Pertama kali diperkenalkan dengan Restoran ini serta hidangan yang disediakan telah membuat saya rasa terpegun, setelah puas melihat posting kawan-kawan melalui forum ria family salah satu website pemilik mpv nazaria, baru kali inilah saya berpeluang mengunjunginya itupun dibawa oleh sahabat-sahabat dalam riafamily zon Johor. Kalau nak pergi sendiri rasanya sampai sekarang tak sampai-sampai. Johor bukanlah Negeri yang mudah dilawati, ianya berbeza dengan Negeri Sembilan ataupun Melaka. Di Johor, kita perlu cekap dan pantas ketika memandu selain peka dengan persimpangan-persimpangannya , kalau dibandar besar seperti Kuala Lumpur pun saya masih berani memandu, sebab kalau tersesat, u-turnnya tidak susah tapi kalau di Johor, salah jalan sahaja kalau nak u-turn balik, silap-silap boleh masuk ke sempadan Singapura...ahakss
Keistimewaan hidangan disini adalah makanan lautnya seperti udang boleh dipanggang ataupun direbus, kuah rebusnya pula ada 2 perasa. Satu perasa biasa dan satu lagi perasa tomyam. Dan kalau anda pengemar tegar udang atau kategori "hard core", saya pasti anda tetap akan tertewas disini. Anda boleh mengambil seberapa banyak udang sekali pun untuk dimakan tetapi mestilah dihabiskan, kalau tidak, anda akan dikenakan caj tambahan. Selain udang turut disediakan daging, ayam, ketam, kupang, lala, sotong, cendawan berbagai jenis serta pelbagai lagi pilihan bak kata orang terlalu banyak menu yang disediakan sampai anda tak tahu nak pilih yang mana satu dulu untuk dimakan. Dapur masakannya saya panggil dapur 2 in 1, boleh digunakan untuk merebus juga untuk memanggang. Kedudukan restoran ini serta tempat meletakkan kenderaannya juga agak sesuai untuk dikunjungi ramai. Datang sekeluarga atau datang beribu keluarga sekali pun, anda pasti pulang kekenyangan.
|
Inilah kedainya, area Tebrau City rasanya. |
|
Bersama Tuan Salim aka Tuan Police aka Tuan KGB aka Tuan Sarjan (tetap orang yang sama) dari geng RF...ahakss |
|
Tuan Police bersama keluarga beliau yang sangat-sangat baik hati, pemurah dan begitu peramah. |
|
Tuan Din penghulu Rf Johor dan keluarga. |
|
Berikan tumpuan pada hidangan atas meja, kejap lagi habis lah tu... |
|
Danh kenyang gila tapi Tuan Police kasi gasak suruh tambah kalau tak dia kasi gari tengkuk kat stereng..ha ha ha.. |
|
Inilah dapur ajaibnya. |
|
Syima cakap nak datang lagi, den pun..ahakss |
|
Kalau sesiapa mai Johor tak maklumkan kat Tuan Police, alamatnya nazaria tunjuk langit lah...ha ha ha... |
Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata. Restoran ini wajar dikunjungi bersama keluarga kalau tuan-tuan ke Negeri Johor. Nikmatilah kesedapan hidangannya sepuas-puas yang boleh dan kalau anda bernasib baik, anda akan bakal menemui menu istimewa iaitu "Udang Lompat" disini, tak percaya??? ...... Ado Den Kisah!!!....ahakss.
...
No comments:
Post a Comment