Friday, May 9, 2014

Telur Getar Seremban

 Ada seorang sahabat post dalam FB beliau tentang telur getar Ipoh, rupanya telur tersebut yang dimasak separuh kemudian dibubuh diatas roti, bila digoyang pinggan tersebut, bergetar lah telur tu... Dan entry kali ni saya perkenalkan telur getar Seremban...ha ha ha...

Baru-baru ni saya mendapat maklumat bahawa seorang sahabat RMC saya iaitu OP Mejar Nor Azela Nordin dan isteri beliau telah memulakan perniagaan kedai makan di Medan Selera, Jalan Penghulu Cantik, Seremban, Negeri Sembilan. No kedai mereka no 8 dan dinamakan D'Santai. Kenapa dinamakan D'Santai... tiada maklumat. Menu mereka adalah untuk menu sarapan pagi dan seakan ala ala western. 



Pintu depan gerai, jangan kata tak nampak pulak sigboard dia.

Ini sarapan saya no satu. Semua diet ni balance untuk pembesaran saya. Terasa macam makan sarapan kat hotel 3 bintang pulak...

Hidangan utama saya, telur getar Seremban. Roti yang disapu dengan planta garlic, dibakar secukup rasa kemudian dibubuh dua telur separuh masak. Mengikut selera pelanggan, kita boleh pilih bubuh serbuk lada sulah dan kicap. Selalunya orang lelaki yang gagah perkasa makan telur separuh masak samaada dalam cawan atau alas cawan tapi untuk orang macho gagah perkasa dan cute, akan makan bersama roti garlic sebegini.  Sebenarnya telur ni tergetar lebih, tu yang terbabas babas dari roti tapi yang penting rasa dan keenakkannya telah memikat jiwa saya, saya pasti akan kembali lagi.


Harga yang berpatutan, rasa yang mengimbangi diet seharian dan roti garlicnya.....memang terangkat.



Bukan nak puji berlebihan, datang dan rasa lah sendiri, anda nilai lah ia mengikut rating anda. Saya puashati bersarapan disini. Dan rasanya....anda juga nanti.


...

No comments:

Post a Comment