Baru-baru ni, saya berkenalan dengan Abang Ramli, beliau merupakan orang kuat belakang tadbir dalam pelbagai bidang kat Malaysia ni, antaranya dalam bidang pemasaran perniagaan, alat muzik pentas dan macam-macam lah lagi. Lama juga kami berbual dan satu topik yang saya tertarik adalah tentang makanan, beliau mencadangkan saya mencuba briani JDT di Taman Seri Duyong, saya tanya apa nama kedai, dia bagikan lokasi, maka saya meneruskan pencarian saya sendiri...
Ini kambing, potongan dia agak besar dan tebal juga, rasanya dia memang terangkat, pakal daging dia lembut, kalau tulang dia lembut, mahu dengan tulang tulang saya telan.... |
Portion nasi untuk seorang makan. |
Adi ni saya dengar anak muda yang berwawasan, pagi masak lauk, tengahari meniaga nasi briani , petang buat part time kontraktor dan malam kerja meniaga bundle. Beliau lebih suka bekerja dan cari duit dari buat tak tentu hala, saya dengar pun seronok, ternyata beliau tak suka membazirkan masa. Katering yang dijalankan kadang-kadang sampai luar dari negeri Melaka. Dan sempena ramadhan yang akan datang ni, beliau akan mula meniaga disini juga mulai jam 3.30 petang setiap hari. Semuga bisness beliau success, dipermudahkan sentiasa dan insyallah, saya pasti akan kembali lagi kesini.
...
No comments:
Post a Comment