Sunday, November 6, 2011

Pertandingan Memancing 2011

Menjadi pemancing bukanlah kegemaranku, menjadi penganjur pertandingan memancing.....mmmm.... mungkin itu kegemaran ku, kegemaran no 380...wakakaka... Buat pertama kalinya Kelab Sukan Dan Rekreasi kilang aku buat pertandingan ni dan sebagai orang no 1, dah tentulah aku kena handle semuanya. Alhamdulilah semuanya berjalan lancar termasuk Birthday Party untuk staff, aku bersepakat dengan bos HR untuk buat acara ini stail 2 in 1, senang, mudah dan ringkas, sekali jalan...siap. Takdelah penat nak organise 2 acara dalam 2 waktu yang berbeza, manpower dan kudrat yang ada tetap orang yang sama maka inilah jalan penyelesaian terbaik yang boleh difikirkan. Mungkin tak se"grand" pertandingan memancing yang dianjurkan oleh tempat lain, orang baru, dah tentu caranya serba baru......


Sessi pendaftaran pemancing, sekali dengan pendaftaran cabutan bertuah, nasib baik anak daraku Nur Fatin Adiba ada, boleh tolong-tolong sikit kalau tak, nak ke tandas pun payah.

Barisan marshall dan ajk rasmi, dari kiri En Khairul SHO aka boss aku, En Sabaruddin marshall ikan dan teknik tangkapan, En Azmi penyokong dan En Rasul ajk khemah dan kerusi meja.


Setting buffet dari katerer dan pemilik Restoran Ikan Sungai, KL. Class gitu....ahakss


Kek double 2 tingkat khas untuk sambutan birthday party staff, seberat 6 kilo setengah, meriah...meriah...


Antara hadiah-hadiah yang disediakan, barangan eletrik dan barangan bukan eletrik...kih kih kih...

En Amran dari Production Dept, antara tangkapan terawal yang didaratkan, mulanya aku rasa ikan beliau akan menang tapi... jeng jeng jeng....ada lagi, masa masih banyak.....

Ikan duri kan? masak aper yang best?...


Sessi cabutan bertuah, selang seli dengan sessi karaoke...


Antara pemenang cabutan bertuah, En Hairul dari HSE Dept...rezeki beliau. Jeles aku...


Udang pun ada didaratkan...he he he...rezeki...rezeki...


Aku tunjuk best tu pasal nak beli jiwa aje, kalau aku hadkan berat minima bermula dengan 500 gram, mahu ikan tu masuk tong sampah kat kilang...kui kui kui...


Layan karaoke lah pulak, penganjur mesti sporting, semua event boleh g nyeeeeeer...ahakss


Lagi sessi beli jiwa oleh aku...


Inilah juara pertandingan memancing malam tu, yang pegang pancing tu bukan tuan dia, tuan dia malu-malu, ada kat tepi pantai lagi, kelakar tul...



Lauk aku anak beranak pasal syarat awal untuk pertandingan ni aku letakkan bahawa semua tangkapan adalah hakmilik penganjur...kui kui kui... pandai tak den?



Tangkapan terakhir sebelum siren penutup pertandingan dibunyikan...he he he...ketam sesat seekor...

Seronok juga bila organisekan event baru, walaupun aku tak banyak pengalaman berkenaan pertandingan memancing ni, aku tetap usahakan buat research di internet termasuklah ziarah ke 2 3 kolam memancing kat dalam Melaka ni, bertanya dan bertukar-tukar idea dalam soal pertandingan memancing ni, apa yang boleh, apa yang tak boleh, prasyarat-prasyarat yang wajib dan tidak, peraturan yang boleh mencetuskan masalah termasuklah sekiranya ada tangkapan yang mempunyai berat yang sama yakni tak boleh nak declare siapa juara pasal ikan sama berat, kat situ aku dapat tip dari pemilik kolam memancing Alor Gajah, nak tahu apa?....Ado Den Kisah...wakakakakaka


...

No comments:

Post a Comment