Saturday, February 25, 2012

TT Subaidah Edisi 1/2012

Salam sejahtera,

Satu TT Subaidah Edisi 1/2012 anjuran RF Melaka telah selamat diadakan pada 24hb Febuari yang lalu bermula jam 5.30 petang sehingga jam 8.15 malam. Berikut adalah senarai kehadiran mengikut waktu ketibaan :-

1. Mie22           5.25 ptg
2.Hazlin Jalil      5.30 ptg
3.Pop               5.32 ptg
4.Op1133        5.40 ptg
5.Zaha             5.45 ptg
6.Demija          5.45 ptg
7.Ustaz            6.01 ptg
8.Norhaim       6.05 ptg
9.Fendi            6.15 ptg
10.Rusli           6.30 ptg

Beberapa perbincangan telah diadakan antaranya mempelawa rakan-rakan RF Melaka yang tidak aktif pada tahun-tahun sebelum ini untuk kembali aktif, menyokong usaha dan usul yang dibawa oleh barisan kepimpinan MT Ria Family yang baru dilantik pada AGM tempohari. Membicarakan minit mesyuarat AGM yang lalu secara sekali imbas buat rujukan dan pengetahun rakan yang tidak dapat hadir. Dalam perbincangan semalam turut mengucapkan tahniah kepada Saudara Mie22 diatas kelahiran cahaya mata beliau yang tah ke berapa tak dapat nak direcall pasal SD card tak besar tapi baby beliau bernama "Nur Khayra Batrisya" yang bermakna Nur - Cahaya,  Khayra - Membuat Kebajikan, Batrisya - Cerdik. Selain ucapan tahniah beliau juga dilimpahi dengan ucapan "selamat kira kacang"..ha ha ha...

Rasanya TT kali ini tidak menunjukkan bahawa pesta makanan menjadi pujaan kerana tak ramai yang mengorder makanan tapi lebih kepada minuman dan minuman peberet sudah semestinya "Radix O" satu!!!...ahakss. Kehadiran kali ini benar-benar diluar sambutan, disangka ramai rakan-rakan rf memilih berdiam dari aktiviti-aktiviti RF seperti tahun-tahun sudah dan nampak gaya tahun ini mereka seakan-akan membuat come back yang turut memeranjatkan YDP Zaha dan NYDP Mija, alhamdulilah semuga anjakan paradigma ini membawa pelbagai aura dan semuga ianya tersebar keseluruh negeri-negeri yang lain, insyallah.


Antara yang terawal...

Order makanan, mamak kedai ni pun ambik order pakai Iphone pastu whatsapp kat tukang bancuh air...

Sembang kosong...

Ustaz dah singsing lengan, Pop dah risau dan Mija...cool baby...ahakss

Air sahaja yang kelihatan, diaorang diet kot....

Dari kiri: Hazlin Jalil, Fendi dan Rusli Lee.

Pembayaran yuran tahunan, tanda sokongan rakan-rakan untuk RF era baru...ahakss. Hazlin bayar setahun.

Fendi paling gempak, 3 tahun sekali gus, sokongan padu dari beliau...

Mie22 yuran setahun dan tahniah dengan kelahiran cahaya mata.

Norhaim pun bayar setahun, tq atas sokongan anda pada kelab ria family.

Antara yang hadir: Dari kiri, Pop, Zaha, Fendi, Mie22, Ustaz Sharkawi, Demija dan Hazlin. Masa ni Norhaim dan Rusli dah balik, mereka ada urusan lain dan kameraman pula dah tentu semestinya Op1133...ahakss

Ni gambar apa pulak ni...errrrr duit yuran tadi diserahkan pada NYDP rupanya...ha ha ha... ingatkan apa tadi...wakakaka
.

Semuga TT selepas ini mendapat sambutan dari ahli rf Melaka khasnya dan rf Malaysia amnya, insyallah TT terbaru bakal diadakan ketika menziarah mie22 sekeluarga. Tarikh akan dimaklumkan kemudian. Sekian, terima kasih atas sokongan semua.


...

No comments:

Post a Comment