Friday, December 17, 2010

Ikan Bakar, Melaka

Rasanya sebagai orang Melaka, bila ditanya oleh rakan-rakan atau sahabat dari luar tentang kedai Ikan Bakar yang terbaek dan terBEST di Melaka, aku akan menjawab semuanya sekali tapi dari segi harga, dekorasi kedai dan kualiti layanan, agak payah sikit nak jawab. Dilahirkan di Paya Rumput,Sg Udang, Melaka,  semasa kecil menetap di Kem Lok kawi, Sabah kemudian melanjutkan pengajian awal di Sek Ren Keb Jalan Padang Tembak 1, Mindef dan kemudian tamat latihan Di Maktab Tentera DiRaja, Kem Sg Besi, Kuala Lumpur menjadikan aku orang asing dibumi Melaka itu sendiri. Aku lebih familiar dengan Key Ell dari Bandar Hilir, lagi hafiz Central Market dari Melaka Sentral dan tak lupa arif berkaitan pengunjung Padang Kelab Selangor aka Dataran Merdeka dari Padang Pahlawan sendiri.

Siang tadi seorang kenalan dari CG forum menghantar sms bertanyakan nombor telefon kedai Ikan Bakar di Alai dan juga di Serkam Pantai. Beliau nak buat kunjungan ke kedai tersebut dalam minggu hadapan. Aku tak berupaya nak membekalkan no telefon tersebut kerana aku sendiri jarang makan ikan bakar kat luar kerana isteri ku pandai buat kuah cicahnya sendiri. Kami sekeluarga kadang-kadang mencampurkan menu ikan bakar dan bbq bila buat makan-makan. Anak-anak tak gemar sangat ikan maka kami tambah daging, ayam, ataupun sosej. Bukan berkira soal berbelanja  bila makan diluar tapi dek kerana isteriku mahir beli ikan dan aku mahir bakar ikan maka kami biasa D.I.Y sendirilah, save dan kenyang...ahakss

Untuk tidak menghampakan kenalan tersebut maka disini aku turunkan gambar kedai ikan bakar yang aku rasa ok lah kalau hendak dikunjungi berserta no telefon pemiliknya. Sekiranya ingin menjamu selera disini dalam bilangan yang ramai, eloklah buat tempahan terlebih dahulu, kena pulak time-time cuti sekolah begini, mesti ramai orang. Maaf kalau informasinya tidak lengkap atau tidak tepat, saya dah cuba yang sebaik boleh kerana informasi ini dikutip dalam satu hari malah dalam 2 jam aje, kalau saya ada masa 2 tahun, siap video saya sediakan..ha ha ha...  


Restoran Ikan Bakar Muara Anjong Batu. Hp 012-6115399 atau Kedai 06-2617570

Belakangnya laut dan ada dewan besar sekiranya pengunjung datang 3 bas rombongan.

Restoran ikan bakar muara anjung batu terletak berdekatan dengan jeti anjung batu. Lokasinya benar-benar berhampiran laut. Ianya juga mampu menampung ramai pengunjung. Tiada kedai lain berdekatan atau seperti gerai medan selera yang punyai banyak gerai. Selesa untuk rombongan yang besar ataupun keluarga yang mahukan privacy. Tempat letak kereta agak terhad.


Perkampungan Medan Ikan Bakar Terapung, Umbai. Hotline 012-2811211


Disini juga ada jambatan gantung dan menara tinjau arah laut untuk pengunjung bersiar-siar sebelum makan.

 Perkampungan Ikan Bakar Terapung ni mempunyai beberapa kedai yang ditempatkan dalam bangunan 2 tingkat, banyak pilihan kedai/gerai ikan bakar. Mempunyai tempat letak kenderaan yang banyak dan luas. Tak pasti tentang harga ataupun kedai yang sedap.



Medan Ikan Bakar Pernu - Umbai (Medan selera)

Tempat letak kereta disini ada pondok kutipan, maknanya  kena bayarlah, kedainya macam medan selera, memang medan selera pun, tak perlu buat tempahan cuma tak tahu kedai mana nak pilih, paling banyak kedai ikan bakar ditempatkan disini kerana ikan bakar diMelaka berasal usul disini semenjak dulu lagi. Kalau memandu kedalam sedikit, dihujungnya terdapat sebuah lagi kedai ikan bakar, Parameswara namanya.



Ikan Bakar Parameswara. Hp 012-3152301 atau Kedai 06-2865468.

Medan Ikan Bakar Alai - Gerai MBMBB. Gerai No 1 Ala Kassim. Hp 012-6119161.

Lokasinya terletak dalam kawasan perumahan, mempunyai beberapa gerai sederet. Dari maklumat kawan-kawan sekerja, harga ikan bakar disini lebih murah dari ditempat-tempat lain, berapa atau kenapa murah saya tak pasti. Kalau nak mencuba pastikan pilih kedai yang bersih, bukan apa takut sedap yang kita cari, sakit yang kita dapat. Parkingnya bertar dan percuma.


Medan Ikan Bakar Sg Punggor. Deli Mutiara. Hp 017-2556650

Medan ikan bakar sg punggor ini sebenarnya terletak bersebelahan aje dengan gerai MBMBB Ikan Bakar Alai cuma jalan masuk nya sahaja berbeza. Ianya juga bersebelahan dengan kedai ikan bakar seri mutiara alai. Soal rasa saya tidak pasti juga kerana belum pernah mencuba kesemua kedai ikan bakar disini. Parkingnya diatas tanah biasa.


Seri Muara Alai, Hj Nasir Ikan Bakar. Hp 016-6331373 atau Kedai 06-2634612.

Ada satu lagi kedai ikan bakar yang dipanggil Muara Sg Duyong. Saya selalu kesana, servisnya pantas, harga bolehlah dan masalahnya ia agak jauh kedalam sedikit tapi memang ramai pengunjung, kadangkala nak parking pun mahu sampai 15 minit menunggu ruang parking kosong. Tak sempat nak ambik gambarnya pasal nak cepat dan hari ni asyik hujan aje sepanjang hari. Kalau nak cari kedai ikan bakar di Melaka ni tak susah kerana ada banyak papantanda penunjuk ke arah medan ikan bakar hampir disemua tempat. Yang susahnya nak pilih yang mana satu kena dengan tekak kita. Selamat mencuba...ahakss.


...

2 comments: