Monday, May 19, 2014

Sosej Bergulung Ohsem!!!, Jalan Penghulu Cantik.

Baru-baru ni berkesempatan ke Seremban lagi bersama keluarga sempena perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan bolasepak PEROt BOLAt FC batch 83-87 dengan Tiara FC di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Kami bergerak awal ke Seremban dan kemudian singgah di Medan Selera Jalan Penghulu Cantik. Kami tuju kedai no 8 yakni D'Santai milik sahabat saya seorang rakan Op RMC. Macam biasa saya akan order set telur getar Seremban. Set menu yang kini menjadi kegemaran saya kalau singgah ke sini. Selesai makan, tauke kedai membisikkan ketelinga saya...

Tolong cuba try test set yang bakal dilancarkan dalam waktu terdekat. Saya tanya apa dia? dan dia jawab... tungguuuuuuu.....


Ini prototaip untuk saya cuba pada hari tu..."Sosej Bergulung Ohsem"... he he he.. Kalau dilihat ianya mengandungi roti paun yang disapu Garlic Butter, sosej yang digulung dengan omlette, dilimpahi french fries memenuhi roti dan pinggan. Warna gelap tu kuah black pepper homemade. Nak dapatkan gabungan rasa antara mayo dan sos cili....

 

Ini pula latest yang telah dikemaskinikan dekorasinya secara teratur, ianya belum dilancarkan tapi kalau tuan-tuan buat special request, insyallah akan dilayan. Rupa jangan dinilai tapi rasa yang perlu diperkatakan...


Seorang sahabat order telur getar D'Santai dengan roti biasa pasal roti paun dah habis awal, jadi kalau kesini, request cepat-cepat roti paun, kalau tak...tak merasalah.


Telur getar saya pulak...Oleh kerana tekak saya tekak orang kampung, saya request sambal dan ternyata bila dicicah sebegini, fuhhhh...kompom...mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan. Saya akan ratakan dulu telur separuh masak ni atas seluruh permukaan roti paun yang telah disapu dengan garlic butter dan dipanggang, walaupun dipanggan roti paun ni masih lembut, kemudian ditabur sedikit kicap dan serbuk lada sulah. Dipotong sedikit demi sedikit sambil dicicah samaada dicelup dalam sambal atau sambal diletakkan diatas kepingan yang dah dipotong kecil-kecil tadi.  Disuap perlahan-lahan kedalam mulut dan rasa ianya melalui kerongkong hinggalah kedasar perut. Masyallah....sodapnyaaaaaaa....

Bersama pemiliknya pasangan suami isteri, Op Mejar Nor Azela Nordin dan Puan Anim Musa. Peramah dan sempoi,seolah-olah bersantai di D'Santai Seremban ini...he he he...


...

No comments:

Post a Comment