Baru-baru ni berkesempatan ke Seremban lagi bersama keluarga sempena perlawanan bolasepak persahabatan antara pasukan bolasepak PEROt BOLAt FC batch 83-87 dengan Tiara FC di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Kami bergerak awal ke Seremban dan kemudian singgah di Medan Selera Jalan Penghulu Cantik. Kami tuju kedai no 8 yakni D'Santai milik sahabat saya seorang rakan Op RMC. Macam biasa saya akan order set telur getar Seremban. Set menu yang kini menjadi kegemaran saya kalau singgah ke sini. Selesai makan, tauke kedai membisikkan ketelinga saya...
Tolong cuba try test set yang bakal dilancarkan dalam waktu terdekat. Saya tanya apa dia? dan dia jawab... tungguuuuuuu.....
![]() |
Seorang sahabat order telur getar D'Santai dengan roti biasa pasal roti paun dah habis awal, jadi kalau kesini, request cepat-cepat roti paun, kalau tak...tak merasalah. |
![]() |
Bersama pemiliknya pasangan suami isteri, Op Mejar Nor Azela Nordin dan Puan Anim Musa. Peramah dan sempoi,seolah-olah bersantai di D'Santai Seremban ini...he he he... |
...