Friday, March 7, 2014

Nasi Lemak Ekonomi - Duyong

Lama dah kawan aku cakap ada stall nasi lemak yang dijual secara bungkus di Duyong, ianya digelar nasi lemak ekonomi, takde dine in pasal ruang terhad dan lagi hanya nasi lemak sahaja yang dijual dengan sambal kosong, kalau nak sambal pelbagai seperti sotong atau kerang, kena beli kat kedai lain. Berkesempatan membuat tinjauan masa sendiri maka inilah hasilnya...



Tepi jalan utama dan stall yang simple aje...

Beroperasi dari sebuah stall yang simple dengan lokasi yang strategik iaitu di tepi jalan utama yakni Jalan Permatang Duyong atau lebih senang ianya hampir dengan persimpangan lampu isyarat Taman Desa Duyong. Stall milik Puan Maznah ini telah beroperasi sejak 19 tahun yang lepas dengan masa perniagaan bermula seawal jam 5 pagi sehinggalah jam 10 pagi, itupun bergantung pada pelanggan, kalau musim cuti sekolah, jam 8 pagi pun kadang-kadang dah habis. Stall ini ditutup setiap hari isnin.


Dibantu oleh seorang anak buah dan dua orang jiran terdekat, kerja-kerja membungkus nasi lemak menjadi cepat tapi kadang-kadang tak menang tangan juga...

Stall ini juga menerima tempahan katering tapi hanya untuk nasi lemak biasa sahaja, ianya akan disediakan didalam flask besar dan bukan dalam bungkusan. Jika berminat, bolehlah menghubungi beliau di talian 06-2686829. Tiada handphone, beliau tidak mengemarinya. Nasi lemak ekonomi ini dijual dengan harga RM1 sahaja meliputi nasi lemak, timun dan sambal kosong. Sekiranya hendak ditambah nasi, sambal lebih atau pun telur rebus samaada separuh atau sebiji , sudah tentu kena tambah sedikit namun bagi saya masih ekonomi. Bayangkan saya tambah nasi, sambal dan telur rebus sebiji harganya hanya rm1.70. Kalau kat kedai luar...tak dapek doh...


Sehari hampir 600 bungkusan boleh dijual....tidak termasuk dengan sebarang tempahan sekiranya ada, yang itu tidak dicampur dengan jualan harian...

Hampir 600 bungkusan dijual sehari ...siapalah saya hendak menilai rasa dan kesedapannya kalau sudah sebanyak itu jualan hariannya. Ramai kakitangan memudahkan urusan pembungkusan dan jualannya, ketika disana saya lihat ada pelanggan yang beli secara pukal, 10 bungkus, 20 bungkus dan ada tu 40 bungkus sekali, bila ditanya untuk siapa, dia menjawab kawan sepejabat kirim. Tidak melepaskan peluang, saya juga turut membeli sebungkus....he he he..



Ni lah nasi lemak ekonomi...bukan nasi lemak telanjang yea...ha ha ha...



...

3 comments:

  1. Murah lagi. Kat KL kalau yang kosong jer pun, dah harga 2.00. Tapi kalau kat Melaka, saya tetap suka menempel kat Ujung Pasir. Makan nasi lemak dengan ketupat daun kelapa. Mee rebus pun wajib.

    ReplyDelete
  2. sambal ikan bilis ke?

    ReplyDelete
  3. errrr tak baca post saya betul2 kan...he he he...sambal kosong aje.

    ReplyDelete