Wednesday, December 8, 2010

Restoran Anjung Merah 2, USJ3A, Subang Jaya.

Ada seorang sahabat mempunyai rangkaian kedai makan beliau yang dikenali dengan nama Anjung Merah. Kami sama-sama menuntut di MTD dari tahun 1983 hinggalah ke tahun 1987. Beliau menceburi bidang ni selepas mencuba beberapa bidang teras perniagaan yang lain. Ternyata rezeki beliau adalah dalam bidang perniagaan makanan. Dah banyak kali saya mencuba hidangan di kedai ini dan ianya juga pernah dipaparkan dalam kaca TV seperti Warung Kita dan Trek Selebriti saluran Astro. Sekiranya tuan-tuan ingin mencuba serta mengetahui lebih lanjut kedudukan Restoran Anjung Merah ini, sila layari blog pemilik restoran ini di Anjungmerah2.blogspot.com

Dengan menu yang pelbagai sewaktu makan tengahari dan ALa Carte diwaktu malam, anda pasti berpuashati. Menu utama saya setiap kali berpeluang berkunjung ke mari, sudah semestinya lauk daging gulai kawah, ayam kampung goreng, siput sedut dan ikan pari bakar. Ditambah pula dengan ulam-ulaman, sambal tempoyak dan kuah asam ikan bakar, semuanya resepi khas turun temurun keluarga beserta masakan air tangan orang Teluk Intan sendiri, serasanya mak mertua lalu kat belakang pun kita tak perasan...ahakss

Air kelapa gelas besar dan air suam sudah semestinya menjadi minuman utama saya. Walaupun tinggal di Melaka, bila berkesempatan ke Kuala Lumpur atas urusan kerja atau peribadi, saya akan pastikan Restoran ini diselitkan didalam jadual kunjungan, sesuatu yang tidak akan saya lepaskan bila berkesempatan. Dibuka setiap hari isnin hingga sabtu, dari pagi hingga lewat malam, yang pastinya anda punyai pelbagai pilihan menu, kalau sedap, maklumkanlah pada sekalian kengkawan dan kalau tak sedap, maklumkan kembali kat taukeh dia, insyallah anda tetap akan bayar macam biasa.


Senyum kekenyangan ni.

Mai secawan..errrr semug...errr segelas....bedal ajelah.

Licinnnnnn....

Aku pun ada kawan artis termasuklah Anuar Zain..ahakss

Krew Warung Kita tengah buat shooting.

Faroq "Warung Kita"

Kadang-kadang kata-kata itu lebih indah dari yang nyata, bagi mengelakkan sebarang prasangka, bak kata orang tua-tua, belum cuba belum tahu, kalau dah dicuba, tafsirkanlah sendiri...


...

No comments:

Post a Comment