Tuesday, October 8, 2019

NASI LEMAK FACTORY - Konsep Food Truck

Dah lama juga tak menulis, kali ni kena juga mengarang sebab nak memperkenalkan perniagaan adik sendiri..he he he. Adik bongsu saya ni baru balik dari kerja perhotelan di Dubai, baru tak baru jugaklah, kira2 dalam 6 bulan, dia tak nak terikat dengan kerja pejabat jadi dia mulakan bisnes food truck dengan menu utamanya adalah nasi lemak. Kenapa dia pilih tema Nasi Lemak Factory?? itu kena tanya dia sendiri.

Nama dia Azizi tapi kami sekeluarga panggil dengan nama Jijinai, rupa dia bukan macam muka jepun yea, tu nama timangan aje...dah berumahtangga dengan Pn Shida, orang JB, kami orang Melaka, mungkin dia jumpa kat RnR kot...ha ha ha  Dah ada anak pun, sekarang mereka meniaga nasi lemak kat Tapak Urban Dining Street berhampiran KLCC, sebelah Hotel Corus Jln ampang macam tu. Meniaga setiap hari Rabu sehinggalah hari Ahad kat situ, selebihnya beliau berniaga COD dekat2 aje.

Kat Tapak ni, waktu meniaga dari pukul 6 petang sampai 1 pagi, kat kl ni, tempat makan memang happening, macam2 menu aje dan malam perasmian beliau meniaga tu, kami adik beradik turun ramai2 termasuk mak dan abah yg datang dari Melaka. Kira support adik beradik, kalau bukan kita, siapa lagi??/Sekali dengan sambut birthday adik yg no 4 bawah saya, kecoh jugalah time tu, nasib baik tak kena halau...ha ha ha..




Ni food truck beliau, warna hitam, ada bunting tulis Nasi Lemak Factory, menu memang pelbagai macam nasi lemak antarabangsa lah mcm tu, try nasi lemak sotong crispy dia..memang power




Saya order nasi lemak paru dan ayam goreng...




Anak buah den, sempat lagi nak menyelit...



Suami isteri sedang beraksi, hari pertama, malam pertama...... berniaga...dah macam bersilat...ha ha ha



Keluarga kami yang turun support beliau...

Cubalah try nasi lemak beliau, terutama sambal kosongnya, memang best, menu yang lain2 tu banyak jugak cuma kena datang singgahlah. Belum cuba belum tahu, dah cuba..tertungu tunggu...


...

No comments:

Post a Comment