Tuesday, December 25, 2012

Sup Gear Box Jalan Ujong Tanjong

Pagi tadi ketika berehat di kilang, ada seorang rakan sekerja memaklumkan ada seorang pekerja ni yang ayahnya berniaga sup gear box di Serkam. Aku cari pekerja yang dimaksudkan dan tanya lokasi kedai ayah beliau. Malam ni aku nak pergi ke kedai tersebut dan merasainya sendiri pasal aku pantang kalau dengar tempat makan yang diwar-warkan best maka den nak toraiiii lah...

Kalau dari bandar Melaka, kena memandu ke arah Medan Ikan Bakar Umbai tapi kalau nak senang, dari bandar Melaka, sila pandu ke arah Muar, selepas jumpa persimpangan lampu isyarat Paya Dalam / Medan Ikan Bakar Umbai, sila belok ke kanan, selepas 3 KM jumpa simpang 3, kanan ke Medan Selera Ikan Bakar Umbai, kiri arah Muar lama, sila belok ke kiri. Selepas memandu 4 atau 5 KM akan jumpa Sekolah Kebangsaan Pulai sebelah kanan. Hujung pagar sekolah ada 2 kedai, satu tertera Tomyam Sri Pulai dan sebelahnya tertera Perniagaan Tuah Jati. Itulah kedai yang dimaksudkan. Pagar kedai ini tertera banner menu warna merah. Mempunyai kawasan parking kenderaan yang boleh memuatkan hampir 10 buah kereta dan mempunyai dua ruang makan yang seakan-akan porch kereta.

Asalnya tapak kedai makan ini adalah tapak semaian benih lanskap dan pusat menjual pasu-pasu bunga. Maka hiasan dalaman dan settingnya memang sangat simple, tulisan menu pun biasa-biasa aje. Menu yang ada adalah seperti berikut :-

Sup Gear Box - RM6
Sup Tulang   - RM5
Sup Daging - RM4
Asam Pedas Pari atau Ikan Mayong RM3.50 ke RM4.50
Asam Pedas Daging Tetel
Mee Bandung, Nasi Ayam dan goreng-goreng.

Bagi saya harganya masih murah dan rasanya menepati selera cuma selera kita berbeza, lain orang lain rasanya, menu yang saya pilih adalah set asam pedas ikan pari - badan dan sup tulang. Sengaja tak order sup gear box, tunggu next visit kot baru try. Daging sup tulang ni lembut dan banyak, direkomenkan kalau order sup ni, sila makan dengan nasi putih, insyallah pasti bertambah nasinya dan kalau makan asam pedas, sila order sekali telur dadar, tak tahu kenapa tapi dari rasanya seolah-olah tak melengkapi kalau tak order telur dadar sekali. Set asam pedas disini tak macam asam pedas dikedai lain yang disertakan sekali samaada sayur, telur masin dan sambal belacan. Hanya nasi putih sahaja dan paling utama kalau nak makan asam pedas, kuahnya perlu dipanaskan dan kalau nak makan sup...ianya perlu dihidangkan berasap-asap cuma disini, kita tak dapat lihat semua itu. Mungkin perlu diminta atau diorder khas...he he he...

Ini set yang saya order, simple dan mengenyangkan, kalau nak tahu sedap atau tidak, datanglah try sendiri. Dari pengamatan saya pada pengunjung yang datang, rata-rata order sup gear box dan makan beramai-ramai dengan keluarga dan paling tak tahan bila melihat pengunjung lain menghirup tulang menggunakan straw...pehhhhh!!!! marveles!!!...isi sup tulang saya bukan tulang semata-mata, ada isi pada tulang, banyak juga selain ada campuran lemak sekali...pasti berdesing bila dihirup panas-panas.....rasanya kena repeat lagi minggu depan, kedai ni dibuka setiap hari mulai jam 6 petang hingga jam 1 pagi cuma kadang-kadang ianya ditutup mengikut keperluan keluarga pemilik., saya dah cuba, anda bila lagi....ahakss.


Menyelera tak???... tak????....Ado Den Kisah...ha ha ha....



...


No comments:

Post a Comment