Wednesday, February 26, 2014

Ikan Bakar Muara Sungai Duyong

Ada seorang sahabat whatapps sabtu lepas, beliau ajak pekena ikan bakar, simple aje arahan dia, datang Muara Sg Duyong dan bawa family. Apa lagi...mengelupurlah aku suruh anak isteri bersiap, notice last minit ni memang bukan kesukaan aku tapi sekali sekala...bolehlah...ha ha ha..

Sampai sampai ke kedai ikan bakar yang dimaksudkan, beliau dan keluarga dah siap menunggu dan paling best, menu makan malam pun dah siap terhidang, tinggal nak jamah aje. Macam biasa gambar akan menyusul..he he he... Kalau nak cerita soal ikan bakar kat kedai ni, memang bestlah, pilihan banyak, ruang makan pun besar, service boleh dikatakan laju jugalah dan cleaning crew dia ramai, sekali bersih meja, 1 minit dah clear. 

Kedai ni dari dulu aku suka kemari, tak kiralah dengan family sendiri ataupun dengan kawan-kawan, bagi aku harganya berpatutan dan packed macamana pun, orang tetap datang, yang tak sanggup bila kedai penuh, parking pun penuh kadang tu kena parking dekat 800 meter jauhnya...jenuh nak menapak. Bak kata orang, datang lapar balik pun lapar...ha ha ha...

Kerajaan Negeri Melaka kena bantu kedai ni sebab jalan nak masuk ke kedai ni dari jalan utama hampir 1.5 km jauhnya, tar jalannya makin teruk dan sempit selain gelap. Memang nampak macam nak menguntungkan pemilik kedai ni sahaja tapi untuk jangka panjang, limpahan ekonomi Negeri Melaka yang akan meningkat. Cuba buat macam Bintang Walk atau susur pejalan kaki sepanjang simpang masuk jalan utamanya sampailah ke Muara Sungai Duyong ni, saya gerenti tempat sebegini akan jadi salah satu tarikan pelancongan yang baru. Orang akan datang bergambar kat sini, boleh lihat deretan bot nelayan yang ada sepanjang sungai, nilai fotografinya memang tinggi, pengantin pun akan datang bergambar berlatar belakang kan pemandangan sebegini.....kena pulak time matahari tenggelam...memang marbeles...ha ha ha.... teringat kata-kata seorang sahabat.....berangan tak kena bayar...

Maaf, jauh tersimpang, terima kasih buat sahabat saya Op Husin Abd Aziz dari F Coy batch 83-87 akan keseronokan ini, terima kasih atas sokongan beliau pada batch bila sanggup beli dua payung...untuk promosi sebenarnya dan bagi yang nak mencuba ikan bakar disini, cubalah...insyallah anda takan menyesal.

Op Husin dan keluarga, tengok atas meja...banyak menu yang beliau order. Segan pulak nak makan...

Inilah hasil keseganan saya, kalau tak segan...camner lah pulak...ha ha ha...

Terima kasih sahabat.




...

No comments:

Post a Comment