandangkan ramai yang memilih untuk menggunakan laluan KLIA. Tempat berkumpul utama telah ditetapkan di Rnr Sg Buloh. Seawal jam 9.45 pagi Rnr Sg Buloh telah menerima kehadiran peserta Piknik Terbuka @ Kalumpang ini. Dimulakan kehadiran secara berperingkat oleh Saudara Deemija, Kamarul, Putat, Harisria... sekadar menyebut beberapa nama. Dan tepat jam 10.25 pagi hampir separuh peserta sudah pun melaporkan diri disini kecuali Saudara Din Bugis aka "CDM" yang mana telah terlajak ke Rnr Rawang. Menjadi usikan kawan-kawan terlajaknya beliau kerana brek kereta lama tak servis , hanya beliau sahaja yang mampu menjawabnya sendiri. Tepat 10.30 pagi semua peserta diarahkan untuk membuat formasi konvoi dengan susunan kenderaan mengikut arahan marshall bertugas. Lead Car diketuai oleh Saudara Hafizal dan Saudara Azhan "the Zinkman", Back Marker kepada Saudara SS "permit besar holder" serta Saudara Deemija dan Op1133 sebagai sweeper bersama. Bacaan doa oleh Saudara Harisria memohon agar perjalanan konvoi dipermudahkan dan dijauhkan segala mala petaka.

10.39 pagi Konvoi Piknik Terbuka Kalumpang pun bermula....


Berkumpul di Rnr Sg Buloh jam 10.00 pagi, ada gak yg datang kul 11.00 pg...mmmm

Menyusun kedudukan sebelum konvoi bergerak.

Taklimat ringkas oleh petugas lalu lintas..

Bazaan doa oleh Bro Harisria mohon perlindungan dariNYA dari sebarang perkara yang tidak diingini.

Formasi line tengah kali ni, kalau tak... line kanan tanpa henti...

Tol Tg Malim diserbu....

Check point kedua, menunggu rakan lain tiba.

Pintu masuk, memang tak kan jumpa kalau datang kali pertama, jauh nun dalam kebun getah dan durian.....



Keluar dari Rnr Sg buloh, Marshall bertugas telah membuat lane opening bagi memudahkan pergerakan konvoi, setiap kenderaan NZR diarahkan untuk menyalakan lampu hadapan bagi memudahkan pengenalan peserta konvoi dari jauh dan ini juga prasyarat keselamatan yang sentiasa diterapkan walau dimana-mana konvoi anjuran ria family diadakan. Perbincangan awal, memandangkan jarak perjalanan tidaklah begitu jauh selain pematuhan kepada penetapan masa telah berjaya diadaptasikan semua peserta kali ini, marshall telah memilih penggunaan lorong tengah sahaja sepanjang konvoi ini bergerak. Ketika melewati Rnr Rawang, sebanyak 3 buah lagi NZR menyertai konvoi dan kemudian sebanyak 2 buah lagi mengejar dari belakang akibat terlewat tiba di Rnr Sg Buloh tadi. Dengan jarak yang dekat dan keterujaan terhadap sambutan piknik dan konvoi ini, membuatkan perjalanannya seakan-akan tidak terasa, tepat jam 11.26 pg konvoi selamat tiba di check point terakhir iaitu di Tol Tg Malim. Memandangkan kawasan hentiannya agak kecil dan konvoi ini telah mencakupi panjang maksimun sebanyak 25 buah NZR, keputusan menunggu telah dipendekkan dan pergerakan konvoi terpaksa disegerakan. Alhamdulilah hanya terdapat satu trafik light yang perlu dipantau serta tiada persimpangan besar maka pergerakan konvoi tidak terganggu dan marshall tidak perlu bermandi peluh kali ini.

Memasuki persimpangan lokasi tujuan, ramai menjangkakan ianya pasti tidak "best" kerana perlu melalui kebun durian, laluan sempit dan berbukit serta agak terkedalam atau boleh digambarkan sebagai laluan camel trophy aje namun bila setiap peserta memakirkan kenderaan masing-masing dengan formasi "urgent escape", semua andaian burok tersingkap secara total. Pengumpulan peserta telah dilakukan oleh Saudara Azhan dan dengan bantuan Saudara Harisria bertujuan mengumpul bayaran fee masuk yang mana kanak-kanak dibawah 6 tahun dikecualikan, setiap peserta berstatus dewasa dikenakan entrance fee sebanyak RM3 sahaja dan tambahan RM2 setiap pilot bagi pembayaran tempahan arang dan unit BBQ. Selesai urusan pembayaran, semua peserta diminta berkumpul untuk sessi bergambar beramai-ramai dengan backdropnya adalah sebuah banner yang ditempah khas semata-mata untuk acara Piknik Terbuka ini. Dikesempatan ini juga Saudara Bard telah berposing dengan gaya ala tarzan kalumpang.


Kira kepala, anak-anak bawah 5 tahun tak kena bayaran, satu kepala RM3 aje, lagi murah dari Waterpark atau Sunway Lagoon, apa ade hal......

Kutip jangan tak kutip, piknik paling murah yang aku join setakat ni, kalau tak caya, tanya depa yang join, namti kata aku auta lak...ahakss

Petugas bidan terjun tolong pasang banner...

Aku lak tolong bergambar......

Sessi bergambar beramai-ramai, Bro Azhan tengah cari angle baik utk susun zink......

Makan time...mewah woooooooo...

Para isteri dengan sesi lepaknya.... dan mana para suami?...

Bakor arang leeeerrrrr....ataupun........jaga anak mandi...ha ha ha...

Acara kanak-kanak, rebut gula-gula sampai nangis...

Yang ni bawa gelung getah dengan chopstik....payah juga nak buat..

Acara dewasa, acara paling banyak mengelat...busuk punya kaki...wakakaka...

Acara isteri lak, kepit bola pakai chopstik...bahaya ni....yang juara tu rasanya dah biasa kepik....tuut tuut tuut...

Suami isteri pun sama cengkelatnya.....ish ish ish.... bini sapa lah ni....

Pertunjukkan helikopter kawalan jauh oleh Bro Cemet, tq bro bagi pengalaman baru buat kami semua...

Helikopter ni pakai RON yea, bukan NGV.....

Fuyooo Magic, aku tolong buat-buat tertarik padahal trick ni aku dah lama buat...ha ha ha... fuyoooooo

Bolatampar pun ada, memang ramai ahli sukan kat Kelab ni tapi jangan ajak lawan, gerenti kalah pasal penat kutip bola asyik melayang keluar court aje...

Sambung balik mandi, memang best, kalau ada kesempatan lagi, insyallah aku akan mai lagi tapi kena tengok juga, masa free aku tak sama dengan masa free kengkawan......



Selesai bergambar, semua makanan peserta telah dikumpulkan disatu gazebo bagi memudahkan urusan pengambilan makanan dan juga pengkongsian pintar yakni orang yang bawa pinggan plastik boleh makan makanan yang dia tak bawa. Syukur kehadrat ilahi, dengan niat ikhlas dan suci murni, dimaklumkan makanan yang dibawa mencukupi untuk semua peserta dan sempat juga dibawa pulang oleh beberapa puloh CP kerana malam nanti mereka tidak perlu masak lagi. Aktiviti kali ini dibuat secara santai tanpa sebarang penetapan masa untuk sebarang aktiviti tapi aktiviti yang diadakan juga secara bidan terjun supaya semua orang tidak rasa terikat. Antara acara-acara sampingan yang telah diadakan adalah seperti pertandingan rebut gula-gula yang mana ada anak-anak yang menangis tak dapat gula-gula, penganjur mohon maaf kerana budget kecil dan ciput, acara tiup belon sampai pecah untuk kanak-kanak, pertandingan mewarna dan yang terakhir dalam kategori ini adalah tukar gelung getah guna chopstik. Sebenarnya terima kasih sekalung budi pada Saudara Harisria yang telah sudi menyediakan peralatan sukanika ini dan rasanya tanpa sukanika ini, piknik yang julung-julung kalinya diadakan akan kelihatan hambar. 

Bagi acara dewasa kategori pilot, acara yang disediakan adalah pertandingan tiup belon juga dan kali ini kecengkelatannya mereka benar-benar terungkai, peserta perlu tiup belon sehingga pecah sebelum bergerak ke garisan penamat tapi apa yang mereka lakukan adalah tiup belon sambil berjalan dan bila belon pecah, mereka dah sampai ke garisan penamat. Hebatkan kan? sehebat insan terpilih En Sayuti dan Hazlin King...Grin. Untuk kategori CP pula mereka diberi acara tiup belon juga dan paling best, acara kepit bola pingpong guna chopstik...erkkk!!!!. Tidak perlu diterjemahkan secara mendalam kerana kami dah tahu CP siapa yang mahir bab-bab mengepit ni dan selepas ini penimbang tolo mungkin sentiasa akan digunakan dalam mana-mana aktiviti.

Selesai acara sukanika, Saudara Cemet Temec rakan baru di FB telah mendedahkan pengalaman baru buat semua peserta dan keluarga yang mana beliau telah membuat satu demostrasi khas yakni menerbangkan helikopter kawalan jauh menggunakan RON bukan NGV. Walaupun pertunjukan ini diadakan selama 10 minit namun setinggi-tinggi terima kasih buat beliau yang sudi memeriahkan lagi acara piknik ini dan pihak penganjur tidak dimaklumkan langsung berkaitan kejutan ini. Selepas itu, pilot telah mengadakan perlawanan bolatampar padang sesama mereka dan dari pengamatan, ramai pilot yang berbakat dalam bersukan cuma ada beberapa orang yang perlu meningkatkan mutu sukan masing-masing kerana mereka bermain ala koboi, rasanya faham-faham sendirilah. Memandangkan masa masih panjang, semua peserta dan keluarga kembali menyambung aktiviti mandi-manda mereka, menyambung makan 15 kali lagi dan yang setia membakar BBQ amat-amatlah dihargai, antara yang dilihat menyingsing lengan dan bersungguh-sungguh bermain api dan kehangatan arang adalah seperti Saudara Iran, Hazlin, Deemija, Fg, Din Bugis dan sekadar menyebut beberapa nama.... tanpa kesungguhan mereka, bbq itu akan pasti hangit sentiasa.


Siapa yang degil dan tak dengar cakap kang, kita campak kat air terjun tu kang......

...

No comments:

Post a Comment