Sebenarnya majlis khatan anak-anak aku ni lebih kepada program berkhatan beramai-ramai anjuran Parlimen Tangga Batu, kalau ikutkan hati, aku nak buat kat klinik biasa aje cepat dan ringkas tapi memandangkan orang tua suruh ikut program ni, aku akur aje, nak buat macammana, melawan berdosa. Jam 7.50 pagi kami sekeluarga dah sampai ke Klinik Kesihatan Klebang, nasib baik aku dah beli breafast untuk anak-anak sebelum datang, tengok kat banner program, ianya start jam 9 pagi dan dari YB yang akan datang merasmikannya, memang lambatlah startnya.
Ternyata tekaan ku tepat, YB datang pukul 9.30, ucapan beliau meleret-leret , habis ucapan pukul 10.30, start acara mandi beramai-ramai, apa lagi, kerja bomba lah siram anak-anak aku... Kul 11 baru habis semua program protokol dan program berkhatan pun bermula, paling tak best ada 140 penyertaan anak-anak dari Parlimen Tangga Batu dan Tok Mudim hanya dua orang sahaja, setiap anak-anak yang dikhatankan mengambil antara 20 ke 25 minit seorang. Bayangkan no giliran anak-anak aku adalah no 44 dan no 45, no 1 start pukul 11.10. Agak-agaknya pukul berapa nak sudah.....
Aiman start berkhatan jam 4 dan selesai jam 4.15 petang manakala Ikhwan start 4.20 dan selesai jam 4.45 petang, sampai rumah jam 5.25 petang, letihnya tak boleh cakap, dahlah semalamnya aku kerja 24 jam standby bakar tangki, belum dapat tidur sepanjang hari, dekat pukul 6.30 petang aku sound wife, aku dah tak boleh tahan, mata dah mengantuk gila, aku naik bilik mandi-mandi terus lelap, pukul berapa mak mertua, mak aku, dan adik ipar balik pun aku tak sedar, aku sedar semula jam 3 pagi, turun ke bawah tengok anak-anak tidur kat hall bawah aje.....sedih ada, bangga pun ada...anak-anak aku dah dewasa...uhuks uhuks..
|
Muhammad Syamil Ikhwan - 7 tahun |
|
Muhammad Syukur Aiman - 9 tahun |
|
Tengah q untuk pendaftaran, nasib baik antara yang terawal, kalau tak...kul 8 malam pun tak selesai-selesai... |
|
Ngam-ngam salin baju free, bomba pun sampai...belum boleh mandi lagi, YB tak sampai lagi... |
|
Bersama babah dengan pakcik Jamal, kawan babah |
|
Syafiq dari rumah tak abis-abis menyakat adik-adik dia, tengoklah aksi gunting tu.... |
|
Beratur lagi, kali ini beratur ambik duit semangat dari YB, dapatlah sorang rm10... |
|
Mandi timeeeeeeee........!!!! |
|
Dah mandi, apa lagi, salin baju tradisi berkhatanlah...kain pelikat dan t-shirt...... |
|
Ikhwan sedang merenung saat-saat menghampiri alam kedewasaannya...masa ni semua anak-anak aku kawal ketat, buat depa lari keluar pagar, tak larat aku nak kejar...ha ha ha... |
|
Ni gambar Ikhwan sedang bersunat, tak boleh post banyak-banyak, rahsia kerajaan.... |
|
Dah selesai, adik steady, nurse pun cakap macam tu, Aiman aje kecoh, mau lari anak orang lain dengar jeritan dia...ha ha ha...malu aku weiiii..... |
|
Aiman khatan dulu baru Ikhwan, tengah tunggu Ikhwan selesai... |
|
Mak mertua tengah betulkan kain pelikat Aiman, nenek mesti sayang cucunya.... |
|
Wajah dewasanya anak-anak aku.... |
|
Gantung kain sorang-sorang dulu...ngilu... |
|
Dah selesai dan alhamdulilah selamat semuanya, nak gerak balik ...
|
|
Selamat sampai rumah, dalam perjalanan dua-dua mengerang sakit, jalan terhentak-hentak, maknanya ubat bius dah habis dan sakitnya mula timbul...macammanalah tidur malam nanti... |
|
Hari kedua, dah boleh main PS2 pinjam dari Abang Shahir maka oklah tu lepas ni, harap-harap diaorang cepat sembuh...Amin...
... |
No comments:
Post a Comment