Thursday, February 27, 2014

Nasi Lemak Sopan, Roti Canai Arang

Saja dengan tajuk yang ala ala perli gitu...ha ha ha... Pagi tadi bersarapan di kedai ni, saya order nasi lemak kukus dengan sambal sotong dan ayam goreng berempah, telur goreng memang wajib ada. Kalau tengok dari angle depan, telur goreng tu menutup kesopanan nasi lemak ni tapi kalau dari belakang...terdedah woooo... Saya dah beberapa kali bersarapan di kedai ini, menu utamanya adalah nasi lemak kukus dan roti canai. Kuih muih tu ada tapi dari pemerhatian terhadap bekas yang tak seragam, saya jangka kuih kuih ni diletakkan oleh orang lain. Tak kisahlah..yang penting rasanya pun sedap sedap juga.

Soal rasa...bagi saya ianya menepati selera saya, sambalnya cair tidak pekat seperti kebiasaan, nasinya dikukus, berasnya tidak melekat dan perlukan cantuman antara nasi dan sambal bagi melekatkannya sebelum disuap ke mulut. Sambal ada beberapa jenis seperti sambal kosong, sambal kerang, sambal sotong dan ada satu lagi...saya tak ingat. Dan ayam gorengnya pula jenis ayam goreng berempah. Bayangkan makan nasi lemak pagi-pagi dengan gumpulan asap menjelma dari nasi lemak dan ayam goreng yang dikunyah panas-panas...fuhhhh....enaknya...

Selesai bab nasi lemak kukus ni, satu lagi menu utamanya adalah roti canai. Penebarnya seorang wanita, menggunakan kuali leper yang besar akan tetapi bahan bakarnya bukan gas tapi arang. Kenapa industri ikan bakar di Melaka ni menggunakan dapur arang dari dapur gas?... ada rahsianya begitu juga dikedai ni. Mereka menggunakan arang, gambar akan menyusul, apa petuanya...saya tak boleh beritahu, cuba beli roti dikedai ini dan beli juga roti canai dikedai lain, cuba buat eksperimen anda sendiri...dan anda akan tahu apa perbezaan ketaranya. Maaf, rahsia tetap rahsia..cubalah dulu ujikajinya...


Inilah dapur arangnya...besarkan...pakai kawah lagi...he he he. Paling saya tertarik, telur diletakkan didalam besen sebelum dipecahkan untuk dimasak bermakna telur ini telah dicuci dahulu. Pembersih pemilik kedai ini.

Nasi lemak kukus dari arah depan...nampak sopankan...

Belah belakang...ambik kau..terdedah woooo...ha ha ha.......


Tepi jalan utama kedai ni...memang tak boleh miss nya...


Lokasi kedai ni terletak di Balai Panjang, Malim, Melaka. Kalau kita dari arah Cheng menuju ke bandar Melaka, kedai ini terletak sebelum persimpangan Bachang/Batu Berendam dan arah Jalan Gajah Berang. Kira selepas masjid baru Balai Panjang, stesen minyak BHP, perlahankan kenderaan dan tengok sebelah kiri... Kedai ini ada parking sebelah dalam dan ada juga pengunjung parking kereta di tepi jalan utama, saya tak galakkan kerana ianya terlalu dekat dengan jalanraya utama, lebih baik parking disebelah dalam. Bukan apa, takut ada kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan atau kehilangan nyawa. Lebih baik ambik langkah berjaga-jaga. 

Saya dah mencubanya, bagi saya ianya betul-betul sedap tapi sekiranya anda kata tak sedap...errrr ado den kisah...ha ha ha...


...

1 comment: