Kalau di utara terkenal dengan nasi kandar, Ipoh dengan nasi ganja dan Melaka dengan asam pedasnya, ada juga satu lagi menu istimewa di Melaka ni dan namanya adalah nasi gunting. Pertama kali makan nasi ini ketika aku di sekolah rendah, masa tu suka ikut arwah atuk atau nenek ke pasar Melaka yang ketika itu terletak di kampung jawa. Apabila dibangunkan kawasan kampung jawa tu, pasar Melaka dipindahkan ke pusat bandar yakni dijalan Tun Ali kemudian sekali lagi kawasan pasar ini dipindahkan berhadapan Melaka Central di Peringgit.
Keistimewaan nasi gunting ni ianya seakan-akan macam nasi kandar, nasi dibanjirkan dengan kuah , daging dan perut lembu digunting-gunting kecil dan dibubuh telur masin, timun dan cili hijau, dijual dari pagi sampai jam 11 pagi sahaja dan kalau hujung minggu, silap-silap jam 9.30 pagi lagi dah habis. Kedai ini terletak dalam pasar besar Melaka berkedudukan ditingkat 2, paling senang naik escalator dan toleh ke kanan, insyallah anda akan nampak papantanda kedai ini.
Sekali lagi kalau orang kata tak best, tak dapek den nak nolong, citarasa masing-masing berbeza dan paling utama Ado Den Kisah...ha ha ha...
Sorry!! no kedai tak masuk frame, kedai ni no 38. |
Dan hasilnya.....ha ha ha.... 2 pinggan nasi gunting dan 2 gelas air...kenyang beb.... .... |
Akan ku terjah suatu masa nanti
ReplyDelete