Wednesday, February 1, 2012

Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka

Baru tengahari tadi aku menikmati makan tengahari direstoran ini setelah hampir 12 tahun aku sibuk mencari kedai ini yang telah bertukar lokasi. Dulu dianya dibuka digerai makan sepanjang jalan di tapak Menara Taming Sari sekarang, bila kerajaan negeri menambak laut disitu, semua kedai ini berpindah ke lokasi lain. Aku dengar dulu dia berniaga di Jalan Ong Kim Wee semasa proses penambakkan laut dijalankan, puas juga aku cari kat sana tapi tak jumpa, akhirnya aku give up. Bila terjumpa Restoran Asam Pedas Selera Kampung berhadapan Menara Taming Sari, aku jadi terlupa tentang kedai ni. Entah macamana nak dijadikan cerita aku ada kerja khas kat kawasan pelabuhan Melaka, bila ronda-ronda area ni ternampak lak papantanda ni.




Masa tu hari ahad dan kedai ni tidak dibuka maka aku tekad akan datang semula buat tinjauan semula bila ada kelapangan, nak mengesahkan adakah pemiliknya adalah orang yang sama masa di gerai selera tepi laut dulu. Dan hari ni aku berkesempatan membuat kunjungan hormat dan alhamdulilah pemiliknya adalah masih orang yang sama. dari perbualan dengan ownernya, beliau maklumkan papantanda asal yang diletakkan digerai tepi laut dulu tetap beliau bawa berpindah sekali ke sini dan ini gambarnya sebagai bukti.




Sebut soal nombor yang menjadi ingatan ni, masa aku berkhidmat dengan pasukan khas pemantau komunikasi dulu kat Bandar Hilir juga, no kod panggilan aku adalah "operator 35" dan kebetulan kedai ni juga ada nombor yang sama maka aku sentiasa teringatkan kenangan lama bila makan kat sini. Nostalgia betul tapi cerita yang sebenarnya adalah cerita makan..he he he




Kedai ini juga menjual masakan asam pedas, salah satu kedai yang aku cakap antara 3500 kedai asam pedas yang terdapat di Melaka, kedai ini aku rangkingkan sebagai no 3 pasal no 1 dan 2 dah diisi oleh kedai lain dan rangking ini hanyalah dari pendapat aku sahaja, terpulang pada anda untuk merangkingnya sendiri, ado den kisah. Masakannya simple aje, sama macam kedai-kedai di Melaka ni, ada menu sotong goreng, kerabu mangga, daging masak kunyit, ayam goreng, udang goreng belada, ulam-ulaman, sambal belacan "tak ingat" dan dah tentu asam pedasnya, ikan pun pelbagai dari pari, jenak, kembong dan juga daging tetel. Yang paling terliur adalah sambal belacan dan kuah cicah asam atau pun kuah cicah kicap cili. Bayangkan kalau anda tak makan bertambah, memang tak sah. 




Hari ni menu yang aku ambil simple aje, ikan jenak asam pedas, daging goreng kunyit dan kerabu mangga. Nasi disertakan sambal belacan dan ulaman, air pula sirap limau. Harga semua sekali dalam rm12.00 aje tapi bila aku bersembang-sembang dan ceritakan yang dah lama aku cari kedai ni, terus dapat diskaun rm2.00, aku bayar rm10.00 dengan dapat air sirap limau lagi satu free... he he he. Gambar dah aku ambik pakai hp, gambar yang ada ni pakai kamera DSLR, bila nak upload tadi tak dapat-dapat, hp canggih, aku pun tak mahir sangat. Nak tunjukan adakah berbaloi dengan harganya, kalau tak tunjuk kang kata aku saja nak promote tapi kalau tengok sendiri, anda boleh nilaikannya sendiri. Takper next time aku cuba upload lagi.





Pelanggan masih ramai masa aku tinggalkan kedai ni dalam pukul 2.30 dan lauk beliau pun masih bertambah, ayam goreng panas-panas dan ikan asam pedas pun nampaknya baru diangkat dari periuk besar dibelakang kedai. Cara makan kat sini senang aje, tengok lauk apa yang anda nak makan, cari meja dan order, nanti diaorang hantar, kalau tengok kat gambar diatas dia akan hidangkan mengikut bilangan orang dan menu yang kita minta, yang pasti kuah asam pedas akan bertambah, macam kedai-kedai yang lain, kuah asam pedas ni juga sedap dihirup begitu saja, memang terangkat lah, kalau tak percaya, datanglah mencubanya sendiri cuma kali ni alamatnya saya tak bagi, nak datang contactlah saya, saya boleh tunjukkan dan saya juga boleh join sekali...wakakakakakaka....



Inilah hidangan ku yang sebenarnya....ahakss



...

5 comments:

  1. APA SUDAH JADI PENGUSAHA RESTORAN/ KEDAI MAKAN ORANG MELAYU MELAKA
    Sebagai penulis Komen pada hari ini Saya dah biasa sangat dengan negeri Melaka , dan pernah bertugas di negeri tersebut saya tidak berniat membuat fitnah karana saya tahu itu berdosa
    Apa yang menduka citakan saya kebanyakan pengusaha Restoran/ atau kedai makan terutama premis orang-orang melayu Melaka semakin hari nampaknya semakin ketara ( tidak semua ) bagi rata-rata tempat sengaja mengenakan caj terlalu tinggi terhadap services menu hidangan mereka terhadap tetamu atau pelancong luar,kebanyak yang datang ke Negeri MELAKA seperti saya memang dah banyak pengalaman bab harga dan menu yang dihidangkan ,apa yang kami hendak ceritakan bukan lah kami nak mengira sangat tentang harga, tapi bila dah kena macam ini , saya rasa terkilan dengan segelintar pengusaha restoran mengambil kesempatan menaikkan harga sesuka hati.

    Saya rasa bagi tuan/puan yang PERNAH ke NEGERI MELAKA pernah mesan menu dari mana-mana restoran/kedai makan AKAN MERASAKAN HARGA YANG AGAK TINGGI DI KENAKAN ( BETUL TAK )

    Ikuti cerita saya seterusnya

    Cerita benar saya yang pertama tahun2012
    Saya sekelurga dari johor Bahru tiba di Melaka jam 4 petang ( Oleh kerana kepenatan, terasa lapar dan dahaga dan berehat di salah sebuah Restoran disekitar ( kami dah terlupa nama restoran kedai makan tersebut )kami memasan Menu
    Menu yang dipesan
    1.Nasi puti 4 pinggan,,
    2. 4 air sirap limau kasturi.
    3.Kari kepala ikan merah 1
    4.sayur taugeh goring satu pinggan kecil
    HARGA KESELURUHAN RM 68
    Keesokan hari kami berserapan sekitar Bandar Hilir MELAKA DI RESTORAN MELAYU
    Menu yang dipesan roti canai telur 5 dan nasi lemak 2. Air nescafee 5
    HARGA KESELURUHAN RM 42
    ……………………………………………………………………………………………………

    CERITA YANG Kedua 7/11/2013
    Apa makna 3 5 setahu kami itu adalah buku kira hutang

    Asam Pedas Restoran Tiga Lima, Bandar Hilir, Melaka MENGENAKAN CAJ YANG TINGGI – KETOK PELANGGAN LUAR

    Saya bersama 3 orang kawan sampai di MELAKA jam 2 petang ada tugas ( kebetulan ada blog restoran ini saya menulis entry disini )

    Menu yang dipesan
    1. Ikan asam pedas pari 2 kelar , jenak 2 kelar ( 4 Kelar semuanya)
    2. Nasi putih 4 pinggan ( Tiada tambah )
    3. Sayur capcai campur 1 pinggan sedang
    4. Air sirap 4, kopi O 1
    5. Telur masin 2 biji
    6. Sambal belacan , ulam pucuk tenggek,kacang botok satu piring sedang
    7. Ayam 2 potong
    8. Petai + bawang + ikan bilis satu piring kecil

    HARGA RM 98.00

    Bagi tuan/puan yang ingin ke NEGERI MELAKA BERHATI-HATILAH APA BILA MEMESAN MENU. MEREKA AKAN MELIHAT GERAK GERI , sama ada pelancong / orang luar mereka akan caj dan ketuk harga tinggi,

    Nampaknya sekali sahaja mereka merasa duit kami, dan kami tidak sekali kali lagi akan kesana dan tidak akan rekmen kawan datang ke RESTORAN TERSEBUT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah beritahu keluarga saya Taubat Nasuha tak akan pergi ke restoran ini lagi setelah saya di tipu bulat bulat oleh restoran ini.

      Delete
  2. Terima kasih atas komen saudara, saya pun bersetuju dengan komen saudara, kadang-kadang harga yang dikenakan agak melampau, selalunya saya akan buat dua perkara, pertama saya akan tanya harga sebelum order, biarlah nampak macam cerewet tapi yang nak membayarnya adalah kita. Kedua...kalau saya dicaj harga tinggi, saya akan menanya semula satu-satu harga makanan tu dan kalau saya tak puashati, saya akan pertikaikannya, selalunya bila saya dah mula tanya satu-satu harga makanan, taukenya akan kurangkan harga...cubalah mana tahu ianya berkesan. Setakat ini itu yg saya lakukan.

    ReplyDelete
  3. Takper tuan, pilihan ditangan tuan. saya hormati keputusan tuan.

    ReplyDelete
  4. Baik makan asam pedas kat KL. Dekat Setapak Golf Range nama D'Santap. Satu set ikan pari asam pedas , ulam dan sambal belacan baru lima ringgit. Siakap, merah, jenahak semua ada harga pon patut2 ler..

    ReplyDelete