Saturday, May 2, 2015

Bekam & Resdung - Al Yakin Shifa Ul Ikhlas, Bukit Rambai.

Sebelum ni, wife selalu ajak try berbekam, saya tak berani, walaupun bertubuh sado namun dihati kecil ku masih ada ketakutan. Terbayang-bayangkan pisau karat, rasa pedih dibelakang badan dan pelbagai lagi. Saya dah beberapa kali temankan kawan2 berbekam, dah tengok macam2 prosedur, ada yang bekam di KL, ada di Negeri Sembilan dan ada juga di Melaka. Entah macamana baru-baru ni wife ajak, saya boleh termakan pujukannya.. mungkin sayangkan wife dan tak nak dia kehampaan, saya turuti, bila kata dia sponsor, lagi lajulah saya turuti...ki ki ki


Selalu saya tengok, pesakit dikehendaki meniarap tapi disini, ianya dilakukan dengan cara berbaring. Mula2 dibekam angin dulu pada saraf utama kita dan bagi yang kali pertama seperti saya, adalah lebih baik bahagian kepala juga dibuat sekali. Kalau tak buat, kesannya tak menangkap....



Banyak wap pada cawan yg digunakan, darah kotor yang keluar juga agak pekat, sebiji macam kuah asam pedas yang dibekukan....ki ki ki. Menurut En Lokman, pengamal Bekam ini, badan saya banyak toksik maka memerlukan rawatan yang kerap. 



Kesan selepas berbekam, saya selalu beranggapan ianya akan pedih tapi tidak sebenarnya. Selepas dibekam, En Lokman akan menyapu krim antiseptik bagi mengelakkan jangkitan kuman. Cawan yang digunakan juga disteril selepas digunakan.

Di Pusat Rawatan Bekam dan Resdung Al Yakin Shifa Ul Ikhlas Bukit Rambai ini juga turut menyediakan bekam untuk wanita, yang dikendalikan oleh isteri En Lokman sendiri iaitu Pn Siti Aisyah. Dibuat didalam bilik berasingan dan tidak terlalu terdedah, membolehkan kita berasa selamat dan yakin untuk berbekam. Harga yang dikenakan juga bagi saya amat sesuai dan berpatutan. Cubalah sendiri untuk merasai kelainannya....


...

1 comment:

  1. saya pernah berbekam tapi suami yang tolong buatkan, saya rasa suami salah teknik belakang badan sy mmg pedih ya amat. hihihi

    ReplyDelete