Tuesday, November 12, 2013

Asam Pedas Telur Ikan

Saya jarang makan asam pedas menu lain kerana kegemaran saya adalah daging tetel ataupun ikan pari - badan. Baru-baru ini ada seorang sahabat dari Kuala Lumpur datang menjengah dan kesempatan ini, saya bawa beliau mencuba asam pedas telur ikan. Saya bawa beliau ke Taman Kota Laksamana dan kali ini kedai yang saya tuju adalah Man Asam Pedas. Terletak di Seksyen dua sederet dengan blok perniagaan baru dan kalau ke Taman Kota Laksamana, bila berhenti dipersimpangan lampu isyarat utama taman tersebut, kita dah boleh melihat papantanda kedai tersebut.

Menu yang kami order hanyalah set asam pedas telur ikan setiap seorang, selalunya saya akan order set tambahan tapi kali ini mungkin tengah diet, satu set dah memadai bagi saya. Set asam pedas ni memang standardlah yang mana ianya mengandungi sepinggan nasi putih yang diletak sedikit sayur, sambal belacan, telur masin dan keropok. Ada kedai yang meletakkan ikan masin ataupun keropok ikan, terpulanglah pada pemiliknyakan.... Dan course utamanya adalah asam pedas telur ikan. Telur ikan ni pelbagai tapi saya lupa nak tanya pada malam tu, telur ikan jenis apa yang dihidangkan. Nak bercerita panjang....payah...maka inilah hasilnya.....



Set standard asam pedas yang didatangi dengan nasi putih sebegini...

Telur ikan yang dimaksudkan...

Segerombolam telur ikan...he he he...

Baru-baru ni saya menerima komen mengenai harga makanan yang agak mahal di Melaka ni, saya memang bersetuju yang kadang-kadang harga makanan yang dikenakan pemilik restoran atau kedai di Melaka ni.....bukan semua......kadang-kadang agak melampau, yang terbaik patut kita lakukan adalah menanyakan harganya dahulu sebelum membuat order atau tempahan, biar orang nampak macam kita cerewet atau sengkek...yang penting.....duit kita yang nak membayarnya. Selamat mencuba.




...

2 comments:

  1. Saya tak pernah try. Saya paasti akan cuba sebab tak banyak kedai yang serve asam pedas telur ikan nie. Selalu kami makan di pasar borong atau hubby saya suka di Asam pedas Power. Tapi baru2 nie saya belajar masak asam pedas ikut resipi dari blogger dan juga dari ibu mertua saya. Alhamdulillah, setelah 2-3 kali, saya dah berjaya masak sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tahniah puan, sebenarnya kat kedai makan mana pun kalau kita makan sedap yg aslinya tetap masakan air tangan kita atau org tua kita.

    ReplyDelete