Kata orang, orang berbintang Leo bukanlah kaki romantik, itu aku tak nafikan tetapi sekali sekala dah tentu orang yang tak romantik berminat untuk mempelajari bagaimana menjadi seorang yang romantik. Tiap kali bila menyambut hari ulangtahun kelahiran isteri, aku pasti buat sedikit kejutan, bukan sergah dia tengah-tengah malam tapi menyediakan kek buat beliau dengan pelbagai tipu muslihat, kalau boleh tanpa beliau sedari bahawa rancangan penyediaan kek tersebut sedang berjalan tika kami relax-relax tengok tv.
Pernah aku gunakan bantuan dari kawan-kawan, ipar duai, adik beradik ku termasuklah bantuan anak-anak ku sendiri. Pelbagai cara yang aku gunakan bagi menampakkan unsur-unsur ambush macam askar biasa buat bila berperang, penuh dengan element of surprise tapi tahun ni aku lebih kepada bersederhana sahaja. Wife aku selalu beralah bila aku terlibat dalam sebarang penganjuran baik dalam sukanika sekolah anak-anak, taman perumahan, kilang tempat aku bekerja, family day keluarga ataupun semasa aktiviti-aktiviti batch aku. Beliau teringin nak masuk acara berpasangan dan selalunya juga aku tak boleh turutkan kerana aku selalu bertugas sebagai pengadil atau pun ketua juri.
Kali ini aku bawa wife dan anak-anak bercuti ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. Tempat peranginan ni dah jadi tempat percutian tetap kami sekeluarga. Anak-anak aku suka sebab banyak permainan serta gelungsur dan tempat pun agak selamat tak macam tepi laut yang kita tak nampak dasarnya juga kolam renang/mandinya sebesar lautan, baru puas berenang kata anak-anak ku. Aku luangkan sebanyak masa yang boleh dengan wife dan anak-anak, walaupun aku demam, aku gagahkan juga menemani wife buat aktiviti bersama dan paling aku tak lupa bila kami try spa ikan kat sana. Fatin sponsor bayarannya dan aku dan wife menikmati keseronokannya atau lebih tepat kegeliannya...ha ha ha....
First time aku buat aktiviti santai bersama dengan wife dan rasa kasih sayang aku semakin melimpah ruah terhadap beliau. Aku bukan lelaki romantik tapi aku juga bukan lelaki panas baran, amarah ku terkawal dan berang aku bertempat. Bila duduk berdua-duaan membiarkan ikan mengelikan kaki aku berdua, aku rasa bersyukur yang teramat-amat sangat mempunyai isteri yang menerima kekurangan dan kelebihan aku selama ini... aku rasa syahdu dan kelu. Buat isteri ku, Puan Nazatulsyima Bte Abdullah....aku sayang padamu....
|
SPA ikan di Tiara Beach Resort... |
|
Kena cuci kaki dulu, kasi hilang sebarang pasir atau losyen kaki...he he he... |
|
Baru nak start rendam kaki... |
|
Saat aku kegelian...ha ha ha... |
|
Wife aku lak sampai nak nangis....kui kui kui... |
|
Selepas 15 minit baru kaki rasa ok skit pasal kulit dah kembang, tak rasa geli macam mula-mula, kalau boleh nak rendam lama-lama lagi |
...
No comments:
Post a Comment