Wednesday, September 5, 2012

Raya 2012 - Koris, Batu Pahat, Johor

Penat juga beraya tahun ni, walaupun dapat bercuti dari tugas hakiki namun ianya masih lagi percutian yang memenatkan jiwa dan minda, macam-macam benda yang berlaku, ini baru nak bercuti raya belum lagi memilih menantu, havoc dan kelam kabut. Lupakanlah, benda dah berlalu, dah jadi sejarah dan insyallah tahun depan, tahulah den nak atasinya awal-awal. 

Hari raya pertama, aku dan keluarga termasuk mak mertua beraya di Koris, Batu Pahat, Johor, tradisinya selepas sembahyang raya, ziarah kubur arwah Tok sebelah mak mertua, Tok Encik, yakni nenek masih ada, dah berusia 86 tahun, masih kuat juga cuma jalan dah terbongkok dan kudrat tak sekuat mana, perlu dipimpin kalau berjalan jauh. Lepas ziarah kubur, bertahlil dirumah induk dan kemudian barulah bersalam raya, tradisi disini yang aku kira diadakan setiap tahun semenjak aku mula menyertai keluarga wife aku, adalah dapat ambik gambar yang boleh dijadikan kenang-kenangan dan selepas ini tak tahu lah kalau-kalau ianya boleh berulang lagi.

Tak semua pak sedara wife yang dapat berkumpul dipagi raya kali ini, ada yang tak sihat maka mereka tak pulang berkumpul termasuklah anak-anak mereka, mungkin tahun depan kot tapi tahun depan, aku dan wife beraya dibelah aku pula...tak dapek den nolong lah...


Senyum menunggu giliran untuk salam raya...

Mohd mulakan dulu, dah macam bangla adik ipar aku yang sorang ni, baju melayu pun takde nak pakai...

Dah berjurai airmata dah, tadi senyum sakan....

Wife den dengan ibu mertua den...gebeh dah....habis tisu sekotak ni....

Anak-anak den pulak...

Sebelah kiri sekali, Tok Encik nenek sebelah mak mertua den, Puan Raja Diwi memerangkap mak mertua den dan sebelah kanan sekali adalah Mak Itam, pengantin baru yang dah lama...he he he...

Tok Encik dan anak-anak beliau, pak sedara dan mak sedara belah wife, kurang 2 pak sedara yang tak dapat hadir tahun ini.

Pak sedara dan mak sedara bersama pasangan masing-masing...

Keluarga Pak Ngah.

Keluarga Pn Raja Diwi.

Oleh sebab blog den dan juga den penganjur masa acara sambutan raya ni maka adalah pose istimewa dari kami sekeluarga...ha ha ha...jangan jeles....ahakss

Keluarga Mak Itam.

Keluarga Bonda Ramlah.

Keluarga Ayah Ali.

Keluarga Mak Ndek.

Keluarga Pak Busu.

Pertama kali aku berjaya mengumpulkan ahli keluarga arwah Raja Sulong untuk sesi bergambar beramai-ramai sebegini, tak tahu bila lagi kesempatan sebegini akan hadir lagi...

Posing trade mark aku...he he he...diaorang kena ikut...lepas ni kita try gangnam style pulak....




Sehingga berjumpa lagi ditahun hadapan, insyallah, dari seluruh keluarga arwah Raja Sulong, Koris, Batu Pahat, Johor Darul Takzim....Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin....BYEeeeeeeeeeeee...




....



No comments:

Post a Comment