Monday, December 20, 2010

Daging Tulang Merah, Johor Bahru

Ketika mengadakan Cuti-cuti Malaysia menjelajahi Negeri Johor pada 20 Mac 2010 yang lalu, kami sekeluarga berkesempatan merasa masakan istimewa yang terdapat di Negeri Johor antaranya udang lompat Seafood Rawa, daging tulang merah Bandar Baru Uda dan Siakap 3 Rasa Kg Pasir. Sebenarnya kunjungan ini adalah yang pertama aku lakukan sepenuhnya ke Negeri Johor kerana sebelum ini aku hanya singgah dibeberapa tempat sahaja seperti Pasir Gudang dan Pontian, itupun atas urusan kerja.

Kami menginap di Hotel Dorsett, Pasir Gudang. Waktu tu kami nak habiskan voucher penginapan yang syima dapat ketika join satu kelab percutian ala discount club, tempoh dia pun dah nak habis maka kami gunakannya cepat-cepat sebelum melepas. Tak banyak tempat-tempat menarik yang kami dapat pergi kerana aku selitkan sekali kunjungan kerumah sahabat-sahabat lama ketika di MTD antaranya rumah Op Man Burger C coy, di Taman Ungku Aminah dan Op Bob B coy, jumpa beliau pun di Danga Bay, beliau sibuk berlatih cycling dengan anak-anak beliau. Op Chot E coy ketika itu tak dapat nak ditemui kerana terlalu sibuk bekerja. Dan Op Helmi D coy lak sms maklumkan beliau perlu balik kampong segera.

Kami sempat melawat Dataran MBJB, Danga Bay, CIQ JB, Stulang Laut dan juga Istana Bukit Serene walau bagaimanapun tak berkesempatan untuk menemui Tengku Majid kerana beliau sibuk berurusan di Singapura padahal aku dah buat temujanji dengan dia seminggu awal, mungkin belum ada rezeki untuk aku berjumpa dengan dia dan dia lak rugi besar sebab tak dapat jumpa aku…ha ha ha…..ahakss

Aku diperkenalkan dengan makanan daging tulang merah ini oleh seorang kenalan dari Ria Family, sebuah kelab pemilik MPV Nazaria. Beliau merupakan salah seorang bos di Kilang Minyak Sawit milik Felda di Pasir Gudang. Nama beliau adalah En Salim tapi kalau dalam forum RF aka beliau adalah POLICE aka SARJAN aka KGB. Pilihlah mana-mana nama nak dipanggil pastinya aku panggil beliau Tuan Police aje. Ketika dibawa ke restoran ini beliau turut mengajak Penghulu RF Johor iaitu Tuan Dalyanum aka Din untuk menemani kami. Kami sekeluarga diraikan sebegitu rupa hingga aku segan kalau makan tak tambah-tambah.

Yang enaknya makanan ini rasanya memang macam stew, tulang yang punyai banyak daging selain berwarna merah dan kalau makan dicicah dengan roti nan, memang marvelous dan terangkat. Aku segan nak cakap berapa pinggan aku makan tapi lebih dari 1 lah..ha ha ha… Kedai dia sama macam kedai makan 24 jam yang ada kat PJ, Kepong ataupun Somban ala macam kodai mamaklah senang cerita. Daging tulang merah ni kira main menu atau menu istimewa dia. Sedap memang sedap, insyallah kalau aku berpeluang kesana lagi, menu ini akan aku cuba lagi. Lokasinya terletak di Bandar Baru Uda, nama kedai aku tak ingat dan kalau disuruh tunjukkan jalan memang aku tak akan ingat. Mana taknya sepanjang masa di guide oleh Tuan Police tadi, aku follow ajelah..ahakss

Kata orang jauh perjalanan luas pemandangan begitu juga kalau banyak kawan, hidup pun tenang. Terima kasih tak terhingga pada En Salim yang telah sudi jadi guide dan juga banjer aku sepanjang masa begitu juga buat CP (call sign isteri dalam rf) beliau yang baik dan ramah serta anak-anak beliau yang ngam dengan anak-anak aku, tak lupa juga pada Tuan Penghulu RF Johor, Tuan Dalyanum sekeluarga yang sudi entertain kami 2 hari berturut-turut, sesungguhnya jasa baik tuan-tuan berdua tak mampu saya membalasnya. Semuga persaudaraan kita tidak terhenti disini. Bagi penggemar makanan, cubalah menikmati hidangan ini, insyallah anda tidak akan kerugian…..  


L-R : Aku, Tuan Police dan Tuan Dalyanum (Penghulu Rf Johor)

Keluarga kami

Daging tulang merah.....simple and sodap.

Syima makan..

Aku pun makan...dan makan...dan makan lagi...ha ha ha....sodap baiiiiiii...ahakss



...

No comments:

Post a Comment