Baru2 ni berkesempatan ke KL untuk urusan beli barang2 sukan Sportivo Sbn 2 dan kebetulan seorang sahabat mempelawa untuk join beliau makan tengahari. Bila tanya lokasi, beliau maklumkan di Kampung Pandan, sebab masa pun banyak lagi..den join lah.
Kedai kari kepala ikan kg pandan ni tak perlu diperkenalkanlah kot..ramai dah tahu. Boleh check kat waze atau google. Bagi saya..rasa dia sedaplah nak2 org belanja..ha ha ha.. |
Dan paling best, lepas makan ada sembang2 teh tarik dan kebetulan sahabat saya, mantan komandan MTD pun ada..apa lagi..mengetehlah kami puas2. |
Kedai kari kepala ikan ni banyak di KL..bersepah, cuma soal rasa..terpulang pada tekak masing2, satu lagi soal harga, kena bawa banyak duit kalau makan kedai2 sebegini. Bagi saya, sekali sekala bolehlah tapi kalau selalu...parah poket.
Lepas ni nak try nasi kandar Line Clear Kg Bru lak..tah apa rasanya pulak lepas ni. Jom kita try ramai2...ahakss
...
No comments:
Post a Comment